Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Monday, December 26, 2011

OpToMetRi MaKaN aLa KaMPunG...

Kali ni nak promote gerai makanan yang anis suka sangat makan kat sini. Suasananya amat damai dan harganya amat berpatutan. Menyediakan makanan tradisi melayu. Antara makanan yang dijual di sini termasukalah nasi lemak, mee kari, nasi impit, rojak dan macam-macam lagi. cewahhh macam ayat 'jalan-jalan cari makan' dah.... nak cuba. Datanglah ke Gerai Nasi Lemak Malaya yang terletak di Kampung Baru ini. Selamat mencuba.

Ini nasi impit special...makan ni, terus ingat datang beraya jer...

Menu nasi lemak juga sedap utnuk dinikmati...sambalnya rasa klasik sangat...

Kali ni anis makan menu nasi impit dengan Kopi 'O' ais....



Wednesday, December 21, 2011

RaBuN JauH PaLsU....

Kabur penglihatan jauh.

Ini cerita anis nak kongsikan dengan semua. Tentang dilemma masalah mata yang dialami oleh salah seorang pesakit di klinik optometri UKM ni. Beliau mengadu penglihatan menjadi kabur sejak kebelakangan ini. Beliau tidak pernah memakai kaca mata dan ahli keluarganya pula tiada sejarah rabun jauh. Beliau sangat risau dengan masalah yang beliau hadapi.

Anis cuba menjalankan ujian penglihatan untuk mendapatkan kuasa kaca mata. Tapi selepas menjalankan pemeriksaan mata, anis dapati kuasa mata beliau bukanlah untuk rabun jauh. Beliau mempunyai rabun dekat sebenarnya. Kabur penglihatan jauh, tapi sebenarnya ada rabun dekat. Bagaimana ianya boleh berlaku???

Apabila anis cuba tanyakan tentang aktiviti harian, rupa-rupanya pesakit ini merupakan seorang yang banyak menggunakan VDU. Laptop merupakan peneman setia kerja beliau. Beliau bekerja menggunakan laptop lebih kurang 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Beliau bertanya apakah kesannya??? Penggunaan laptop di kira sebagai salah satu aktiviti kerja dekat. Jika mata anda digunakan secara keras dan berterusan untuk melihat laptop ini, mata kan menjadi terlebih keupayaan utnuk fokus yang menyebabkan otot di dalam mata tidak mendapat rehat yang cukup. Keadaan ketidakbolehan otot di dalam mata ini untuk rehat menyebabkan  ada masalah kabur penglihatan jauh. Sebenarnya kabur penglihatan jauh disebabkan mata tidak dapat rehat akibat daripada terlampau lama membuat kerja. Inilah dikatakan rabun jauh palsu a.k.a pseudomyopia.

Keadaan otot mata di dalam mata. Otot ini pun sama juga dnegan semua otot lain pada badan kita. jika dekerja keras, ianya juga akan kejang.


Bagaimana mengatasinya???
Anda guna rumus 30-10. iaitu jika membuat kerja sdekat selama 2 jam, pastikan mata anda dapat rehat sekurang-kurangnya 10 minit. Ingat tau. Anis cuba berpesan kepada pesakit dan juga semua pembaca di sini.

Nota kaki:-
Jika rehat, apa yang anis maksudkan adalah jalan-jalan, lihat benda hijau. Rehat bukan bermaksud rehatkan badan dan mula mencari handphone, mula mencari ipad masing-masing atau sebagainya. Rehatlah dengan betul. Jika anda rehat dengan menggunakan telefon dan ipad anda, anda tidak dikira rehatkan mata.

Rehatkan mata anda.

Ingat pesan yer. Cara terbaik adalah bermula daripada anda.

Saturday, December 17, 2011

BeNgKeL AdVanCed ProDUcT TRaiNNing BerSaMa EssiLor

SEharian berbengkel bersama Essilor...

Hujung minggu kali ini diisi dengan peluang untuk menyertai bengkel bersama wakil Essilor. Sebenarnya kami sudah menghadiri dua bengkel bersama Essilor. Pertama pada 28hb Oktober yang lepas mengenai product training dan kali ini pula Advanced Product training. Seperti bengkel-bengkel yang lain, semua maklumat mengenai product Essilor ini diterangkan dengan terperinci. Antaranya adalah kanta yang direka khas utnuk orang Asia iaitu Azio, kanta menghilangkan mata letih, kanta mengawal kenaikan power mata dan juga lain-lain. Apa yang menariknya, kali ini ada sesi training jual beli produk di antara kami. Bengkel ini bermula dari 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pelbagai pengalaman dan ilmu baru diperolehi. Terima kasih Essilor kerana sudi menjemput kami ke bengkel ini.

Makan tengahari di Grand Seasons....

Sijil penyertaan...Gambar kredit to Shaz Ain..

Anis bagi 4 daripada 5 bintang utnuk bengkel ini.

Diharapakan bengkel ini akan diadakan pada masa-masa akan datang.

Ada Ke Mata KeNa SuNBuRN???

Ada yang bertanya, kalau betul UV tu bahaya untuk mata, kenapa mata tidak nampak kesan sunburn berbanding kulit jika berjemur??? Wah, terkesima sekejap mendengar soalan itu. Tapi anis ada jawapannya...

Kulit nampak sunburnnya kerana kulit terdedah secara terus dengan pancaran cahaya matahari jika anda berjemur. Pigmen yang ada pada kulit anda yang menyerap sinaran UV tersebut. Cuba anda berendam di dalam air laut. Mungkin anda kurang mendapat sunburn tersebut. Begitu juga dengan keadaan mata. Mata tidak kelihatan sunburn kerana bebola mata ini diselaputi dengan air mata di luarnya. Namun, jangan silap, mata juga organ yang perlindungan daripada UV. Ini kerana UV juga diserap oleh mata.

Mata perlu dilindungi, mata lindungi dirinya sendiri. Apa kata jika kita bantu mata kita untuk melindungi mereka...

Antara kesan UV kepada badan adalah seperti:-

  • Katarak-selaput pada kanta mata.
Selaput pada kanta mata.

  • AMD- penyakit selaput pada retina mata
Selaput pada retina.

  • Melanoma-kanser pada lapisan mata atau kulit
Kanser pada mata dan kulit...

  • Pterygium-selaput depan mata.
Selaput di depan mata.

Jadi, lindungilah mata anda daripada sinaran UV yang berbahaya. Selamat mencuba. Majulah kesihatan mata untuk negara.

Posting SePanJang SeMesTeR TuJuH ....

Sebenarnya anis sudah lama jadikan coretan pengalaman anis ini sebagai perkongsian untuk semua. Sebenarnya, anis ada misi disebalik anis kongsikan semua pengalaman posting ini. Idea ini tercetus sejak anis mula-mula posting lagi....Begini ceritanya.....

Doakan anis mendapat gelaran ini suatu hari nanti....foto dari kawan sekolah dahulu, kredit to Ku Syukri

Semasa anis posting kali pertama di Pantai Hospital Ampang iaitu posting pertama anis, anis sudah sesat dengan hebat sekali. Dalam keadaan terdesak ini, anis cuba menghubungi semua senior yang pernah pergi ke hospital ini sebelum ini. Namun, jawapannya semuanya hampa. Mereka semuanya hampir lupa bagaimana mahu ke lokasi yang anis mahu tuju ini. Mana tidaknya hampir setahun mereka tidak mengunjungi tempat tersebut. Dan dalam keadaan ini, maklumlah student, tahap capaian untuk ke lokasi ini cumalah dengan kenderaan awam sahaja. Ianya amat terhad. Jadi, untuk mengelakkan perkara sama berulang untuk junior pada masa hadapan, anis cuba kongsikan pengalaman anis ini dengan semua dengan harapan tiada lagi kisah sesat untuk posting di hospital berkenaan. Diharapkan dengan penulisan ini, dapat membantu junior atau orang awam untuk ke hospital mata yang anis telah kunjungi ini.

Berikut adalah senarai Hospital dan Klinik Mata yang telah anis kunjungi untuk posting sepanjang semester ini:-

  1. Pantai Indah Medical Center
  2. International Specialist Eye Center atau ISEC
  3. Tun Hussein Onn National Eye Hospital
  4. Hospital Selayang
  5. Wong Eye Clinic
  6. Jabatan Oftalmologi, HUKM
  7. Center for Sight (CFS)
  8. Jabatan Oftalmologi, HKL
  9. KPJ Ampang Puteri

Jika ada kelapangan dan kemudahan, insha Allah anis akan teruskan menulis untuk semester hadapan pula. Sekian, terima kasih.

PeRiHaL KaCa MaTa TraNsitioNs

Anis sedang menggunakan produk kaca mata Transitions ini....

Salam semua. Anis yakin, ramai di kalangan rakan di sini teringin mencuba atau sudah mencuba kaca mata jenis transitions ini kan??? Dan ramai juga tertanya-tanya bagai mana kaca mata ini boleh berubah warna dengan begitu pintar sekali.

Bagaimanakah teori disebalik perubahan warna kanta ini???

Begini, kanta jenis transitions ini terdapat satu palisan di hadapan kanta yang akan bertindak untuk meyerap lapisan UV daripada cahaya matahari dan menukar warnanya menjadi gelap. Jadi, kaca mata amat bagus dalam meningkatkan kontras imej yang kita lihat. Selain daripada melindungi mata kita daripada sinaran UVB dan UVA yang berbahaya daripada sinaran matahari, ianya juga berfungsi untuk mengurangkan silau pada mata kita dalam cuaca yang panas.

Gambar untuk menerangkan prinsip transitions ini...

Selain daripada sinaran UV, salah satu faktor yang diambil kira oleh kanta ini untuk bertukar warna adalah disebabkan suhu persekitaran atau haba juga. Jika suhu rendah, maka semakin gelaplah kanta ini. Begitulah juga sebaliknya. Oleh sebab itu, untuk penggunaan di negara kita, kanta transitions ini tidak dikira begitu gelap sangat disebabkan suhu yang tinggi. Warnaya cuma bertukar lebih kurang 60% sahaja berbanding jika dipakai di negara beriklim sejuk yang mungkin lebih sejuk dan kantanya akan bertukar warna kan menjadi lebih gelap warnaya. Jika kehadiran UV dan juga cuaca juga memainkan peranan dalam menetukan pertukaran warna kanta ini.

Dua faktor yang saling dikaitkan dengan pertukaran warna kanta transitions ini....

Lihatlah perbezaan kaca mata yang sama jika dipakai pada waktu yang berbeza. 
(a) Sebelah kiri: Kehadiran UV di waktu pagi, namun disebabkan suhu rendah, kanta menjadi lebih gelap.
(b) Sebelah kanan: Kehadiran UV di waktu tengahari, namun disebabkan cuaca panas, kanta menjadi kurang gelap berbanding waktu suhu rendah.

Oleh sebab itu, perlu diingatkan bahawa, untuk kepuasan dalam melihat sesuatu tanpa rasa silau, transitions ini tidak menjamin kepuasan itu. Transitions di Malaysia cuma mampu untuk berubah menjadi gelap sebanyak 60% sahaja berbanding dengan penggunaan kaca mata hitam atau sunglasses yang gelapnya mencecah 80% daripada kaca mata biasa. Ini semua disebabkan faktor cuaca yang panas dan suhu tinggi di negara kita. Namun, jika anda sudah terbiasa memakai kaca mata transitions ini, anda dapat rasakan kelaiannya berbanding kaca mata biasa. Jika anda teringin, cubalah. Pasti ianya amat memuaskan.

Harganya memang sedikit berbeza berbanding kaca mata biasa, namun jika diteliti, jika kulit anda perlukan perlindungan daripada UV daripada sinaran matahari, begitulah juga kepada mata. Mata juga erlukan perlindungan daripada UV dan semestinya transition menjanjikan perlindungan 100% daripada UV utnuk mata anda. Selamat mencuba.

PeNgaLaMaN PoStiNg Di KPJ AmPanG PuTeRi

Ini merupakan pengalaman posting terakhir bagi anis utnuk semester ini. kali ini anis berpeluang untuk menimba ilmu dengan Dato' Dr. Baljit Kor. Beliau merupakan salah seorang pakar mata yang berkhidmat di Hospital KPJ Ampang Puteri ini. Anis memulakan perjalanan ke hospital ini dengan menunggang motosikal. Ini kerana ia terletak tidak jauh daripada tempat anis.

Anis dengan motosikal kesayangan....motosikal yang banyak berjasa..

Dekat jer daripada rumah anis di Kg. Baru ni...

Kedatangan anis disambut dengan senyuman daripada launter pertanyaan, optometris yang bertugas dan juga daripada Dato' juga. Beliau amat ramah dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan pelajar. Beliau akan menunjukkan tunjuk ajar kepada pelajar tentang selok belok penyakit di mata. Antara kes yang anis dapat lihat adalah seperli psca pembedahan katarak, pembedahan kecil membuang ketumbit, sakit mata akibat jangkitan virus, barah pada mata, LASIK dan sebagainya.

Jika anda mempunyai masalah mata, mungkin menjadikan Hospital Pakar Ampang Puteri ini adalah pilihan yang baik. Setakat anis duduk dan posting di sini, anis melihat semua pesakit yang datang berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Anis bagi 4.5 daripada 5 bintang utnuk hospital ini. Selamat maju jaya semoga jumpa lagi semester hadapan.

Terima kasih KPJ Ampang Puteri....

Tuesday, December 13, 2011

BaNjiR Di SeKitaR KaWaSaN OpToMeTRi

Cik Anis menghabiskan pemeriksaan mata sekitar jam 5 petang tadi. Hujan renyai-renyai mula turun membasahi bumi. Mendongak ke langit, kelihatan kabus mula menutupi semua pencakar langit sekitar bandar Kuala Lumpur ini. Oleh sebab terlalu penat, keadaan pula sejuk ianya seakan mengizinkan mata utnuk terlelap seketika. Apabila membuka mata, kelihatan kenderaan sudah mula penuh bersesak akibat banjir di Jalan Tun RAzak ini. Masha Allah...hujan yang disangka biasa itu rupanya sudah menyebabkan Sungai Bunus melimpah memenuhi ruang jalan sedalam 1 meter. Subhanallah...kepada yang terperangkap dalam kesesakan jalanraya tadi yang dikhabarkan sehingga Lebuhraya Mahameru ini, diharapkan anda bersabar. 

Kat belakang Perpustakaan Negara inilah kolej kediaman saya...

Laluan yang selalu saya guna untuk ke kelas....=((

Semoga kejadian yang sama tidak berulang lagi.....

Posting di Jabatan Oftalmologi HKL

Bangun tidur sahaja pagi tadi, perasaan amat berkobar-kobar untuk posting di Jabatan Oftalmologi HKL. Maklumlah ini kali pertama saya ke sana, dan inilah antara tempat posting paling dekat saya hadiri setakat ini.

Dekat sahaja....

Jalan kaki lebih kurang 5 minit sahaja daripada Jabatan Optometri UKM ini. Biasalah scenario di hospital kerajaan, ramai pakar oftalmologi di sini, tapi ramai juga pesakit di sini. Pelbagai penyakit dirawat antaranya konjunktivitis, glaucoma dan katarak. Penyakit biasa dijumpai di kalangan orang kita. Trend pesakit yang bertandang di sini amat konsisten. Namun kecekalan dan kerajinan kakitangan Jabatan Oftalmologi ini patut dipuji. Anis bagi 4 daripada 5 bintang untuk posting kali ini.

Sunday, December 11, 2011

MenGhaDiRi WaLiMatuL UruS KaKiTanGaN JabaTaN OptOMetRi

Hujung minggu yang amat bermakna. Setelah penat bertungkus lumus menyiapkan assignment, kini tibalah masa untuk 'reward' pula. Kali ini anis dan rakan-rakan 'reward' dengan menghadiri majlis menyambut menantu di rumah salah seorang kakitangan Jabatan Optometri UKM, iaitu Encik Shah. Rumahnya tidaklah begitu jauh, cuma di Cheras sahaja. Namun, disebabkan teruja untuk reward punya pasal, anis dan kawan-kawan telah sesat sehingga Bangi. hahahaha...suatu pengalaman yang amat tidak dapat dilupakan. Tetapi sebaik sampai dirumah pengantin, keletihan sesat di dalam perjalanan seakan terubat setelah melihat seri pengantin yang menyambut kami, suasana kenduri gotong-royong ala kampung, juadah enak yang disediakan dan hadiah untuk tetamu iaitu bunga telur juga. Kami rasa amat berbaloi dengan perjalanan kami dengan segala yang kami dapat. Sangat berpuas hati dan kami mendoakan kebahagiaan mempelai ini sehingga ke hujung hayat. Semoga dirahmati Allah selalu. Apa yang menarik sekitar kenduri ini??? Jom stalker gambar kami......weeeee....

Perasaan riang terserlah disebalik seri pengantin.....tahniah en Shah dan isteri...

Suasana sekitar kenduri gotong-royong ala kampung.....

Juadah yang amat menyelerakan....

Bunga telur....buah tangan tradisi orang Melayu..

Wah kumpulan pelajar optometris yang berbangsa Cina turut menghadiri majlis ini...

Giliran anis dan kawan-kawan yang lain pula yang bergambar....

Bergambar bersama sebahagian kumpulan pelajar yang meghadiri majlis ini....inilah kekuatan kami...walaupun berbeza antara kami, tapi kesamaan yang kami cari.....

Sebelum bertolak balik, sempat bergambar secara dekat dengan pengantin perempuan....

Itulah serba sedikit penghargaan atau reward yang dibuat oleh pelajar Optometri tahun 4 UKM ini stelah bertungkus lumus menelaah sepanjang semester. kini berbaki 2 minggu lagi sebelum ujian akhir semester....teruskan semangat, tambahkan usaha.....UKM boleh....Opto boleh....
Setelah release tension di kenduri ini, jom sambung belajar semula.....=__=
Tata=)).









Saturday, December 10, 2011

SaYoNaRa Dr. LourDes

Dr Lourdes.....

Dr. Lourdes adalah seorang pakar aberasi yang telah mencurahkan bakti di UKM Optometri ini sejak awal 2010 ini. Dalam penguasaan ilmu optik dan fizik, beliau memang tiada tandingannya. Masih segar lagi dalam ingatan tentan soalan yang diajukan dalam pilot study beliau jalankan. Semuanya membuatkan aku tidak keruan...susahnya. Namun, sejak membuat keputusan untuk ke Australia, ramai yang terkejut dengan keputusan itu. terutamanya pelajar tahun akhir di bawah seliaan beliau. Namun demi misi penyelidikan, kami warga merelakan Dr Lourdes untuk berangkat ke Australia. Selamat jalan Dr. Lourdes. Sobsobsob...terharunya...terima kasih atas semua tunjuk ajar selama ini.

Mengenakan pakaian tradisional Melayu pada majlis perpisahan...

Sedih pula melihat lukisan ini...



KeSaN MaSaLaH MaTa AnaK Anda Di Peringkat AwaL....

Anak-anak adalah sumber inspirasi. Anak-anak juga adalah amanah daripada Illahi untuk ibu bapa. Ramai yang berkata anak-anak pada peringkat kanak-kanak ini adalah jujur dan tidak pandai menipu. Namun begitu, walaupun mereka jujur, tidak semua perkara mereka akan luahkan secara lisan. Begitu juga dengan masalah mata, kebanyakan masalah mata yang menyerang kanak-kanak adalah berlaku sejak kecil dan tanpa disedari oleh ibu bapa. Ini kerana tidak semua kanak-kanak tahu mengadu tentang masalah mata. Mereka tidak mengerti lagi mengenai apa itu penglihatan yang jelas ataupun tidak. Mereka mungkin nampak kabur, namun mungkin mereka menganggap semua rakan-rakan melihat seperti mereka.

Jadi, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memerhatikan perkembangan anak-anak mereka terutamanya masalah mengenai mata. Jika mempunyai masalah mata, ada lebih kurang sepuluh gejala-gejala yang dapat dilihat dan diperhatikan. Antaranya adalah:-

Mengecilkan mata untuk melihat jauh.



Mungkin disebabkan rabun jauh.

Kerap menggosok mata.

Mungkin disebabkan alergik konjunktivitis.

Kerap berkelip mata.


Mungkin disebabkan lemah akomodasi yang dialami. Masalah susah untuk fokuskan imej yang dilihat.

Mata selalu berair walaupun tidak menangis.


Mungkin disebabkan saluran air mata tersumbat.

Mata merah.


Mungkin disebabkan jangkitan kuman pada mata.

Duduk dekat untuk menonton TV dan membaca terlampau dekat.


Ramai ibu bapa tersalah anggap. Ibu bapa sering kali marah jika anak-anak duduk dekat dengan kaca TV, tapi tahukah anda, itu adalah petanda terbaik anda ada masalah mata. Kanak-kanak yang rabun jauh, tidak nampak utnuk melihat jauh, sebab itu mereka perlu duduk dekat. Begitu juga semasa membaca buku.

Terlampau sensitif terhadap cahaya ataupun lampu.


Mungkin mengalami masalah rabun silau yang terlampau tinggi pada mata (astigmatism).

Sakit pada mata.


Ambil berat jika anak-anak merengek dan mungkin menunjukkan seolah-olah mata mereka sakit, anak anda mungkin ada masalah lain seperti glaucoma dan sebagainya.


Selalu membutangkan mata.


Membutangkan mata adalah salah satu tanda berkaitan dengan rabun jauh juga.

Pergerakan mata yang ganjil (termasuklah juling atau bergetar)



Kebanyakan juling adalah boleh dibetulkan jika pada peringkat kanak-kanak. Jadi, kesannya pada peringkat awal adalah yang terbaik.

Itulah antara tanda-tanda anak anda mengalami masalah pada mata. Jika gejala ini dikesan pada anak anda, sila berjumpa dengan pakar mata yang berhampiran. Jangan terlambat. Mengesan, memeriksa, dan merawat di peringkat awal adalah lebih baik daripada dibiarkan atau dirawat pada peringkat terlewat. .....=))

Friday, December 9, 2011

BerBeNgKeL BerSaMa CiBA ViSioN

Bengkel oh bengkel....

Hujung mingguku sudah di'tangkap muat' dengan bengkel bersama wakil syarikat pengeluar kanta sentuh yang terkenal iaitu CIBA Vision. Bengkel ini telah berlangsung di Hotel Sunway Putra (Hotel Legend) berhampiran dengan the Mall ini. Semasa bengkel ini dijalankan, hotel ini juga menyaksikan ramainya pengikut UMNO berkumpul sempena perhimpunan Agong baru-baru ini. Bengkel bersama CIBA Vision ini ini bermula dari pukul 8.00 pagi. Setibanya kami di sana, sarapan sudah tersedia. Makanan amat menyelerakan.

Bersarapan di hotel...awesome....

Selepas menjamu selera, kami dihidangkan pula dengan bengkel tentang produk terkini daripa CIBA Vision iaitu kanta sentuh silikon hidrogel, kanta sentuh utnuk astigmatism dan kanta sentuh untuk presbyopia (rabun tua). Semuanya didengar dengan penuh tekun kerana setiap berakhirnya sesi ini, satu kuiz akan diadakan. Apa yang menyeronokkan adalah apabila banyak free gift diberikan oleh penganjur. Biasalah kehidupan seorang pelajar, semua yang free adalah seronok.

Bersama wakil syarikat CIBA Vision....

Banyak ilmu yang diperolehi daripada bengkel ini. Banyak ilmu baru berkaitan kanta sentuh ditimba daripada bengkel ini. Dengan serba sedikit ilmu ini, diharapkan dapat menempuh liku-liku sebagai optometri ini dengan penuh yakin. Saya berikan empat bintang daripada lima bintang utnuk bengkel ini. Diharapkan pihak CIBA Vision dapat mengadakan banyak lagi bengkel seperti ini pada masa akan datang. Bengkel ini berakhir pada pukul 5.30 petang. Terima kasih kepada CIBA Vision!..

Bergambar bersama rakan optometri lain selepas bengkel....

Say cheese...gambar kredit to Siti Haisah dan Shaz' Ain....luv u all!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...