Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Thursday, December 8, 2011

KanTa SeNtuH YaNg SeSuai UntuK Si MAta Kering....

Arghh rimas dengan mata kering terutamanya semasa memakai kanta sentuh.....

Mata kering merupakan salah satu punca masalah ketidakselesaan semasa memakai kanta sentuh. Mata kering yang dirasai ini mungkin disebabkan oleh kualiti dan kuantiti air mata mata di depan mata yang tidak stabil. Untuk pengetahuan semua, air mata adalah satu komponen yang selalu ada di depan mata yang terdiri daripada lapisan minyak, air dan juga lendir. Jadi, masalah mata kering ini mungkin berpunca daripada kekurangan kandungan air dalam lapisan air mata di depan mata. ia juga mungkin disebabkan juga oleh kekurangan kandungan minyak pada lapisan air mata. Pendek kata, air mata merupakan komponen yang penting kepada mata untuk memastikan lapisan depan mata selalu lembap dan juga membekalkan oksigen yang cukup kepada mata.

Lapisan air mata terdiri daripada oily layer(lapisan minyak), watery layer (lapisan air) dan mucous layer (lapisan lendir). Semua ini penting untuk melembap dan keselesaan pada mata terutamanya semasa memakai kanta sentuh.

Masalah mata kering dengan pemakaian kanta sentuh ini dapat dikurangkan dengan penggunaan rewetting agent untuk soft contact lenses. Tapi ada kurang selasa dan berasa leceh untuk menitiskan rewetting agent ini setiap kali mata berasa kering. Jika anda salah seorang yang mempunyai masalah mata kering seperti ini, dan anda adalah pengguna tegar kanta sentuh berwarna atau hydrogel contact lenses, sekarang mungkin masa yang sesuai untuk anda bertukar ke generasi baru kanta sentuh iaitu silicone hydrogel.

Generasi lama kanta sentuh atau dikenali juga hydrogel contact lens ini adalah berdasarkan konsep kanta yang dilengkapi dengan kandungan air untuk membekalkan kandungan oksigen yang cukup kepada mata. Umum mengetahui, kandungan air pada kanta sentuh adalah menentukan tempoh pemakaian kanta sentuh tersebut pada mata. Jika ianya 38%, maka tempoh pemakain adalah tidak melebihi 5 hingga 8 jam. Jadi, semakin tinggi kandungan air, semakin lama kanta sentuh itu boleh dipakai. Namun, tahukah anda kandungan air yang banyak pada kanta sentuh ini adalah tidak baik untuk si mata kering. Kandungan air pada kanta sentuh ini akan mudah menyejat apabila dipakaikan pada si mata kering. Apabila kanta sentuh mulai kering, kanta ini akan cenderung untuk meyerap air daripada lapisan air mata pada mata. Keadaan inilah yang mneyababkan anda bersa tida selesa dengan kanta sentuh tersebut.

Berbeza dengan generasi baru kanta sentuh atau dikenali juga sebagai silicone hydrogel ini. Dengan penambahan silicone pada kanta sentuh ini, kanta sentuh tidak lagi berharap pada kandungan air utnuk meyerap oksigen kepada mata. Bahan silicone itu sendiri mempunyai kebolehan untuk meyerap oksigen lebih banyak kepada mata berbanding air. Jadi, kandungan air pada kanta sentuh tidak diperlukan dengan banyak lagi untuk menentukan masa pemakaian kanta sentuh tersebut. Jadi, ini juga merupakan satu berita baik utnuk si pemakai kanta sentuh dengan mata kering. Jika kurang kandungan air, mata kanta sentuh kurang meyerap lapisan air pada air mata, dan mata akan berasa lebih selesa sepanjang pemakaian kanta sentuh ini. Pada sesetengah pengguna kanta sentuh, dengan penggunaan kanta sentuh silikon hidrogel ini mereka tidak lagi perlu menggunakan eye drop atau rewtting agent untuk melembapkan mata seperti penggunaan kanta sentuh hydrogel dulu.

Terdapat pelbagai jenama ataupun brand silicone hydrogel di pasaran sekarang. Antaranya daripada pengeluar yang sudah terkenal seperti:-
Pengeluar kanta sentuh silicone hydrogel.

Dengan pembaharuan di dalam kandungan kanta sentuh dan teknologi terbaru ini, harga juga mungkin sedikit berbeza. Antara jenis silicone hydrogel yang anda boleh cuba ialah:-
Silicone hydrogel daripada pengeluar cooper vision.

Silicone hydrogel daripada pengeluar johnson&johnson.

Silicone hydrogel daripada pengeluar Baush & Lomb

Silicone hydrogel daripada pengeluar CIBA Vision.

Mata kering juga ada juga kaitan dengan keadaan seperti berhawa dingin dan juga cuaca panas. Selain itu, ia juga mungkin berkaitan dengan solution yang digunakan. Namun begitu, mata kering boleh dikurangkan dengan penggunaan kanta sentuh silikon hidrogel ini. Jika anda berminat untuk mencuba kanta sentuh generasi baru ini, anda bolehlah berjumpa dengan optometris berdekatan anda untuk fitting dan mencuba kanta sentuh ini. Selamat maju jaya untuk si mata kering dengan kanta sentuh baru ini. 

Sekian=)). 

*untuk bacaan lanjut, sila rujuk SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...