UKM Universiti Kebanggaan Malaysia.....
Gambar sekadar pencetus semangat. Tiada kaitan secara direct dengan kisah yang dikongsi pada kali ini. Setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Diharapkan sedikit pengorbanan anis ini akan membuahkan kejayaan kelak. Cuti raya korban tahun ini kebetulan pula bersambung dengan cuti pertengahan semester di UKM ini. Namun, Anis perlu berkorban 'cuti' kali ini untuk tidak pulang beraya korban di kampung halaman demi untuk mengumpulkan data untuk projek tahun akhir. Tajuk projek tahun akhir anis adalah analisis pergerakan mata semasa melakukan aktiviti rutin harian dalam kalangan pelajar sekolah dengan penglihatan normal.
Cewahh...tajuk nak semegah aje. Bukan itu yang anis hendak maksudkan. Sekadar perkongsian. Disebabkan kajian yang anis jalankan ini memerlukan masa yang lama, kajian anis merupakan kajian berbentuk kohort jadi, anis kena mulakan di awal semester. Sebenarnya sekiranya anis dapat bercuti, ianya cukup bermakna kerana anis dapat beraya bersama ibu tersayang dan juga adik beradik yang lain. Lagipun pada tanggal 7.11.2011 ini sempena raya haji kedua inilah genaplah setahun arwah ayah telah meninggalkan kami. Namun apakan daya pada tanggal 8.11.2011 ini anis sudah ditetapkan untuk mengumpul data kajian tersebut.
Tetapi semangat untuk berjaya dalam projek ini telah memadamkan semua kesedihan dan sebak itu tadi. Anis seakan-akan terpanggil dan amat teruja untuk membuat kajian ini oleh sebab masih kurang lagi kajian mengenai pergerakan mata ini di Malaysia. Sekurang-kurangnya dengan adanya kajian ini, dapatlah membantu sedikit sebanyak memantau isu pergerakan mata ini dalam meningkat prestasi pelajaran para pelajar di Malaysia ini kelak.
Rasa sebak berbaur sedih di dalam hati anis seolah-olah terubat jika mengenangkan wasiat arwah ayah sebelum beliau pulang ke rahmatullah. Arwah ayah anis ada berpesan supaya 'walau sepayah mana sekalipun ujian yang mendatang, beliau ingin anis berjaya dalam bidang optometri ini, beliau ingin melihat anis memegang segulung ijazah optometri walaupun beliau tiada di sisi'. Beliau juga pernah berpesan 'jika senang bukan harta, jika senang ianya bukan ilmu'. Berbekal kata-kata dan pesan inilah anis gagahkan untuk meneruskan kajian ini walaupun terpaksa mengorbankan cuti pertengahan semester dan cuti raya korban ini.
Walaupun arwah ayah sudah tiada di sisi, adik beradik masih terus menyokong.
Anis pernah terbaca mengenai artikel mengenai bagaimana ingin menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia. Selain menghormati kenalan yang mereka rapat, salah satu cara lain adalah dengan memenuhi apa pesan atau kemahuan mereka sebelum mereka meniggal dunia. Inilah yang membuatkan anis semakin bersemangat untuk meneruskan pengajian ini sebenarnya. Semoga semangat ini istiqamah di dalam jiwa dan semoga Ya Rabbi mempermudahkan urusan anis sepanjang bergelar mahasiswa optometri ini.
Ameen. Sekian, terima kasih.
Al-fatihah buat arwah ayah.
No comments:
Post a Comment