Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, October 29, 2011

KanTa SeNtuH....KePeRLuaN Atau KeHenDaK???

Anis ingin membebel mengenai kanta sentuh lagi. Kali ini tentang persepsi masyarakat tentang kanta sentuh. Daripada pemerhatian setakat ini, anis dapat lihat corak atau paten orang kita berfikir. Semuanya terdapat 2 golongan bagi setiap kategori. Kategori-kategorinya ialah:-

Kategori 1: Keberanian.
Ada satu golongan yang anggap kanta sentuh ini bahaya dan menyakitkan dan menakutkan dan sebagainya. golongan ini tergolong daripada golongan agak kurang berani. Ada satu golongan lagi, terlampau berani atau daring iaitu golongan yang berani mencuba apa sahaja sehinggakan semuanya ingin dicuba termasuklah berani mencuba kanta sentuh yang dijual di pasar malam.  Dipendekkan cerita, memang terdapat dua pemikiran yang berlainan yang 'ekstrimis'lah dalam penggunaan kanta sentuh ini.

Kategori 2: Kesihatan dan keselamatan.
Saya tidak berani mencuba kanta sentuh, banyak kes kecedraan mata, jangkitan kuman, sebab pernah pakai dan sakit dan bla,bla,bla,bla....Bagi golongan ini, kaca mata adalah terbaik. Tapi ada satu golongan lagi, asal sebut sahaja kanta sentuh semuanya selamat dan baik janji nampak cantik. Golongan ini memang jika diberi pilihan, kaca mata adalah pilihan terakhir.

Selaku bakal graduan optometris, inilah cabaran terbesar utnuk menghadapi golongan-golongan yang disebutkan di atas. Jika ditanya kepada anis, apakah pendapat anda. Jawapan saya mudah sahaja. Tepuk dada tanyalah diri anda. Adakah anda rasa kanta sentuh ini adalah keperluan atau ianya cuma kemahuan?

Cewah....... ayat macam pakar motivasi pula. Ya....sebab bagi pendapat saya KEPERLUAN dan KEMAHUAN ini sendiri bukan sahaja membawa maksud yang berlainan malah juga membawa kesan motivasi yang berlainan. Apa yang anis cuba cakapkan sekarang???

KEPERLUAN

Jika kanta sentuh dipakai sebagai keperluan, motivasi si pemakainya semestinya bagus. Kanta sentuh dipakai dengan masa yang ditetapkan, kanta sentuh dijaga dan dicuci dengan bersih dan disimpan dengan elok. Siapakah yang memerlukan kanta sentuh ini? Golongan yang cacat penglihatan seperti gambar di bawah ini. Dengan kanta sentuh, beliau berasa yakin dan kanta sentuh di sini adalah keperluan.

Ada orang pakai kanta sentuh daripada tidak elok menjadi elok. Kanta sentuh menjadi keperluan.


KEMAHUAN

Jika kanta sentuh dipakai sebagai kemahuan, percayalah semuanya sambil lewa sahaja. Jika saya  hendak cantik, saya pakailah, Jika malas, saya lupa kanta sentuh saya. Motivasinya kurang. Siapa golongan yang memakai kanta sentuh sebagai kemahuan ini, anda mungkin terdedah kepada risiko pemakaian kanta sentuh seperti yang selalu diuar-uarkan itu.

Ada orang pakai kanta sentuh daripada mata elok menjadi tidak elok. Kurang motivasi dalam pemakaian kanta sentuh. Ini kerana kanta sentuh menjadi kemahuan semata-mata.

Jika ditanya kepada saya, antara kanta sentuh dan kaca mata, yang mana satu lebih bahaya? Jawapannya adalah subjektif. Jika pemakaian kaca mata, jika patah atau pecah ianya juga bahaya. Begitu juga dengan kanta sentuh, jika tidak dipakai dengan arahan dan teknik yang betul, ianya juga bahaya. Jadi, bagaiamana?? Semuanya bahaya. Bukan begitu maksud saya, jika dipakai mengikut keperluan dan bukannya kemahuan semata-mata..insya Allah semuanya akan selamat.

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersederhana. Selamat beramal.~~~~

8 comments:

  1. bagi Putri.. guna contact lens kdg2 je.. mcm g dinner ke.. hari biase slalu pkai spek.. xblh pkai cntct lens slalu, mata jdi merah..

    ReplyDelete
  2. mungkin itu salah satu cara yang baik. pakai bila perlu....dengan kurangkan penggunaanya itu yang terbaik utk putri....

    ReplyDelete
  3. ngerinya tengok gambar mata tuh, huhu..

    ReplyDelete
  4. hye anis..:) suke sgt baca kalau berkaitan contact lense ni..
    actually jiejah memang pengguna tetap contact lens....buat masa ni Alhamdulillah..sebab selesa n mudahkan pergerakan..tapi mmg kne pentingkan kebersihan ...

    ReplyDelete
  5. Ruqaiyah: ni special case...
    La jieja: yeker....yup2. kebersihan memang amat penting jika kita memakai kanta sentuh ni.

    ReplyDelete
  6. info yang menarik :)
    xbrani lah pakai lens,
    pakai cermin mate lebih selamat ^_^

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum, Anis

    Saya cadangkan awak buat page dkt FB. Informasi yang diberi sangat bermanfaat. Saya sebagai pengguna contact lens sangat memerlukan informasi sebegini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...