Apa kisahnya kali ini....wahai Cik Optometris Anis Suzanna????? Hai dunia, 22 Oktober 2012 saya sudah selamat konvo. =) Alhamdulillah.... Banyak ucapan tahniah telah diterima oleh Cik Optometris Anis Suzanna. terima kasih yer semua. wah macam gaya artis gituh....dan inilah salah satu bestnyer konvo....wohooo.
Seronok sangat dengar ucapan tahniah....
Namun begitu, walaupun saat-saat Cik Optometris Anis Suzanna nak konvo sekalipun, banyak juga dugaan yang diterima. Antara kesahnya semasa ingin mengambil jubah. Nak dibuatkan cerita, semasa proses pengambilan jubah, para mahasiswa dikehendaki datang untuk mengambil jubah tersebut di UKM Bangi. Namun begitu, setelah penat menunggu kini tibalah giliran Cik Optometris Anis Suzanna untuk mengambil jubah tersebut. tapi tahukah anda Cik Optometris Anis Suzanna tidak berjaya mengambil jubah tersebut kerana tiba-tiba ada hutang pelajar. Tara..................
Apakah cubaan ini ya Allah....sedihnya apabila dapat tahu 'all of sudden' Cik Optometris Anis Suzanna ada hutang sedangkan semua rakan-rakan berjaya mengambil jubah tersebut. Yang menyedihkan lagi, Cik Optometris Anis Suzanna dimaklumkan hutang tersebut adalah yuran kolej luar semester yang boleh saya katakan ianya seperti 'yuran tersembunyi'. Apakah??? Sedangkan Cik Optometris Anis Suzanna sudah selesaikan semua bayaran tersebut sebelum keluar daripada kolej lagi. ='(
Kesedihan itu tidak berpanjangan. Setelah berhempas-pulas mendapatkan 'penyelesaian' terhadap hutang tersembunyi itu, akhirnya jubah yang sangat berharga itu telah berjaya ku miliki. terharu sangat...tiba-tiba saat itu terdetik perasaan, bersyukur yang amat sangat. tulah, walaupun benda kecil sahaja nilainya, jika kita kehilangannya, terasa seperti terganggu sangat dengan nilai benda 'kecil' tersebut. Antaranya jubah tulah. huhuhuhu....
Wah sangat hargai semua ini....susahnya nak dapat...
Wahai jubah dan goodies bag....susahnya kita mahu bersama....
Wah jubah Cik Optometris Anis Suzanna...pink kaler...
Tetapi apabila difikirkan balik....teringat pula Cik Optometris Anis Suzanna kepada video Matlutfi ini.....tajuk: Masalah.
Kita dah plan lekloh dh, tetapi tiba-tiba ada masalah terjadi. tidak guna kita buat benda bukan-bukan, baiklah kita cuba usaha selesaikan. tetapi saat-saat inilah yang dikatan 'when your emotion are fully tested'.
Terima kasih Allah atas pertolongan-Mu, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menolong saya dalam semua hal selama ini, terima kasih matlutfi atas video ini. =) Dengan adanya masalah begini, yang menambahkan lagi 'besnyer konvo ni'.......jumpa lagi di post akan datang bahagian seterusnya...dalam siri Apa BeStNyer KonVo Nie????
salam kak anis.. kak anis keje sbg apa skang ni? hehe.. walaupun sy x knal kak anis, tp sy da fall in love dh kat kak anis. haha ;D
ReplyDeleteTerima kasih adik. Akaksekarang kerja di Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanaha Bahiyah, alor Setar.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak. I love read all ur stories abt optometry!♥ saya baru2 ni ada dapat interview course opto dkt ukm. Nervous sgt. Akak dah kerja kan skrg? Boleh saya tau tak mcm mana akak kerja? Is it hard? Apa je yg dibuat~ ha mcm tulah lebih kurang. Harap sgt akak dapat balas.
ReplyDeleteMak!!! Ini saya uwaisy di sini
ReplyDelete