Pendedahan produk Hoya
Untuk pengetahuan semua, setiap pelajar optometri tahun akhir di UKM ini akan selalu diundang ke majlis seumpama ini untuk memantapkan pengetahuan tentang produk berkaitan dengan kanta kaca mata ini. Apakah yang dipelajari sepanjang bengkel ini??
Menunggu di lobi hotel.....
Untuk bengkel bersama Hoya ini, majlis dijalankan di Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Antara intisari bengkel ini adalah ceramah daripada wakil syarikat dan juga kuiz bagi setiap ceramah yang diadakan. Apa yang paling istimewa adalah makanan yang disediakan adalah lazat semuanya.
Bengkel dan makan...tidak dapat dipisahkan....
Di bengkel inilah kami didedahkan akan teknologi terbaru di sebalik kanta yang selalu kami berikan kepada pesakit. wah memang canggih. Setiap rekabentuk kanta adalah khas untuk sesuatu fungsi sahaja. Dsini kami belajar mengenai kanta yang sesuai untuk pelbagai pekerjaan yang khas seperti doktor gigi, para guru, sehinggalah kepada tauke kedai..hahahaha. Hebat kan????
Ceramah yang diberikan oleh wakil Hoya...
Dengar ceramah Hoya, pakai produk Hoya...
Mungkin ramai yang bertanya apakah keistimewaan jenama ini??? Anis syorkan kanta ini kerana ketelitian pembuatan kanta dalam istilah 'coating' atau perlindungan pada kanta kaca mata. Coating yang dimaksudkan termasuklah perlindungan anti-silau, tahan calar dan sebagainya.
Bergambar kenangan sebelum makan.
Bengkel ini meninggalkan sejuta kenangan dan manfaat yang terima juga. Kami amat berterima kasih kepada Syarikat Hoya atas kesudian untuk menjemput kami ke majlis ini. Semoga majlis ini akan diadakan pada masa-masa akan datang lagi.
Bergambar kenangan bersama rakan bengkel yang lain sebelum bersurai.
Semoga jumpa lagi.~~~~sayonara.
اصدار عقد نظافة الكتروني معتمد بالرياض
ReplyDelete