Pesakit Bell's palsy ini biasanya dengan keadaan mulut seolah-olah menunjukkan gigi, kening terangkat dan terkedip-kedip mata.
Tanda-tanda Bell's palsy.
Jumlah sebenar pesakit yang ada penyakit ini di Malaysia tidak diketahui. Namun, anda boleh bayangkan risikonya jika anis katakan setakat sesi klinikal selama 4 bulan ini anis sudah ada dua pesakit dengan masalah ini. Salah satunya pelajar sekolah 15 tahun dan seorang lagi adalah kakitangan kerajaan, 53 tahun. Boleh dikatakan penyakit boleh menyerang tanpa tanda lain dan tanpa mengira umur. Yang paling menakutkan, penyakit ini biasanya menyerang semasa tidur. Apabila terjaga di waktu pagi, biasanya pesakit sudah mulai rasa lumpuh sebelah muka dan ianya terasa seperti berat.
Asal-usul penyakit ini adalah disebabkan saraf muka yang lumpuh yang mungkin diakibatkan oleh pertumbuhan tumor, jangkitan pada otak (meningitis), strok, kencing manis, kecederaan kepala dan juga jangkitan kuman lain-lain. Namun, pada kedua-dua pesakit anis yang ada Bell's palsy ini, ianya berpunca daripada darah tinggi yang tidak dikawal dan tidak diperiksa. Saraf daripada otak ke muka ini adalah berkait juga dengan salur darah. Maka, sebarang keabnormalan pada salur darah iaitu kolesterol tinggi, darah tinggi dan kencing manis ini akan juga menyebabkan kecederaan pada saraf-saraf ini.
Lumpuh pada saraf daripada otak ke muka a.k.a lumpuh saraf pada muka.
Nasihat optometri adalah untuk mengelakkan keadaan ini adalah dengan berjumpa doktor utnuk pemeriksaan kadaan kesihatan secara tetap atau regular. Jika anda didiagnos mempunyai masalah-masalah kesihatan, patuhi nasihat doktor. Jika anda mempunyai masalah Bell's palsy ini, sila berpunca dengan pakar dengan segera kerana ianya juga boleh juga berkaitan dengan pertumbuhan tumor yang membahayakan.
Pesakit dengan masalah ini biasanya mempunyai masalah mata seperti masalah mata kering. Ini kerana kelopak mata susah untuk ditutup. Ini akan menyebabkan masalah mata kering dan jika tidak dirawat dengan betul, mata akan mudah terluka dan menyebabkan kebutaan.
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment