Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Thursday, September 15, 2011

PeNgaLaMaN PoStiNg Di PanTai InDaH MeDiCaL CeNteR


Assalamualaikum semua....Selamat hari raya diucapkan juga walaupun dah agak terlambat untuk mengucapkannya. Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Kemana perginya anis ni, senyap jer daripada membuat entri. Sebenarnya anis sibuk bercuti dan juga sibuk menempuh tahun akhir bagi sesi pengajian anis ini.

Masih dalam mood raya ni...

Tujuan anis membuat entri kali ini adalah untuk bercerita mengenai pengalaman posting di Pantai Hospital Ampang sebagai salah satu tanda penghargaan anis terhadap mereka atas tunjuk ajar dan ilmu yang telah diberikan.

Bangunan utama Pantai Hospital Ampang

Sebelum itu, anis nak kongsi juga tentang apakah makna 'posting' di mata pelajar optometri tahun akhir di UKM ini??? Sebenarnya posting yang dimaksudkan adalah satu sesi bagi pelajar-pelajar untuk ke hospital-hospital pakar mata di sekitar Lembah klang ini untuk menjalankan pemerhatian ke atas kes-kes pesakit mata yang mungkin sukar didapati di Klinik Optometri UKM ini.

Posting kali ini amat menyeronokkan kerana kami dapat menimba ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Pakar perunding oftalmologis yang bertugas adalah Dr. Khaw Hoon Hoon. Beliau merupakan seorang pakar perunding oftalmologis yang amat berpengalaman tentang selok belok kesihatan di bahagian depan mata. Antara kepakaran beliau adalah transplan kornea, pembedahan katarak dan juga LASIK. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan amat mudah untuk didekati. Terima kasih Dr....

Perunding oftalmologis, Dr. Khaw Hoon Hoon

1. Bagaimana untuk pergi ke hospital ini???
Kali pertama anis mahu menjejakkan kaki di sana. Dengan bantuan google, anis cuba mencarinya sendiri. Ianya memang amat mudah untuk dicapai dengan kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam. Anis dan kawan-kawan memilih untuk menaiki kenderaan awam.

                                                     Lokasi: Pantai Hospital Ampang

2. Bagaimanakah caranya???
Anis memulakan perjalanan dengan menaiki monorel dari Chow Kit untuk ke stesen Hang Tuah. Ini kerana stesen ini tempat pertukaran untuk ke laluan Ampang. Anis menaiki STAR LRT laluan Ampang untuk ke stesen Pandan Indah. Sebaik sahaja anis sampai di stesen Pandan Indah, anis perlu berjalan kaki ke jalan hadapan untuk mendapatkan teksi untuk ke hospital tersebut.

3. Apakah alamat HPA ini???
Jika anda menaiki teksi, bolehlah anda menunjukkan alamat ini:-
Hospital Pantai Indah/ Pantai Hospital Ampang
Jalan Perubatan 1,
55100 Kuala Lumpur.



Depart FromBoardArriveIndividual Ticket Price
Chow Kit Titiwangsa towards KL SentralHang TuahRM 2.10
Hang Tuah Ampang Line towards AmpangPandan IndahRM 1.90
This is your total single journey fare: RM4.00Estimated journey time: 32 mins 8 secs
                                           Panduan perjalanan dengan menggunakan Rapid KL.

4. Apakah yang diperolehi pada hari ini???
Suatu perjalanan yang amat memenatkan, namun ianya amat berbaloi dengan ilmu yang diperolehi. Antaranya, kami diajar untuk menguruskan pesakit dengan lapisan depan mata yang terkoyak, kami juga ditunjukkan bagaimana keadaan sebenar masalah seperti rabun jauh yang teruk, rabun warna, mata merah dan banyak lagi.

5. Bagaimanakah pula perjalanan pulang???
Untuk perjalanan balik, kami mencuba untuk menaiki bas pula. Kami menunggu bas Metro no 30. Bas ini akan menuju ke laluan Kota Raya. Kami berhenti di Stesen Monorel Bukit Bintang dan meneruskan perjalanan ke Chow Kit dengan menaiki monorel.

Begitulah ceritanya tentang posting pada kali ini. Jumpa lagi di entri 'posting' yang lain. Tata=))





1 comment:

  1. Terima kasih Anis atas komen-komen anda. Saya amat gembira dapat berkongsi pengalaman dengan para pelajar yang mengunjungi saya di Hospital. Adalah menjadi harapan saya agar semua pelajar menjadi optometris yang berteladan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...