Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, November 22, 2011

Kelebihan Master a.k.a Postgraduate DaLaM OpToMetRi

Gambar hiasan.

Pertama sekali anis hendak minta maaf jika entri ini menyusul setelah sekian lama ditanya oleh salah seorang rakan blogger My Optometry Journey ini. Anis perlu mencari sedikit masa untuk menulis kerana anis perlu mencari maklumat tentang entri ini. Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada hasil temubual beberapa  pelajar master di UKM dan juga para pensyarah.

UKM menawarkan kursus sarjana di dalam bidang optometri ini meliputi pelbagai bidang yang akan ditawarkan mengikut tahun pengambilan tersebut. Antaranya bidang pediatrik optometri (optometri kanak-kanak), binocular vision (penglihatan dengan dua mata) dan sebagainya. Master atau sarjana ini boleh dipilih utnuk dibuat secara 'coursework' iaitu masuk kelas dan belajar atau secara 'research' iaitu kajian lapangan.

Jika ditanya kepada anis tentang kelebihan master dalam optometri ini, mestilah ianya berdasarkan kursus yang diambil samada secara coursewok atau research. Anis akan cerita satu per satu. Jika anda berminat mengambil kursus 'coursework' kelebihannya adalah anda akan mahir dalam segi bidang yang ditawarkan pada pengambilan tersebut. Contohnya, jika anda ambil bidang binocular vision, anda akan masuk kelas dan belajar mengenai semua tentang bidang khusus ini. Daru segi teknikal pula, anda akan diajar mesin terkini dan teknik-teknik yang advance dalam optometri iaitu cara mengukur power,  mengesan penyakit dan sebagainya. Masa yang diperlukan utnuk menyiapkan master dalam course ini adalah lebih kurang 1.5 tahun sahaja.

Namun, ianya sedikit berbeza jika anda menjurus kepada jurusan secara research atau penyelidikan ini. Anda akan diberikan satu tajuk penyelidikan dalam bidang tertentu. Contohnya penyelidikan dalam bidang low vision atau penglihatan terhad. Jadi dalam masa 2 tahun ini, anda dikehendaki menyiapkan kajian yang telah ditetapkan mengikut supervisor dalam bidang masing-masing. Untuk menyiapkan kajian ini, anda juga ada masuk kelas seperti statistik penyelidikan dan sebagainya. Semas ingin menyiapkan penyelidikan inilah yang akan membuatkan ada mahir dalam semua bidang dalam optometri ini. Walaupun ianya cuma berkaitan dengan satu bidang sahaja, namun bidang lain juga turut membantu sebenarnya.

Jika bercerita tentang kelebihan, jika didalam bidang cousework, anda akan mempunyai pengetahuan yang lebih dalam bidang optometri kerana ianya seola-olah 'diajar' semula dengan mendalam apa bidang yang dipelajari pada tahun tersebut. jika research pula, anda akan dibimbing utnuk menyiapkan projek penyelidikan tersebut sehingga membuatkan anda mahir dalam sesuatu bidang dalam optometri yang diceburi itu. Namun, bagi saya semua jenis master mempunyai kelebihan masing-masing. Master dalam optometri seolah-olah satu 'mental preparation' atau persiapan minda utnuk bersaing di dalam bidang optometri ini pada masa akan datang. Jika ditanya apakah yang membezakan anda dengan optometri yang  lain? Anda ada jawapan. Anda ada segulung 'sarjana' di dalam bidang tertentu. ianya sebagai persiapan untuk menghadapi dunia baru masa hadapan iaitu takat 'optometri tepu' iaitu pekerjaan optometri di Malaysia ini akan penuh pada 2032 nanti.

Semoga maklumat disini dapat menjawab persoalan anda tentang kelebihan master di dalam bidang optometri di Malaysia ini. Sekian, harap maklum. Sebarang komentar dan perkongsian amat dialu-alukan.

Sekadar perkongsian.....

8 comments:

  1. hallo.. About the master program at UKM, when the intake and how many students per intake?

    2. Is is possible for Optometry bachelor holder from Twintech to continue there?

    Thanks in advance
    -twintech student-

    ReplyDelete
  2. hai raymax....
    the intake for this session is already closed. the becoming session will held on January.
    2. yes sure u can proceed. Twintech optometry degree holder also can. now your seniors Chien Yen Yee and Uma is studying master in opto ukm. =))

    ReplyDelete
  3. Thanks 4 d info once again....^__^

    ReplyDelete
  4. hi Anis,
    when is the coming intake for master in optometry?is there another course "master in clinical optometry" also offered by ukm?

    ReplyDelete
  5. Salam
    anak makcik dapat tawaran Allied health science kat UIA
    makcik berminat utk dia pilih bidang optometri
    Masalahnya anak makcik agak lemah fozik berbanding bio dan kimia...SPM baru2 ni hanya dapat B+ utk fizik.
    adakah opyometri ni lebih penekananan kepada fizik?
    tq

    ReplyDelete
  6. Madam Anis ! Kalau tengok betul2 belakang madam tu ade gambor athirah n farah ! yang pakai tudung coklat n selendang hitam. HEHEHHEHE berjodohnyeeee kita dlu :)

    ReplyDelete
  7. assalam, how about peluang kerjaya untuk bidang ini?boleh x kongsikan..thanks

    ReplyDelete
  8. Hi , nak tanya jugak , hope still baca and boleh jawab. Adakah gaji untuk orang yang ambil master ni berbeza dari degree ? Atau sama sahaja ? Jika bekerja di private atau kerajaan ? Kadar perbezaan gaji bagaimana ya ? Thank u sngat jika dapat menjawab soalan saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...