Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, June 7, 2011

PaNDanGaN MaSYaRaKat TeRHaDaP KeRJaYa OpToMeTRi

Optometri ni lower kelas berbanding medic?????

Optometri ini bukan bidang yang glamour macam medical, dentistry, farmasi dan sebagainya. Optometri juga sering disalah anggap sebagai bidang yang mudah berbanding medic dan kursus kesihatan yang lain. Namun begitu, optometri juga merupakan satu bidang yang agak kritikal. Bacalah artikel dibawah ini:-


Malaysia alami kekurangan ahli optometri, kata Menteri Pengajian Tinggi
JUMAAT, 01 OKTOBER 2010 20:18
E-mailCetakPDF
Oleh Shahfizal Musa
KUALA LUMPUR, 1 Okt. 2010 - Malaysia mengalami kekurangan hampir 3,000 ahli optometri kiranya mahu menepati kehendak nisbah seorang pakar mata bagi setiap 7,000 orang penduduk.
Kini terdapat hanya 834 pakar itu yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia, termasuk 736 lulusan UKM, berbanding dengan kehendak seramai 3,600 yang diperlukan sekarang.
Maka itu usaha hendaklah dilakukan untuk mengeluarkan lulusan optometri bagi memenuhi keperluan itu. Ini adalah bertepatan dengan peralihan fokus rancangan Malaysia ke 10 yang menekankan perkembangan modal insan berbanding dengan pembangunan fisikal sebelum ini.
Demikian kata Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika melancarkan Hari Optimetri Malaysia di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan semalam.
Beliau berkata: “Peralihan fokus ini amat penting dan cukup signifikan kerana sebagai sebuah negara yang sedang berada dalam proses transformasi untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, ia perlu disokong dan didukung dengan sumber modal insan yang berkualiti dan bakat yang diperlukan dalam pelbagai sektor”.
Beliau melahirkan kekhuatiran akan ujud fenomena kehilangan atau penghijrahan pakar itu ke luar negara hingga memburukkan lagi keadaan kekurangan kepakaran ahli optometri itu hingga akan menjejas pemindahan kepakaran kepada generasi akan datang.
“Meskipun isu penghijrahan pakar (brain drain) tidak begitu ketara dalam bidang optometri, langkah proaktif hendaklah di fikirkan bagi memastikan semua lulusan bidang ini akan berkhidmat di dalam negara,” kata Datuk Seri Khaled.
UKM merupakan IPT pertama di rantau Asia Tenggara mengadakan program sarjana muda optometri. Kini terdapat beberapa lulusan itu bertugas di luar negara seperti Singapura dan Australia.
Timbalan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Mohamad Abdul Razak, Dekan dan Professor Toksikologi, Dr Salman H. Inayat Hussain, pensyarah dan pegawai kanan fakulti serta wakil dari pusat pengajian tinggi lain turut hadir.
Tarikh 15 Ogos telah dipilih sebagai Hari Optometri Semalaysia kerana ia adalah tarikh UKM melahirkan tujuh orang optometri pertama di Malaysia. Mereka ini kemudian telah membangunkan bidang pengajian optometri di Malaysia.



Wah begitu, rupanya....namun tidak kurang juga yang menganggap optometri tiada masa depan. Optometri cuma peluang untuk buka kedai spect sahaja ke?? Masa depan kita, Allah sudah tentukan. Tinggal kita usaha sahaja. Belajar dahulu optometri ini, insya Allah kerjaya akan datang. Jika anda tidak dapat melanjutkan pelajaran di IPTA, kita terdapat juga IPTS untuk melanjutkan pelajaran dalam optometri ini, Kata kunci utama adalah minat. Semoga dipermudahkan....=))

Msu antara IPTS yang menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam optometri ini.

Jika betul optometri ini lower dan tidak sesusah medic, nah sekarang ini tajaan MARA juga dibuka untuk kursus ini di luar negara. MARA terkenal dengan perancang masa depan untuk anak bumiputra. Jadi, daripada kita mempersoalkan kredibiliti kursus ini, apa kata sam-sama kita anak melayu menyahut cabaran ini untuk belajar bidang kesihatan seperti optometri ini. Tiada istilah double standard dalam belajar ini. Semua pelajaran adalah susah. Memetik kata arwah ayahanda, 'Jika senang bukan ilmu, jika senang bukan harta'. Bukalah minda, luaskan pandangan. tidak salah jika memilih, tapi ianya salah jika kita salah memilih. Fikir-fikirlah. 

25 comments:

  1. salam..saya,fatihah nak tanya..berkenaan kekurangan opthometrist ni mereka yg kelayakan diperingkat phD ataupon dgree ye??blh ke mreka yg klayakan dgree opto ni bekerja di hospital??sbb saya hanya nmpk bidang ni end up bkak kedai cermin mata je..
    sorry klu saya salah..

    ReplyDelete
  2. wsalam....kekurangan optometrist yang dimaksudkan adalah berlaku di peringkat degree. Di peringkat pdD saya tidak pasti..tapi jumlahnya lagi kurang berbanding negara lain juga. optometris juga mempunyai prospek di hospital. anda tidak nampak bidang ni di hospital sbb optometris bekerja di bawah pakar mata di jabatan oftalmologi di sesebuah hospital tersebut. optometris juga ada bekerja di klinik dan hospital2 swasta. kedai cermin mata cuma salah satu cabang bidang optometris sahaja. tapi mengapa ramai yang meminati bidang sbb pulangan yang lumayan. wallahualam. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..akak if ada masa check la email...sy de antar email utk minta pandangan peribadi drpd akak
    anis.suzanna@yahoo.com
    ^.^

    ReplyDelete
  4. salam,, sy merupakan pelajar ting 5 di sbuah sekolah sbp di trg,, sy mmg minat bidang optometri ,,bleh sy tahu apkh kelayakan yg diperlukan oleh pljar lepasan spm untuk mengambil course optometry ? n hows bout ophthamology ?

    ReplyDelete
  5. kelayakan di peringkat SPM, adik mestilah lulus dengan cemerlang dalam semua subjek, ini kerana sebagai salah satu tiket untuk menyambung pelajaran di peringkat tertiary iaitu matrikulasi. Semasa di peringkat matrikulasi atau asasi, anda perlulah skor yg terbaik utnuk bersaing untuk dapat kursus ini. itu untuk bidang optometri..

    Jika oftalmologi, anda memerlukan lebih kurang 10 tahun untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini selepas selesai mengambil medik. pendek kata, anda perlu ambil medik dahulu=5 tahun, barulah sambung (master@pakar)=10 tahun.

    ReplyDelete
  6. Asslammualaikum..sy nk tnya, kalau kite dah ade diploma tapi dalam bidang lain, boleh x kalau sy nak apply untuk ambik dgree dlam bidang ni?
    :)

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam. Setahu saya jika diploma anda berkaitan dengan bidang yang ingin diceburi contohnya optometri ini, anda layak untuk memohon kursus tersebut. syaratnya pointer kne memberangsangkan juga la...

    ReplyDelete
  8. kalau xbkaitan xbolehlah ek? huhu- sblum ni sy ambik diploma pengimejan diagnostik (x-ray)huhu-
    terimah kasih untuk info, blog ni memg mnarik dan bnyak bagi info:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah mohon...insha Allah, jika ditakdirkan rezeki awak di bidang ini, anda mungkin terpilih. Selamat maju jaya.

      Delete
  9. jangan terlalu ambil berat terhadap stigma masyarakat yang penting ia memberi manfaat pada diri sendiri,keluarga & masyarakat...yang tak faham kita bagi dia fahm

    ReplyDelete
  10. salam kak,saya nak tanya kite akan ditndang dr u klu pointer kte krg drp pointer min, or x?
    lg satu,adakah bdg opto bg akak sesuatu yg sukar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Ya, bagi bidang ini sama juga dengan bidang lain. jika tidak mencapai pointer minima sebanyak 2.0 secara berturut-turut 2 semester, anda mungkin akan ditendang. Bidang opto ini bukanlah sesuatu yang sukar, jika anda usaha bersungguh-sunhgguh, insha Allah anda kan berjaya.

      Delete
  11. Assalam. kak,sy lpasan diploma uitm n bau sje dtawarkan bidang ni kt ukm. rmai ke laki yg study kos ni kt sne? n sy tengok chinese cm ramai je mnat kos ni.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. baguslah jika adik berpeluang utk melanjutkan pelajaran dlm bidang opto ni. Ade jer lelaki yg study kos nie, tapi masih kurang nisbahnya berbanding perempuan. (p/s: ianya berlaku pada semua course, bukan optometri shj). Memang ramai golongan yg memohon bidang ini sebab mereka fikir bidang ini amat senang jika nak buat bisnes. agpon kebanyakan yg masuk, bapa atau famili mereka dh aturkan or dh ade kedai sendiri..itu strategi mereka la...

      Delete
  12. salam kak, sy student asasi allied health science di uia..sebenanarnya saya minat medic tapi takde rezeki. plan kedua saya nak ambik bidang optometri masa degree di kuantan nanti. so, boleh ke drpd degree optometri nk menjadi seorang oftalmologist. sy minat sangat bab2 pembedahan ni. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam adik. Setakat ni jika dr degree optometris, tidak ada lagi di'upgrade' jadi oftalmologist. sbb oftalmologis adalah lanjutan pengajian a.k.a pakar dalam bidang medical dan bukannya optometris.

      Delete
    2. Maksudnya klu nk jd doktor pakar mata , asasi kena medic la ? Bukan like asasi sains kesihatan bersekutu yg mmg terus optometry ?

      Delete
  13. salam akq.. bg std matrik, brpae pointer y min kene lepas tuk dpt masuk bdg opto ni???

    ReplyDelete
  14. kalau saya nk smbung master cmne...dekt mne..n kos ape

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum akak.. saya baru habis asasi.. skrg sedang isi upu & optometry termasuk dlm pilihan saya.. optometry ni bnyk tk peluang keje..?

    ReplyDelete
  16. salam, akak. kalau sya nk amik opto ni kt msu ok x? bidang opto ni utk jdi optometrist aja eh?

    ReplyDelete
  17. berapa lama untuk belajar optometri

    ReplyDelete
  18. berapa lama untuk belajar optometri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...