Antara sebahagian pakar di ISEC ini....
Apa yang berbezanya kali ini?? Memang yang mamat berbeza adalah dari segi ilmu dan pengalaman yang ditimba sepanjang posting disini. Ramai pesakit dikendalikan oleh seseorang pakar dalam satu-satu masa. Kali ini anis 'attache' dengan seorang pakar mata juling, iaitu Dr. Chong. Walaupun Dr amat sibuk dengan pesakit, tetapi tunjuk ajar yang diberikan adalah amat dihargai. kesibukannya boleh digambarkan, dalam masa 3 jam, Dr telah merawat 25 orang pesakit. Terima kasih Dr. Chong.
Antara pengalaman baru yang anis timpa sepanjang posting ini adalah cara lain atau alternatif utnuk ke Mid Valley jika anda tidak suka, leceh, atau meluat untuk menggunakan perkhidmatan komuter....hahahaha. Jika daripada Kg. Baru ini, anis suka untuk menaiki LRT-Putra sehingga ke stesen LRT-Putra Bangsar. Dari sini, terdapat sebuah shuttle yang akan ke Mid Valley secara percuma.
Shuttle percuma ke Mid Valley...
Jadual perkhidmatan shuttle free ke Mid Valley.
Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anis boleh sampai di Mid Valley South Court seawal 7.30 pagi. Kali ini amat berbeza kerana pada pukul 7.30 pagi, emporium ini sudah sesibuk biasa. Ramai pekerja yang sudah mulai menyiapkan persiapan untuk jualan hujung tahun dan juga Krismas.
Kali ini posting sekali dengan Ain dan Kak Ummi...
Awalnya di Mid Valley...pokok masih belum sempat digantung loceng, kredit ti Shaz' Ain for the picture....
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment