Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, December 17, 2011

PeRiHaL KaCa MaTa TraNsitioNs

Anis sedang menggunakan produk kaca mata Transitions ini....

Salam semua. Anis yakin, ramai di kalangan rakan di sini teringin mencuba atau sudah mencuba kaca mata jenis transitions ini kan??? Dan ramai juga tertanya-tanya bagai mana kaca mata ini boleh berubah warna dengan begitu pintar sekali.

Bagaimanakah teori disebalik perubahan warna kanta ini???

Begini, kanta jenis transitions ini terdapat satu palisan di hadapan kanta yang akan bertindak untuk meyerap lapisan UV daripada cahaya matahari dan menukar warnanya menjadi gelap. Jadi, kaca mata amat bagus dalam meningkatkan kontras imej yang kita lihat. Selain daripada melindungi mata kita daripada sinaran UVB dan UVA yang berbahaya daripada sinaran matahari, ianya juga berfungsi untuk mengurangkan silau pada mata kita dalam cuaca yang panas.

Gambar untuk menerangkan prinsip transitions ini...

Selain daripada sinaran UV, salah satu faktor yang diambil kira oleh kanta ini untuk bertukar warna adalah disebabkan suhu persekitaran atau haba juga. Jika suhu rendah, maka semakin gelaplah kanta ini. Begitulah juga sebaliknya. Oleh sebab itu, untuk penggunaan di negara kita, kanta transitions ini tidak dikira begitu gelap sangat disebabkan suhu yang tinggi. Warnaya cuma bertukar lebih kurang 60% sahaja berbanding jika dipakai di negara beriklim sejuk yang mungkin lebih sejuk dan kantanya akan bertukar warna kan menjadi lebih gelap warnaya. Jika kehadiran UV dan juga cuaca juga memainkan peranan dalam menetukan pertukaran warna kanta ini.

Dua faktor yang saling dikaitkan dengan pertukaran warna kanta transitions ini....

Lihatlah perbezaan kaca mata yang sama jika dipakai pada waktu yang berbeza. 
(a) Sebelah kiri: Kehadiran UV di waktu pagi, namun disebabkan suhu rendah, kanta menjadi lebih gelap.
(b) Sebelah kanan: Kehadiran UV di waktu tengahari, namun disebabkan cuaca panas, kanta menjadi kurang gelap berbanding waktu suhu rendah.

Oleh sebab itu, perlu diingatkan bahawa, untuk kepuasan dalam melihat sesuatu tanpa rasa silau, transitions ini tidak menjamin kepuasan itu. Transitions di Malaysia cuma mampu untuk berubah menjadi gelap sebanyak 60% sahaja berbanding dengan penggunaan kaca mata hitam atau sunglasses yang gelapnya mencecah 80% daripada kaca mata biasa. Ini semua disebabkan faktor cuaca yang panas dan suhu tinggi di negara kita. Namun, jika anda sudah terbiasa memakai kaca mata transitions ini, anda dapat rasakan kelaiannya berbanding kaca mata biasa. Jika anda teringin, cubalah. Pasti ianya amat memuaskan.

Harganya memang sedikit berbeza berbanding kaca mata biasa, namun jika diteliti, jika kulit anda perlukan perlindungan daripada UV daripada sinaran matahari, begitulah juga kepada mata. Mata juga erlukan perlindungan daripada UV dan semestinya transition menjanjikan perlindungan 100% daripada UV utnuk mata anda. Selamat mencuba.

3 comments:

  1. Uv atau ultraviolet ialah salah satu sinaran yang dipancarkan yang berasal daripada matahari.Uv ini tidak baik untuk mata serta kulit. Uv ini ada tiga jenis semuanya iaitu UvA, UvB dan UvC. UvC kita tidak perlu risau akan kesannya sebab bumi kita ini dilindungi oleh lapisan ozon yang berfungsi menentang UvC. Namun begitu, untuk UvA dab UvB ianya biasa sampai ke permukaan bumi dan terkena kita. Sebab itu, kita perlu melindungi mata serta kulit kita daripada terkena sinaran terus UvA&UvB ini. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam...saya buat spek dh lama almost 4 years..last skali bingkai patah,sy pakai spek lama yg powernya kurang sedikit..baru 3.50 yg lama 3.25...yg baru ada transition..persoalannya,lama kelamaan transition tu boleh hilang ke?sbb sy cuba pada bingkai lain setelah 1 tahun terperap dalam bilik..sekarang sy guna,tidak lagi bertukar warna..boleh ke jadi macam tu?..then,boleh tak kalau saya tambah coating shj? Silau sy 50 x silap..maaf bertanya...terima kasih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...