Kabur penglihatan jauh.
Ini cerita anis nak kongsikan dengan semua. Tentang dilemma masalah mata yang dialami oleh salah seorang pesakit di klinik optometri UKM ni. Beliau mengadu penglihatan menjadi kabur sejak kebelakangan ini. Beliau tidak pernah memakai kaca mata dan ahli keluarganya pula tiada sejarah rabun jauh. Beliau sangat risau dengan masalah yang beliau hadapi.
Anis cuba menjalankan ujian penglihatan untuk mendapatkan kuasa kaca mata. Tapi selepas menjalankan pemeriksaan mata, anis dapati kuasa mata beliau bukanlah untuk rabun jauh. Beliau mempunyai rabun dekat sebenarnya. Kabur penglihatan jauh, tapi sebenarnya ada rabun dekat. Bagaimana ianya boleh berlaku???
Apabila anis cuba tanyakan tentang aktiviti harian, rupa-rupanya pesakit ini merupakan seorang yang banyak menggunakan VDU. Laptop merupakan peneman setia kerja beliau. Beliau bekerja menggunakan laptop lebih kurang 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Beliau bertanya apakah kesannya??? Penggunaan laptop di kira sebagai salah satu aktiviti kerja dekat. Jika mata anda digunakan secara keras dan berterusan untuk melihat laptop ini, mata kan menjadi terlebih keupayaan utnuk fokus yang menyebabkan otot di dalam mata tidak mendapat rehat yang cukup. Keadaan ketidakbolehan otot di dalam mata ini untuk rehat menyebabkan ada masalah kabur penglihatan jauh. Sebenarnya kabur penglihatan jauh disebabkan mata tidak dapat rehat akibat daripada terlampau lama membuat kerja. Inilah dikatakan rabun jauh palsu a.k.a pseudomyopia.
Keadaan otot mata di dalam mata. Otot ini pun sama juga dnegan semua otot lain pada badan kita. jika dekerja keras, ianya juga akan kejang.
Bagaimana mengatasinya???
Anda guna rumus 30-10. iaitu jika membuat kerja sdekat selama 2 jam, pastikan mata anda dapat rehat sekurang-kurangnya 10 minit. Ingat tau. Anis cuba berpesan kepada pesakit dan juga semua pembaca di sini.
Nota kaki:-
Jika rehat, apa yang anis maksudkan adalah jalan-jalan, lihat benda hijau. Rehat bukan bermaksud rehatkan badan dan mula mencari handphone, mula mencari ipad masing-masing atau sebagainya. Rehatlah dengan betul. Jika anda rehat dengan menggunakan telefon dan ipad anda, anda tidak dikira rehatkan mata.
Rehatkan mata anda.
Ingat pesan yer. Cara terbaik adalah bermula daripada anda.
salam , saya nak tanye, saya slalu skit kepala smpai kdg2 pnglihatan jadi kabur . trutama wktu memandu, power mata saya 50 (rabun jauh), perlu ke saya mmakai spek?
ReplyDeletewsalam. Jika anda mempunyai kesukaran untuk memandu, inilah masa yg sangat sesuai untuk memakai spect. Penglihatan kabur menandakan mata anda mulai memberi tanda seperti 'meminta pertolongan'.....iaitu tolong melalui pemakaian spect... selamat mencuba =)
ReplyDeleteSalam.. betul ke ada pendapat yg mengatakan kalau kita rabun jauh dari remaja... nnt bila dah berusia akan jadi rabun dekat pula....
ReplyDeletewsalam. pendapat itu betul. tapi untuk pengetahuan cik, rabun dekat memg akan ada jika usia berusia lebih 40an, tidak kiralah semasa remaja die ada rabun jauh, rabun dekat atau rabun sialau. kita tidak dapat elakkan salah satu proses penuaan ini. seperti mana uban yg berlaku pada rambut, begitulah rabun dekat berlaku pada mata jika berusia.
Deletesalam . saya rabun 25 dan silau 25 . kadang2 bila tengok benda2 yg banyak dan jauh , mata saya akan rasa sakit dan penglihatan mula kabur . contohnya bila tgk kenderaan2 di jalanraya atau tgk manusia2 yg ramai di tempat2 awam . adakah saya perlu memakai spec ?
ReplyDeleteYa jika ianya mula menggangu anda, nampaknya sekarang anda sudah mula memerlukan spect.
Deleteblog ni masih aktif ke?sy nk tnya sy jmpa doktor pakar mata n dia bgtau sy mta saya rabun palsu walhal power sy 400..sy musykil btl ke x...
ReplyDeleteSaya rabun palsu n susuh nk belajar mcm mana nk selesaikan mslah dgn cpt
ReplyDelete