Selepas pulang daripada tempat kerja setelah penat lelah bekerja seharian, Suria (bukan nama sebenar) akan bergegas pulang untuk mengambil anaknya di rumah jagaan. Seperti biasa, anaknya seolah-olah tidak menunjukkan apa-apa tanda yang ganjil. Hanya sejurus sampai di rumah, naluri ibu seakan-akan tersentak melihat perubahan mendadak anak kecilnya yang kini berusia 3 bulan. Bayi kecil yang dulu amat berselera dengan makanannya kini memandang lesu makanan yang disuap. Susu juga tidak dilayan. Semuanya diperhatikan oleh Suria. Bayi kelihatan tercungap-cungap dan sukar bernafas. Ketara bayinya kini sudah panas badannya, lalu disentuh dahinya. Bayinya terus menangis seolah seperti sakit sangat. Bayi yang dulunya sangat baik dan diam, kini sudah mula merengak dan menagis. Suria buntu. Bayinya terus merengek tanpa sebab. Suria yang risau dengan kejadian ini terus membawa anaknya ke hospital. Tiba-tiba jantung Suria seolah –olah berhenti berdegup apabila menerima berita ini. Doktor mengatakan bahawa bayinya ada masalah Sindrom Bayi Digoncang. |
Jangan goncang bayi dengan kuat.
Pendarah di dalam kepala.
Pendarahan yang paling mudah dikesan adalah di belakang mata.
Pendarahan otak dan dahi biasanya kelihatan bengkak sedikit.
Kesan tompokan darah di belakang mata akibat pemecahan salur darah di otak dan ini akan meninggalkan kesan kecacatan penglihatan kekal.
Jika optometris dapat mengesan tanda-tanda ini pada bayi, mungkin tindakan seterusnya adalah dengan bertanya kepada bayi adakah bayi tersebut didera. Jika dalam kes ini, memang terbukti 'goncangan' atau penderaan itu dilakukan oleh penjaga bayinya. Selaku ibu bapa juga, jangan mengoncangkan bayi kerana kesannya amat teruk.
Antara kesannya adalah kehilangan penglihatan secara kekal. Bagi kes ini, bayi ini mengalami saat-saat yang sukar. Beliau telah mengalami kebutaan yang kekal akibat kerosakan saraf di dalam kepala yang berkaitan dengan mata. Kini bayi berkenaan mengikuti latihan aktiviti untuk kanak-kanak buta di Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB). terdapat kesan lain adalah cerebral palsy dan sebagainya. Semuanya kesan yang kekal.
Jangan goncang bayi.....
Kesimpulannya, jika ibu bapa dapat mengesan tanda-tanda atau perubahan yang pelik pada anak anda, sila rujuk ke hospital dengan segera. Anak anda mungkin tidak mampu bercerita, namun tingkah lakunya dapat menceritakan segalanya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment