Begini, untuk memulakan pemeriksaan mata, anis akan mulakan dengan membaca huruf pada carta seperti biasa. Anis berasa hairan kerana pelajar terbabit tidak dapat melihat carta tersebut dengan jelas. Anis cuba mendapatkan kuasa bagi mata pelajar tersebut. Kelihatan daripada tengah anak mata ada kelihatan tompok hitam apabila cahaya lampu disuluh di depan mata (teknik retinoskopi).
Tompok hitam di lihat semasa mata disuluh dengan cahaya.
Anis cuba lagi mencari lagi apakah punca penglihatan pelajar ini menjadi kabur dan apakah sebenarnya 'tompok hitam' yang dilihat tadi?. Anis menggunakan satu lagi alat iaitu slit lamp biomikroskopi yang bertindak seperti mikroskop ini. Anis akhirnya jumpa apa punca kekaburan tersebut. Anis lihat seperti ini (gambar di bawah) dihadapan mata beliau.
'Tompok hitam' yang dilihat sebenarnya adalah seperti ini.
Jika ianya berada di tengah-tengah anak mata, penglihatan akan menjadi kabur.
Beliau mempunyai kekaburan penglihatan akibat daripada pengerasan lapisan hadapan kanta di dalam mata. Dengan pengerasan laipsan ini, ianya akan menghalang pesakit ini untuk melihat dengan jelas. Tetapi apakah punca pengerasan lapisan ini? Apabila ditanya tentang permasalahan pada mata beliau, beliau mengatakan bahawa matanya akan kelihatan merah dan sakit ketika cuaca sejuk.
Matanya kan menjadi merah jika cuaca sejuk.
Apakah kaitannya?? Anis cuba membuat andaian. Adakah disebabkan allergic pada keadaan sejuk. Namun ternyata, ianya meleset. Beliau tidak mempunyai allergic. Apakah punca sebenar mata merah pada waktu sejuk dan pengerasan lapisan depan kanta di dalam mata ini?
Mata merah akibat allergic. Tapi bukan.....jadi???
Apabila diteliti, kesan pengerasan lapisan depan mata seperti gambar diatas ini adalah kesan daripada tekanan yang tinggi di dalam bebola mata. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku dan kaitannya dengan cuaca yang sejuk. Tahukah anda jika cuaca berubah, keadaan mata juga sedikit sebnayak akan berubah juga. Anis akan ceritakan sedikit sebanyak bagaimana perubahan ini berlaku.
Gambar mata.
Bebola mata manusia terdiri daripada satu cengkerang yang keras di luarnya dan di dalamnya terdapat cecair. Cecair di dalam bebola mata ini akan sentiasa ditukar. ada yang akan dirembeskan dan ada yang akan dikeluarkan. Untuk mengeluarkan cecair tersebut, satu sistem 'perlongkangan' atau 'pengairan' atau drainage yang baik diperlukan.
Ini yang terjadi pada pesakit, pabila longkang tersumbat ekanan akan tinggi.
Apabila longkang yang tersumbat, tekanan air akan naik dan banjir akan berlaku. Begitu juga di dalam mata, jika sistem perlongkangan ini tersumbat, maka tekanan di dalam mata akan meningkat. Jika tekanan di dalam mata meningkat, pelbagai masalah akan berlaku. Antaranya ialah:-
1. Pengerasan lapisan di depan kanta di depan mata akibat daripada sel-sel yang sudah mati akibat tekanan yang tinggi.
Dikenali juga sebagai glucomflecken.
2. Salur darah di dalam mata akan tertekan dan darah susah untuk mengalir. Saraf di belakng mata yang bersambung ke otak akan mati dan kesannya adalah kebutaan atau penglihatan terhad.
Bagaimana tekanan tinggi boleh berlaku di waktu sejuk?
Cecair di dalam mata kita ada mengandungi bahan-bahan seperti garam. Jika keadaan sejuk atau cuaca sejuk, cecair di dalam mata ini akan sedikit memekat dan membeku (decrystallization) dan akan menyumbat sistem perlongkangan pada mata ini. Ini akan meningkatkan tekanan di dalam mata ini. jika di luar negara, ianya amat familiar dengan nama cold weather glaucoma atau winter glaucoma. Glaukoma (iaitu tekanan dalam bebola mata meningkat) akibat daripada perubahan cuaca yang sejuk.
Salah satu kesan glaukoma adalah medan penglihatan menjadi kecil seperti melihat melalui terowong a.k.a tunnel vision.
Antara tanda-tandanya adalah mata merah semasa sejuk, berasa senak sekeliling mata, sakit kepala dan berasa loya dan ingin muntah. Jika ini berlaku, rujuk pakar mata dengan segera. Mata anda mungkin yang diceritakan di atas. Wallahualam...
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment