Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, December 10, 2011

KeSaN MaSaLaH MaTa AnaK Anda Di Peringkat AwaL....

Anak-anak adalah sumber inspirasi. Anak-anak juga adalah amanah daripada Illahi untuk ibu bapa. Ramai yang berkata anak-anak pada peringkat kanak-kanak ini adalah jujur dan tidak pandai menipu. Namun begitu, walaupun mereka jujur, tidak semua perkara mereka akan luahkan secara lisan. Begitu juga dengan masalah mata, kebanyakan masalah mata yang menyerang kanak-kanak adalah berlaku sejak kecil dan tanpa disedari oleh ibu bapa. Ini kerana tidak semua kanak-kanak tahu mengadu tentang masalah mata. Mereka tidak mengerti lagi mengenai apa itu penglihatan yang jelas ataupun tidak. Mereka mungkin nampak kabur, namun mungkin mereka menganggap semua rakan-rakan melihat seperti mereka.

Jadi, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memerhatikan perkembangan anak-anak mereka terutamanya masalah mengenai mata. Jika mempunyai masalah mata, ada lebih kurang sepuluh gejala-gejala yang dapat dilihat dan diperhatikan. Antaranya adalah:-

Mengecilkan mata untuk melihat jauh.



Mungkin disebabkan rabun jauh.

Kerap menggosok mata.

Mungkin disebabkan alergik konjunktivitis.

Kerap berkelip mata.


Mungkin disebabkan lemah akomodasi yang dialami. Masalah susah untuk fokuskan imej yang dilihat.

Mata selalu berair walaupun tidak menangis.


Mungkin disebabkan saluran air mata tersumbat.

Mata merah.


Mungkin disebabkan jangkitan kuman pada mata.

Duduk dekat untuk menonton TV dan membaca terlampau dekat.


Ramai ibu bapa tersalah anggap. Ibu bapa sering kali marah jika anak-anak duduk dekat dengan kaca TV, tapi tahukah anda, itu adalah petanda terbaik anda ada masalah mata. Kanak-kanak yang rabun jauh, tidak nampak utnuk melihat jauh, sebab itu mereka perlu duduk dekat. Begitu juga semasa membaca buku.

Terlampau sensitif terhadap cahaya ataupun lampu.


Mungkin mengalami masalah rabun silau yang terlampau tinggi pada mata (astigmatism).

Sakit pada mata.


Ambil berat jika anak-anak merengek dan mungkin menunjukkan seolah-olah mata mereka sakit, anak anda mungkin ada masalah lain seperti glaucoma dan sebagainya.


Selalu membutangkan mata.


Membutangkan mata adalah salah satu tanda berkaitan dengan rabun jauh juga.

Pergerakan mata yang ganjil (termasuklah juling atau bergetar)



Kebanyakan juling adalah boleh dibetulkan jika pada peringkat kanak-kanak. Jadi, kesannya pada peringkat awal adalah yang terbaik.

Itulah antara tanda-tanda anak anda mengalami masalah pada mata. Jika gejala ini dikesan pada anak anda, sila berjumpa dengan pakar mata yang berhampiran. Jangan terlambat. Mengesan, memeriksa, dan merawat di peringkat awal adalah lebih baik daripada dibiarkan atau dirawat pada peringkat terlewat. .....=))


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...