Tangent screen ada saiz 1meter dan ada juga 2 meter. Ada satu titik target ditengah-tengah layar.
Post ini adalah salah satu permintaan pengunjung blog saya. Bagus juga, boleh dijadikan salah satu perkongsian dan juga ulangkaji buat anis. Bjerrum tangent screen ni merupakan sejenis ujian medan penglihatan. Ianya berfungsi untuk menguji integriti medan penglihatan 30 darjah daripada penglihatan pusat atau tengah medan penglihatan. Ujian ini amat berguna terutamanya untuk pesakit dengan masalah kehilangan medan penglihatan dimana ujian medan penglihatan lain tidak dapat dijalankan buat pesakit tersebut.
Ujian medan penglihatan tangent screen ini dilakukan dalam kecerahan bilik sebanyak 7 kaki kandela. Pesakit pelulah memakai kaca mata jika pesakit rabun melebihi +/- 1.50Ds. Jika rabun dekat, +1.00Ds kanta loose digunakan. Jangan lakuakan ujian dengan kaca mata multifokal.Tutup mata yang tidak diuji. Satu layar tangent screen diperlukan, dan pemeriksa perlu duduk di sebelah kanan layar tersebut.
Cara-cara ujian dijalankan:-
- Mula-mula tunjukkan target pada titik tengah layar tangent screen tersebut.
- Beritahu pesakit, sepanjang ujian medan penglihatan ini dijalankan, pesakit perlu mengekalkan pandangan pada titik tengah pada layar tangent screen tersebut sahaja. Ingatkan pesakit juga jika beliau tidak dapat melihat target yang ditunjukkan, sila beritahu pemeriksa ianya "hilang". Jika target tersebut kelihatan, sila beritahu pemeriksa ianya "ada".
- Pemeriksa haruslah melihat pesakit dan bukannya screen, ini bagi melihat pesakit samada beliau sentiasa melihat target pada tengah-tengah layar ataupun tidak.
- Dalam memplotkan medan penglihatan pada layar, harus diingatkan plot mestilah selalu di lokasi dimana target tidak kelihatan kepada lokasi target kelihatan.
Ringkasan langkah-langkah bagi ujian medan penglihatan Bjerrum tangent screen ini.
Strategi ujian:-
- Plot sebelah temporal medan penglihatan
- Plot titik buta
- Plot had medan penglihatan temporal
- Zig-zag kawasan temporal
- Plot sebelah nasal medan penglihatan
- Plot had medan penglihatan nasal
- Zig-zag kawasan nasal
- Lakukan mata kanan dahulu, kemudian mata kiri.
1. Plot sebelah temporal medan penglihatan
1. Plot titik buta
- Mulakan dengan menujukkan target berhampiran dengan titik tengah pada layar tangent screen dan kebawah sedikit berbanding garis melintang pada meridian horizontal.
- Beritahu pesakit, jika ianya hilang, sila beritahu pemeriksa. Pemeriksa perlu gerakkan target ke hadapan jika pesakit katakan target hilang sehingga pesakit melihat kembali target tersebut. Kawasan dimana target hilang dan nampak kembali ditandakan dengan pin.
- Gerakkan target sekitar titik buta pesakit sehingga kelihatan bentuk titik buta tersebut.
2. Plot had medan penglihatan temporal
- Beritahu pesakit ujian akan dimulakan. Pesakit dikehendaki melihat titik tengah sahaja tanpa melihat target yang ditunjukkan. Namun begitu, jika pesakit pertama kali perasan target yang digerakkan, pesakit perlu beritahu pemeriksa bahawa ianya "ada".
- Gerakkan target daripada luar ke dalam perlahan-lahan dengan kiraan 5 degree per saat.
- Tandakan sempadan medan penglihatan setiap kali pesakit memberitahu "ada" iaitu apabila target mula-mula beliau perasan.
3. Zig-zag kawasan temporal
- Gerakkan target daripada 5 hingga 20 darjah daripada fiksasi iaitu daripada tas ke bawah pada meridian horizontal.
- Pesakit dengan medan penglihatan normal akan melihat target yang digerakkan sepanjang masa. Namun, jika pesakit mempunyai masalah medan penglihatan, target akan kelihatan seakan-akan berkelip-kelip.
- Jika target kelihatan berkelip-kelip, ujian perlu diulang dengan lebih cermat dan berhati-hati. Tandakan kawasan yang dimana target tidak kelihatan ke target kelihatan.
2. Plot sebelah nasal medan penglihatan.
Disebabkan sebelah nasal tiada titik buta, langkah yang diperlukan adalah cuma had medan penglihatan nasal dan zig-zag kawasan nasal sahaja. Kemudian semua prosedur diikuti untuk mata sebelah kiri pula. Sebelum ujian dilakukan pada mata kiri, semua lokasi pin ditandakan hendaklah direkodkan di dalam fail pesakit.
Contoh borang rekod untuk ujian tangent screen ini.
Untuk analisa keputusan daripada rekod tangent screen ini, perlu diingatkan bahawa medan penglihatan nasal menunjukkan kawasan retina temporal begitu juga dengan medan penglihatan temporal, ianya menunjukkan kawasan retina nasal. Pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi ujian penglihatan dengan tangent screen ini termasuklah jarak ujian dijalankan, ketidakselarian pesakit dengan titik tengah screen dan juga warna target yang diguanakan. Perlu diingatkan medan penglihatan berubah mengikut warna target yang digunakan.
Jika pesakit menunjukkan keabnormalan medan penglihatan, antara diagnosis awal yang boleh dibuat adalah glaukoma berdasarkan pembesaran titik buta yang diplotkan. Pembesaran titik buta yang diplot menerusi nasal step atau zi-zag ini juga boleh disebabkan penyakit lain seperti katarak dan juga drusen pada saraf mata. Oleh itu, ujian lain seperti tekanan dalan mata dan oftalmoskopi juga perlu dijalankan juga.
Setiap keabnormalan medan penglihatan yang diperolehi perlulah diulangi dengan saiz target yang berlainan. Ini bagi memastikan sama ada kehilangan medan penglihatan atau skotoma yang berlaku adalah skotoma mutlak ataupun skotoma relatif. Jika skotoma mutlak, bentuknya tidak berubah jika saiz target berubah dan penyakit yang dialami mungkin sudah tidak aktif. Namun jika skotoma relatif berlaku, skotoma berubah mengikut saiz target yang digunakan. Ianya juga berubah kerana penyakit yang dialami masih aktif.
Skotoma mutlak yang menunjukkan keadaan penyakit pada belakang mata yang sudah tidak aktif lagi.
Skotoma relatif yang menunjukkan keadaan penyakit pada belakang mata yang masih aktif lagi.
Antara keadaan penyakit yang membawa kepada keabnormalan keadaan medan penglihatan.
Kiri: Katarak.
Kanan (atas): Glaukoma.
Kanan (Bawah): Retinopati diabetik.
Semoga membantu anda. Sekian. Untuk pembacaan selanjutnya, sila rujuk SINI.
No comments:
Post a Comment