Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Thursday, November 10, 2011

.:CeRiTa Di SeBaLiK MatA BeRGetaR:.

Tidak ramai di dalam kalngan kita tahu mengenai masalah mata bergetar atau nama lainnya nystagmus ini. Bunyinya kurang serius namun, jika masalah mata ini dihadapi si pesakit mungkin mengalami masalah penglihatan terhad atau dikenali sebagai low vision. Bagaimanakah masalah mata bergetar???

Masalah mata bergetar....

Apa yang menyebabkan anis terdetik untuk berkongsi masalah mengenai mata bergetar ini. Pada hari Jumaat yang lepas anis telah mengikuti seorang rakan seperjuangan untuk ke Universiti Sains Islam Malaysia yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Tujuan kami ke sini adalah untuk menemui salah seorang subjek bagi projek beliau iaitu subjek yang mempunyai masalah mata bergetar ini. Anis begitu kagum dengan pelajar ini. Walupun dengan masalah mata bergetar ini, beliau cekal untuk meneruskan pengajian di dalam bidang Muamalat dan Perbankan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat di sini.

Beginilah keadaan jika seseorang dengan mata bergetar melihat sekeliling...

Apabila anis melihat semangat beliau di dalam menimba ilmu ini, anis seolah-olah tersentap seketika apabila beliau katakan beliau boleh stay-up sehingga jauh malam semat-mata utnuk belajar walaupun beliau ada masalah mata bergetar ini, Anis rasa bersyukur sangat kerana anis dilahirkan dengan penglihatan normal dan sepatutnya belajar lebih tekun daripada beliau yang adalah salah seorang yang mempunyai kelainan upaya. Semoga kita semua menghargai anugerah penglihatan yang normal yang Tuhan kurniakan ini utnuk tujuan kebaikan.

Bagaimana mata bergetar ini boleh berlaku?

Ianya boleh berlaku sejak azali iaitu daripada semenjak dilahirkan sehingga 8 bulan atau ianya juga boleh juga dihidapi secara tidak azali iaitu mungkin daripada kesan akibat penyakit lain. Ada juga mata bergetar ini berlaku secara tersembunyi. Mata bergetar ini cuma berlaku jika sesuatu faktor yang membawa matanya bergetar itu ada contohnya mata bergetar semasa silau. Semua sebab ini adalah berasal daripada kegagalan saraf di otak untuk mengawal pergerakan mata manusia. Seperti pesakit yang anis ceritakan tadi, beliau dilahirkan normal, namun setelah dua bulan ibunya perasan mata anaknya mulai bergetar.

Semuanya kelihatan tidak stabil....

Mata bergetar dan ada jenisnya???

Ya, mata bergetar ini ada beberapa jenis. Ada yang bergetar secara berayun, ada bergetar dengan pantas, dan ada yang bergetar dalam bentuk square-jerk. Mata bergerak pantas ini pula boleh berlaku secara horizontal iaitu kiri-kanan atau secara vertikal iaitu bergetar ke atas-bawah. Banyak kes berlaku secara kiri-kanan berbanding ke atas-bawah.

Fakta menarik.

Tuhan itu Maha Adil. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Keadaan mata bergetar ini sebenarnya boleh dikurangkan apabila mata melihat menggunakan kawsan di belakang mata yang aktif atau dikenali sebagai Null Zone. Pada kawasan Null Zone ini, mata yang bergetar dengan pantas akhirnya akan berhenti seketika atau kurang frekuensi bergetarnya jika berada dikawasan ini. itulah kelebihannya.

itulah sedikit sebanyak mengenai masalah mata bergetar. Jika sanak-saudara atau ada rakan yang mempunyai masalah ini, sila rujuk pakar dengan segera. Ini merupakan salah satu tanda kerosakan pada bahagian-bahagian di otak mungkin. Wallahualam.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...