Gambar hiasan.
Post ini adalah berkaitan dengan rasa kekecewaan anis dengan sikap segelintir orang kita ini. Anis telah berjumpa beberapa orang pesakit dengan komplikasi masalah sistemik seperti kencing manis dan darah tinggi. Pengambilan sejarah pesakit atau history taking adalah amat penting. Tetapi apabila ditanya mengenai tahap kesihatan sekarang, semuanya 'under-controlled', bagus selepas terapi yang dijalankan dan sebagainya.
Apa yang anis nak kongsikan kali ini adalah, jika anda 'menipu' atau tidak jujur sekali pun, apa yang pasti mata anda tidak akan berbuat begitu. Daripada keadaan mata sahaja, ia sudah banyak mengambarkan sedikit sebanyak apa yang dihadapi oleh seseorang pesakit itu. Mata boleh diumpamakan seperti 'tingkap' bagi kesihatan badan kita sebenarnya. Apa yang anis maksudkan?
Seperti pesakit ini, beliau mengatakan kecing manis yang dihadapi oleh beliau adalah baik dan baru sahaja dihadapi, tidak sampai 3 tahun. Namun tahukah apa yang dapat dilihat pada mata pesakit ini. Mata memang selalu jujur. Melalui mata, anis dapat lihat beberapa tanda apa yang dikatakan tadi adalah tidak benar.
1. Bukti 1: Salur darah pada kawasan anak mata iaitu pada kawasan sekeliling anak mata. Ini berlaku kerana mata sudah begitu 'stress' untuk mendapatkan oksigen. pertumbuhan salur darah baru daripada belakang mata ini akan masuk ke kawasan di iris mata pula. Sebenarnya keadaan begini amat serius kerana ini menyumbang kepada salah satu sebab yang boleh memebawa kepada penyakit kebutaan mata yang lain iaitu glaukoma.
Salur darah yang baru tumbuh di kawasan iris akibat kurang oksigen di dlaam mata.
2. Bukti 2: Mata pak cik kabur sudah lama, bukan sebab kencing manis. Kencing manis atau diabetes mellitus ini memang bukan penyakit yang menyerang seperti sakit serangan jantung. Ianya penyakit 'senyap dan berterusan'. Jika mata mulai kabur dan kadang kala sahaja ianya menjadi kabur, ianya juga salah satu tanda yang baik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan atau aras gula dalam darah. Jangan tunggu tahap pengsan dan koma barulah didiagnos anda ada kencing manis. Waktu itu, maksudnya segalanya sudah terlambat.
Penumb uhan selaput dalam mata akibat kencing manis atau digelar sugar cataract.
Jika selaput ini sedang berkembang di dalam mata, penglihatan akan kabur.
3. Bukti 3: Kencing manis pak cik baru sahaja. Ya, pak cik. Kencing manis ini memang masih baru. Tapi ianya baru didiagnos, bukannya baru dihidapi. Belakang mata akibat kencing manis lebih daripada 5 tahun biasanya ada pendarahan belakang mata dan juga bengkak di belakang mata.
Pendarahan dan bengkak di belakang mata yang dihadapi oleh pesakit dengan kencing manis yang boleh menyebabkan kebutaan.
Kelopak mata jatuh ini bukan perkara biasa, ianya berkaitan dengan saraf di otak.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment