Inilah peta dimana lokasi ISEC berada.
Tujuan anis menulis ini pun salah satunya untuk berkongsi tentang bagaimana mahu ke ISEC ini. ISEC ini terletak di bangunan Boulevard berdekatan dengan MidValley. Nah ini alamatnya.
Level 8, Centrepoint South,
The Boulevardd, Mid Valley City,
59200 Kuala Lumpur.
Kalau macam anis, anis tinggal di kawasan kampung baru dan chow kit. Jadi anis lebih suka untuk ke sana dengan menaiki kenderaan awam. Bagai mana jika mahu ke sana dengan kenderaan awam???
1. Anis akan menaiki monorel daripada cho kit ke stesen KL sentral.
2. Anis akan menaiki komuter daripada KL sentral ke arah Seremban dan turun di stesen mid Valley.
3. Jalan terus dan masuklah kawasan mid valley city.
4. cari landmark iaitu Starbucks cafe berhampiran dengan centrepoint south dan keluar melalui pintu berhampiran dengannya.
5. Memang akan nampak escalator dalam ruang berkaca. sila ikut jalan tersebut dan naik ke atas.
Wah ekslusif sungguh tempat ini. Siapa yang berkemampuan dan mengidamkan rawatan pakar mata yang hebat, anda memang tepat memilih tempat ini.
Disini terdapat pelbagai pakar mata yang menjurus kepada bidang-bidang khas pada mata seperti pakar retina, pakar kornea, pakar mata kanak-kanak dan sebagainya. Pendek kata, semua pakar ada di sini....
Untuk posting kali ini anis bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment