Posisi untuk belajar dengan tenang...mana satu adalah anda????
Termenung sejenak sambil tersenyum. Bukan apa, anis tersenyum kerana melihat gambar di atas dan teringat pula telatah kawan-kawan yang sedang belajar. Mungkin ada mempunyai dilemma ini, iaitu dilemma mencari posisi terbaik untuk belajar.
Belajar yang berkualiti adalah belajar keadaan yang senang. Ada mengatakan belajar ini biarlah berkualiti, bukannya pada kuantiti. Tapi tahukah anda, belajar berkualiti itu berasal daripada kuantiti belajar yang banyak. Wallahualam.... Sebut sahaja belajar, ada yang kata mood baik itu penting. Begitu juga dengan posisi atau kedudukan badan anda. jom kita teliti gambar ini....
Ini merupakan posisi yang agak popular di kalangan para pelajar untuk membaca buku.
Apakah kaitan gambar ini dengan kualiti belajar? Ya ada fakta di sebalik posisi belajar ini. Anis suka bincangkannya daripada sudut fungsi mata. cuba kita lihat jadual di bawah ini.
adakah anda setuju???
Apakah faktanya?? Begini ceritanya.....
Jika anda di dalam golongan C dan F, anda mungkin anda setuju dengan saya. Anda cuma mungkin paling lama boleh bertahan untuk membuka mata dan belajar adalah kurang dengan setengah jam, selepas itu anda berakhir dengan tidur. Bagaimana ianya berlaku???
Kedudukan mata semasa melihat jauh berbanding kedudukan mata semasa melihat dekat.
Ini kerana, faktor kedudukan mata anda ketika membaca semasa baring tersebut. Jika anda sedang baring, mata anda akan berada pada kedudukan seolah-olah anda melihat jauh. Namun begitu, ianya berbeza dengan keadaan mata anda semasa melihat dekat atau membaca. Mata akan berada pada kedudukan masuk sedikit berbanding utnuk melihat jauh.
Kedudukan mata jika dalam keadaan baring, seolah-olah melihat objek yang jauh.
Kedudukan mata jika membaca, seolah-olah melihat objek yang dekat.
Mata menjadi cepat penat dan mengantuk kerana jika membaca sambil baring otot mata akan membuat kerja yang kuat. Otot mata yang sebenarnya di kedudukan mata seperti melihat objek yang jauh kini perlu bekerja kuat untuk memfokuskan bahan bacaan iaitu membawa mata seperti keadaan ke dalam sedikit (converge). Otot mata yang berkerja kuat ini cuma dapat bertahan buat suatu jangka masa sahaja, selebihnya jika ia berterusan, mata akan letih dan tertidur.
Mata akan berkerja kuat untuk memfokuskan bahan bacaan dalam keadaan baring.
Berbanding dalam situasi A,B,D dan E, anda tidak dikira dalam situasi baring. Mata memang bertindak tnuk masuk ke dalam sedikit (converge) untuk membaca bahan bacaan. Otot mata tidak perlu berkerja keras untuk memfokuskan pada bahan bacaan. Disebabkan faktor itulah, jika anda dalam golongan ini, anda mungkin dapat bertahan lama sedikit berbanding golongan C dan F.
Namun begitu, untuk posisi yang terbaik semasa belajar, optometris tidak menyarankan anda untuk baring dan seumpama dengannya. Ini kerana, semua posisi yang di berikan contoh di atas adalah tidak begitu sesuai utnuk belajar dengan berkualiti. Cara terbaik adalah duduk di meja dengan pencahayaan yang cukup. Itu yang terbaik.
Selamat mencuba, sekian terima aksih.
salam, tq atas infonya, harap2 banyakkanlah menulis tntng ini, semoga anda berjaya dalam pengajian.
ReplyDeleteterima kasih...insha Allah semoga dipermudahkan.
ReplyDelete