Optometri adalah spy mata anda
Untuk pengetahuan semua, optometri adalah kerjaya yang amat mirip seperti spy, CSI dan juga gate-keeper. Apa yang membezakan kami cuma tempat bekerja sahaja. Optometri adalah spy...teringat pula cartoon totally spies...hahahaha. ya, optometri adalah seperti spy. Optometri adalah spy kepada anasir di dalam mata anda. Anasir atau musuh itu termasuklah kuman, penyakit pada mata dan sebagainya. Spy adalah nama lainnya adalah pengintip. begitu jugalah dengan optometri, Ianya lebih kepada mengintip dan menjejaki anasir. Selepas itu, jika anasir sudah dikenalpasti, tindakan seperti rujuk pakar oftalmologi untuk rawatan akan dilakukan. Jadi, nasihat saya, jika anak anda meminati kerjaya pengintipan ini, bolehlah mencuba bidang optometri ini.
Optometri boleh, CSI pon boleh.....
Jika anda suka menonton drama bersiri CSI di channel AXN tuh, mungkin anda calon terbaik untuk bidang optometri ini. Optometri tidak ubah seperti CSI. Menjejaki punca, siapa, dan kenapa jenayah berlaku. yang memebezakan CSI dengan optometri adalah cuma lokasi kejadian. Optometri adalah CSI pada mata, manakala CSI pula mungkin kepada Miami, Los Angeles dan sebagainya. Sekarang ada paham???....
Mak aih...optometri boleh jadi pak-guard mata anda...
Ada juga persamaan kerjaya ini dengan gate-keeper...wah bagaimana tu??? Gate keeper yang dimaksudkan adalah seseorang yang menjaga pagar. Mata adalah salah satu organ yang berfungsi sebagai 'tingkap' kepada badan kita. Daripada mata, kita dapat lihat kesihatan salur darah badan kita, saraf-saraf yang bersambung dengan otak dan sebagainya. Sebarang keabnormalan pada badan kebanyakannya akan dapat dilihat melalui mata. Jadi, optometri adalah badan bertindak untuk membuat sentri pada mata anda. Sentri ini penting, jika daripada mula penjenayah dapat dikesan, mungkin jenayah dapat dielakkan. Begitu juga dengan mata. Jika sesuatu keabnormalan pada mata berlaku, ianya mencerminkan keseluruhan kesihatan pada badan anda. Contohnya, salur darah di dalam mata kelihatan ada benjolan-benjolan (microaneurysm), ini mungkin menandakan gejala-gejala penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
Wah, senangkan??? Semoga anda semua dapat memahami sedikit sebanyak mengenai kerjaya optometri ini. Kami bukan doktor yang boleh merawat semua penyakit mata. Kami adalah spy pada mata, kami adalah CSI pada mata dan kami adalah Gate Keeper pada mata.
Sekian, Majulah kesihatan mata untuk negara.=))
Sayalah spy-woman, CSI dan gatekeeper pada mata anda.....berani cuabalah....
salam kak anis,,sy student diploma MA(medical assistant)tgh tggu result ,,bwu je abes awal july lau,,and niat nk cont stdy dlm kos optometri,,agk2 bley ke kos MA diploma sy apply kos optometry neh?dan universiti mne ada kps neh ye kak?
ReplyDeleteinsha Allah MA nie juga boley sambung dalam optometri juga. ada kos optometri di UKM, Uitm, Uia, Twintech, MSU dan juga Segi Collage.
ReplyDelete