Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, October 11, 2011

HaRi InTeRaKsi OpToMeTRi UKM 2011

Hari Interaksi Optometri 2011.

Pada tanggal 8.10.2011 yang lepas, telah berlangsung majlis Hari Interaksi Optometri tahun 2011 ini. Majlis tahuanan ini sering kali dilakukan untuk meraikan pelajar tahun satu yang baru sahaja berdaftar baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar baru tahun 1 atau 'freshie' optometri UKM.

Para pensyarah turut hadir untuk memeriahkan majlis ini.

Acara tahunan kali ini dihadiri oleh para pensyarah dan juga para pelajar. Bermula dengan sesi pendaftaran, para pensyarah dan para pelajar akan dibahagikan kedalam kumpulan mengikut warna masing-masing. Ala-ala rumah sukan macam di sekolah gitu. Anis dapat kumpulan merah jambu. Hati jambu, muka legend la. hahaha......antara kumpulan lain adalah oren, kuning dan hijau.

Acara pijak belon.

Acara tarik tali yang disertai oleh pensyarah dan juga para pelajar.

Inilah freshie tahun ini. jumlahnya sedikit namun tetap meriah.

Kumpulan anis mestilah menang. "pink' boleh!!!.

Bergambar kenangan bersama para pensyarah dan juga freshie.

Objektif merapatkan kerjasama dalam kumpulan juga tercapai.

Selepas sarapan bersama dan juga senam robik, pelbagai acara sukaneka diadakan. Antaranya pijak belon, isi air dalam botol menggunakan tempurung, tiup belon dan cari gula-gula dalam tepung dan juga acara tarik tali.

Bergambar kenangan bersama junior-junior.

Belajar bukanlah matlamat semata dalam bidang optometri ini. Pelajar optometri perlu juga melepaskan stress belajar dengan mengadakan aktiviti seumpama ini. Antara objektif utama majlis inia dalah untuk meraikan pelajar baru dan merapatkan hubungan antara senior dan junior ini. Tidak dinafikan segala objektif tercapai. Majlis ini memang akan dianjurkan secara tradisi oleh pelajar optometri UKM tahun kedua. Tahniah buat warga kerja majlis ini.

Mungkin ini Hari interaksi ke-4 dan terakhir sepanjang berada di UKM ini....


2 comments:

  1. salam..
    akak..
    tumpg tnye..
    optometry course ukm ni kt bangi ke kt cheras..??

    ReplyDelete
  2. Course ini di Chow Kit. Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur. Berhampiran HKL.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...