Anda 40 tahun dan ke atas???
Ada orang kata usia lelaki sebenar adalah bermula pada umur 40 tahun. Ada juga pepatah purba mengatakan 'lelaki umpama arak' semakin lama semakin tinggi harganya. Begitu juga dengan definisi 40 tahun daripada sudut optometri. 40 tahun dan ke atas adalah merupakan adalah umur keramat yang setiap lelaki atau perempuan akan berjumpa dengan optometris untuk melkaukan pemeriksaan mata kerana mata mulai kabur untuk melihat dekat.
Sebut sahaja kesihatan, terutamanya mata ramai yang berfikir untuk menjaganya. Namun setiap yang berlaku itu pasti ada sebabnya dan hanya Maha Pencipta yang Yang Maha Mengetahui segalanya. Mungkin ada yang mengatakan saya sudah menjangkau usia 40 tahun tetapi saya tidak rasa seperti rabun dekat pun dan saya tidak pernah memakai kaca mata. Ya mungkin secara kasar anda tidak merasainya, namun mata anda pasti akan lebih mengetahuinya. Jika tidak percaya, cuba lihat gambar dibawah.
Jika anda lihat, ditengah bulatan ini terdapat kawasan yang kabur ini bermakna anda sudah mempunyai tanda-tanda rabun dekat.
Jika anda sudah pun memakai kaca mata untuk rabun dekat bagaimana anda mahu melihat samada power kaca mata anda sudah berubah. Anda cuba pula lihat gambar di bawah ini. Cuba perhatikan dan lihat pada huruf-huruf di dalam kotak merah dan juga hijau.
Huruf di dalam kotak hijau atau huruf di dalam kotak merah yang mana kelihatan lebih terang dan jelas?
Jika huruf di dalam kotak hijau nampak lebih terang, ini bermakna kuasa mata anda semakin bertambah.
Jika huruf didalam kotak merah nampak lebih terang, ini bermakna kuasa mata anda semakin menurun.
Jika sama terang, ini bermakna kuasa mata anda masih tidak berubah.
Namun semua ujian (gambar di atas) adalah cuma secara kasar sahaja. Untuk maklumat dan pemeriksaan lanjut, sila hubungi atau kunjungi optometri yang berdekatan.
Selamat beramal. Sekian, terima kasih.
Inilah salah satu usaha anis menerangkan tentang masalah rabun dekat....wink~~~~
No comments:
Post a Comment