Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, December 6, 2011

Posting di Jabatan Oftalmologi HUKM

Gambar hiasan.

Salam semua. Baru-baru ini anis telah posting ke Pusat Perubatan UKM yang terletak di Jalan Yaakob Latif di Cheras. Optometri dan Jabatan Oftalmologi memang tidak dipisahkan lagi. Anis merasa cukup bertuah kerana pada hari tersebut dapat bertandang ke sebuah Jabatan yang boleh dianggap sebagai 'legend' kerana terdapat bebrapa tokoh terkenal disana seperti Prof Muhaya, Prof Ropilah dan banayak lagi. PAda hari tersebut anis dibimbing oleh pakar oftalmologi, Dr Ummi dan Dr. Syafinaz.

Apa yang menarika anis mahu anis kongsikan di sini adalah mengenai salah satu kes yang telah dirujuk ke Jabatan Oftalmologi sepanjang anis posting disana. Iaitu kes jangkitan kuman Pseudomonas pada pemakai kanta sentuh. Kesannya amat teruk. Pesakit tersebut bernasib kerana mendapat rawatan yang tepat dan cepat daripada pakar di sini. Namun begitu, penglihatan selepas sembuh juga tidak begitu baik.

Depan mata yang berparut selepas terkena jangkitan kuman tersebut.

Pesakit sembuh tapi penglihatan cuma jelas sehingga baris 6/24 sahaja.

Perasaan anis berbaur sedikit pada masa itu. Anis merasa sedikit bersalah kerana pesakit itu tidak diberikan nasihat dalam pemakaian kanta sentuh yang baik daripada optometris. Namun, anis memberanikan diri utnuk bertanya. Apakah puncanya beliau mendapat jangkitan itu. Nah, ini natijahnya. Pesakit tersebut meletakkan bekas kanta sentuh di dalam tandas. Semua urusan pemakaian kanta sentuh dilakukan di dalam tandas.

Tandas adalah tempat yang amat basah dan amat bagus untuk pembiakan sebarang kulat dan kuman. Oleh itu, anis berpesan sekali lagi, jangan meletakkan bekas kanta sentuh di dalam toilet. Tolonglah!!!!. Jika anda tidak dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sendiri, bagaimana mahu memakai kanta sentuh dengan selamat.

Oleh itu, anis menyeru jomlah semua jayakan kempen 'pemakaian kanta sentuh yang selamat' untuk penduduk Mlaysia ini. Cewahhh macam wakil rakyat pulak. Ye..saya wakil optometri, menyeru anda supaya menjalankan kebersihan diri untuk pemakaian sentuh yang selamat.

Majulah kesihatan mata untuk negara...=))

1 comment:

  1. Salam akak saya nk tnye optometri dngn oftalmologi ni dua course yg berbeza ke di ukm?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...