Seharian di Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Petaling Jaya.
Assalamualikum...maaf sebab agak lama menyepi. Anis sibuk melalui saat-saat terakhir bergelar mahasiswa optometri sekarang..insha Allah. Pada hari Sabtu minggu lepas, 19hb November satu simposium optometri telah di Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Petaling Jaya. Pelbagai ceramah berkaitan dengan bidang optometri dan perkembangan ilmu semasa optometri dijalankan. Antaranya ceramah adalah mengenai:-
- pengurusan praktis optometri,
- program optometri di Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn,
- profil air mata di kalangan rakyat Malaysia,
- peranan optometri dalam wawasan 2020,
- risiko jangkitan penyakit dalam kalangan pemakai kanta sentuh,
- perkembangan terkini optometri kanak-kanak
- prestasi membaca dan pergerakan mata di kalangan pesakit dengan nistagmus
- prestasi binokular pada penglihatan monokular
- perkembangan pengawalan rabun
- saringan penglihatan di sekolah rendah sekitar negeri Selangor
Semua tajuk ceramah di atas merupakan perkongsian terkini kajian serta isu dalam bidang optometri di Malaysia. Antara penceramah terkemuka yang hadir memberikan ceramah pada simposium ini termasuklah Dr. Ananth Sailoganathan, Prof. Madya Dr. Bariah Mohd Ali, Prof. Madya Dr. Cheng Ai Hong, Dr. Zainora Mohammed, Prof. Madya Prof Dr. Fauddziah bt Abdul Manan dan lain-lain. Banyak ilmu baru diperolehi dan semoga majlis ini akan dijadikan aktiviti tahunan bagi hospital mata ini. Syabas diucapkan kepada penganjur.
Bergambar kenangan bersama rakan-rakan optometri.
Bergambar kenangan selepas simposium....
No comments:
Post a Comment