Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, November 26, 2011

Bell's palsy: Ianya JaRaNg BeRLaKu TaPi BoLeH BerLaKu....

Berikut adalah gambar pesakit dengan Bell's palsy.
Pesakit Bell's palsy ini biasanya dengan keadaan mulut seolah-olah menunjukkan gigi, kening terangkat dan terkedip-kedip mata.

Tanda-tanda Bell's palsy.

Jumlah sebenar pesakit yang ada penyakit ini di Malaysia tidak diketahui. Namun, anda boleh bayangkan risikonya jika anis katakan setakat sesi klinikal selama 4 bulan ini anis sudah ada dua pesakit dengan masalah ini. Salah satunya pelajar sekolah 15 tahun dan seorang lagi adalah kakitangan kerajaan, 53 tahun. Boleh dikatakan penyakit boleh menyerang tanpa tanda lain dan tanpa mengira umur. Yang paling menakutkan, penyakit ini biasanya menyerang semasa tidur. Apabila terjaga di waktu pagi, biasanya pesakit sudah mulai rasa lumpuh sebelah muka dan ianya terasa seperti berat.

Asal-usul penyakit ini adalah disebabkan saraf muka yang lumpuh yang mungkin diakibatkan oleh pertumbuhan tumor, jangkitan pada otak (meningitis), strok, kencing manis, kecederaan kepala dan juga jangkitan kuman lain-lain. Namun, pada kedua-dua pesakit anis yang ada Bell's palsy ini, ianya berpunca daripada darah tinggi yang tidak dikawal dan tidak diperiksa. Saraf daripada otak ke muka ini adalah berkait juga dengan salur darah. Maka, sebarang keabnormalan pada salur darah iaitu kolesterol tinggi, darah tinggi dan kencing manis ini akan juga menyebabkan kecederaan pada saraf-saraf ini.

Lumpuh pada saraf daripada otak ke muka a.k.a lumpuh saraf pada muka.

Nasihat optometri adalah untuk mengelakkan keadaan ini adalah dengan berjumpa doktor utnuk pemeriksaan kadaan kesihatan secara tetap atau regular. Jika anda didiagnos mempunyai masalah-masalah kesihatan, patuhi nasihat doktor. Jika anda mempunyai masalah Bell's palsy ini, sila berpunca dengan pakar dengan segera kerana ianya juga boleh juga berkaitan dengan pertumbuhan tumor yang membahayakan.

Pesakit dengan masalah ini biasanya mempunyai masalah mata seperti masalah mata kering. Ini kerana kelopak mata susah untuk ditutup. Ini akan menyebabkan masalah mata kering dan jika tidak dirawat dengan betul, mata akan mudah terluka dan menyebabkan kebutaan.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekian, terima kasih.

ULanGKaji OpToMetRi : UjiaN MeDaN PenGLiHataN Bjerrum Tangent Screen

Tangent screen ada saiz 1meter dan ada juga 2 meter. Ada satu titik target ditengah-tengah layar.

Post ini adalah salah satu permintaan pengunjung blog saya. Bagus juga, boleh dijadikan salah satu perkongsian dan juga ulangkaji buat anis. Bjerrum tangent screen ni merupakan sejenis ujian medan penglihatan. Ianya berfungsi untuk menguji integriti medan penglihatan 30 darjah daripada penglihatan pusat atau tengah medan penglihatan. Ujian ini amat berguna terutamanya untuk pesakit dengan masalah kehilangan medan penglihatan dimana ujian medan penglihatan lain tidak dapat dijalankan buat pesakit tersebut.

Ujian medan penglihatan tangent screen ini dilakukan dalam kecerahan bilik sebanyak 7 kaki kandela. Pesakit pelulah memakai kaca mata jika pesakit rabun melebihi +/- 1.50Ds. Jika rabun dekat, +1.00Ds kanta loose digunakan. Jangan lakuakan ujian dengan kaca mata multifokal.Tutup mata yang tidak diuji. Satu layar tangent screen diperlukan, dan pemeriksa perlu duduk di sebelah kanan layar tersebut.

Cara-cara ujian dijalankan:-

  1. Mula-mula tunjukkan target pada titik tengah layar tangent screen tersebut.
  2. Beritahu pesakit, sepanjang ujian medan penglihatan ini dijalankan, pesakit perlu mengekalkan pandangan pada titik tengah pada layar tangent screen tersebut sahaja. Ingatkan pesakit juga jika beliau tidak dapat melihat target yang ditunjukkan, sila beritahu pemeriksa ianya "hilang". Jika target tersebut kelihatan, sila beritahu pemeriksa ianya "ada".
  3. Pemeriksa haruslah melihat pesakit dan bukannya screen, ini bagi melihat pesakit samada beliau sentiasa melihat target pada tengah-tengah layar ataupun tidak.
  4. Dalam memplotkan medan penglihatan pada layar, harus diingatkan plot mestilah selalu di lokasi dimana target tidak kelihatan kepada lokasi target kelihatan.
Ringkasan langkah-langkah bagi ujian medan penglihatan Bjerrum tangent screen ini.

Strategi ujian:-
  1. Plot sebelah temporal medan penglihatan
    1. Plot titik buta
    2. Plot had medan penglihatan temporal
    3. Zig-zag kawasan temporal
  2. Plot sebelah nasal medan penglihatan
    1. Plot had medan penglihatan nasal
    2. Zig-zag kawasan nasal
  3. Lakukan mata kanan dahulu, kemudian mata kiri.
1. Plot sebelah temporal medan penglihatan

       1. Plot titik buta
  • Mulakan dengan menujukkan target berhampiran dengan titik tengah pada layar tangent screen dan kebawah sedikit berbanding garis melintang pada meridian horizontal.
  • Beritahu pesakit, jika ianya hilang, sila beritahu pemeriksa. Pemeriksa perlu gerakkan target ke hadapan jika pesakit katakan target hilang sehingga pesakit melihat kembali target tersebut. Kawasan dimana target hilang dan nampak kembali ditandakan dengan pin.
  • Gerakkan target sekitar titik buta pesakit sehingga kelihatan  bentuk titik buta tersebut.
       2. Plot had medan penglihatan temporal
  • Beritahu pesakit ujian akan dimulakan. Pesakit dikehendaki melihat titik tengah sahaja tanpa melihat target yang ditunjukkan. Namun begitu, jika pesakit pertama kali perasan target yang digerakkan, pesakit perlu beritahu pemeriksa bahawa ianya "ada".
  • Gerakkan target daripada luar ke dalam perlahan-lahan dengan kiraan 5 degree per saat.
  • Tandakan sempadan medan penglihatan setiap kali pesakit memberitahu "ada" iaitu apabila target mula-mula beliau perasan.
       3. Zig-zag kawasan temporal
  • Gerakkan target daripada 5 hingga 20 darjah daripada fiksasi iaitu daripada tas ke bawah pada meridian horizontal. 
  • Pesakit dengan medan penglihatan normal akan melihat target yang digerakkan sepanjang masa. Namun, jika pesakit mempunyai masalah medan penglihatan, target akan kelihatan seakan-akan berkelip-kelip. 
  • Jika target kelihatan berkelip-kelip, ujian perlu diulang dengan lebih cermat dan berhati-hati. Tandakan kawasan yang dimana target tidak kelihatan ke target kelihatan.
2. Plot sebelah nasal medan penglihatan.

Disebabkan sebelah nasal tiada titik buta, langkah yang diperlukan adalah cuma had medan penglihatan nasal dan zig-zag kawasan nasal sahaja. Kemudian semua prosedur diikuti untuk mata sebelah kiri pula. Sebelum ujian dilakukan pada mata kiri, semua lokasi pin ditandakan hendaklah direkodkan di dalam fail pesakit.

Contoh borang rekod untuk ujian tangent screen ini.

Untuk analisa keputusan daripada rekod tangent screen ini, perlu diingatkan bahawa medan penglihatan nasal menunjukkan kawasan retina temporal begitu juga dengan medan penglihatan temporal, ianya menunjukkan kawasan retina nasal. Pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi ujian penglihatan dengan tangent screen ini termasuklah jarak ujian dijalankan, ketidakselarian pesakit dengan titik tengah screen dan juga warna target yang diguanakan. Perlu diingatkan medan penglihatan berubah mengikut warna target yang digunakan.

Jika pesakit menunjukkan keabnormalan medan penglihatan, antara diagnosis awal yang boleh dibuat adalah glaukoma berdasarkan pembesaran titik buta yang diplotkan. Pembesaran titik buta yang diplot menerusi nasal step atau zi-zag ini juga boleh disebabkan penyakit lain seperti katarak dan juga drusen pada saraf mata. Oleh itu, ujian lain seperti tekanan dalan mata dan oftalmoskopi juga perlu dijalankan juga. 

Setiap keabnormalan medan penglihatan yang diperolehi perlulah diulangi dengan saiz target yang berlainan. Ini bagi memastikan sama ada kehilangan medan penglihatan atau skotoma yang berlaku adalah skotoma mutlak ataupun skotoma relatif. Jika skotoma mutlak, bentuknya tidak berubah jika saiz target berubah dan penyakit yang dialami mungkin sudah tidak aktif. Namun jika skotoma relatif berlaku, skotoma berubah mengikut saiz target yang digunakan. Ianya juga berubah kerana penyakit yang dialami masih aktif.

Skotoma mutlak yang menunjukkan keadaan penyakit pada belakang mata yang sudah tidak aktif lagi.

Skotoma relatif yang menunjukkan keadaan penyakit pada belakang mata yang masih aktif lagi.

Antara keadaan penyakit yang membawa kepada keabnormalan keadaan medan penglihatan.
Kiri: Katarak.
Kanan (atas): Glaukoma.
Kanan (Bawah): Retinopati diabetik. 

Semoga membantu anda. Sekian. Untuk pembacaan selanjutnya, sila rujuk SINI.



DileMMa Optometri 6......Optometri BuKaN SaHaja Check Mata Tapi ExaMiNe MaTa....

Optometris Vs Juruoptik

Ramai yang masih terkeliru antara optometris dan juga juruoptik. Memang bidang kerja antara dua kerjaya ini adalah agak bertindih atau 'overlapping' antara satu sama lain. Namun begitu, terdapat juga banyak perbezaan antara optometris dan juruoptik ini. Optometris lebih kepada pemeriksaan keadaan mata iaitu 'examine the eyes'. Pemeriksaan mata yang dimaksudkan ialah pemeriksaan kesihatan mata bermula daripada kesihatan depan mata, kuasa mata dan juga kesihatan belakang mata. Berbanding dengan juruoptik, mereka cuma periksa kuasa mata atau 'check power of the eyes'. Mereka cuma dibenarkan untuk memeriksa power kaca mata. Berbanding dengan optometris, juruoptik tidak dilatih untuk mengesan penyakit mata atau berkaitan kesihatan mata.

Berkaitan dengan kanta sentuh, optometris boleh beri preskripsi kanta sentuh kepada pesakit atau pelanggan. Akan tetapi bagi juruoptik ini mereka tidak boleh bagi preskripsi kanta sentuh. Cuma juruoptik terlatih atau yang mempunyai sijil kanta sentuh sahaja yang dibenarkan untuk berbuat demikian.

Apa yang membuatkan mereka tidak dibenarkan untuk mendispensi kanta sentuh ini??
Optometris menerima 4 tahun pengajian ijazah yang berkaitan mata terutamanya kanta sentuh ini. Namun begitu, bagi juruoptik, kebanyakan mereka cuma mendapat kelayakan diploma sahaja yang berkaitan dengan pemeriksaan kuasa mata dan pemotongan kaca mata dan bukannya berkaitan kanta sentuh. Sebenarnya mereka tidak dilatih berkaitan dengan kanta sentuh seperti mana optometris yang sememangnya perlu lulus kursus kanta sentuh sepanjang pengajian.

Namun begitu, kenapa masyarakat kita masih tidak dapat membezakan antara optometris dan juruoptik ini?
Ini kerana sejarah optik di Malaysia ini bermula dulu dengan kehadiran juruoptik dan kemudiannya barulah adanya kerjaya optometris. Begitu juga dengan jumlah ahlinya. Oleh kerana kerjaya juruoptik ini bermula dahulu dan sudah lama menapak, kini lebih 5000 juruoptik seluruh Malaysia berbanding dengan jumlah optometris sekarang yang cuma mencecah 800 orang seluruh Malaysia setakat ini. Tambahan pula, tempoh pengajian optometris yang lebih lama berbanding juruoptik, ini yang menyebabkan ahli juruoptik bertambah dengan kadar yang cepat berbanding optometris. Namun, dari segi kerjaya, optometris dikenal sebagai bidang professional tetapi juruoptik bukan bidang professional.

Itulah sahaja setakat ini. Diharapkan dengan membaca post ini, anda dapat membuka mata sedikit mengenai perbezaan optometris dan juruoptik ini. Optometris lebih kepada pemeriksaan mata atau 'examine the eyes' dan bukan setakat 'check mata' sahaja. Tetapi bagi juruoptik, mereka lebih kepada periksa kuasa mata atau 'check power of the eyes'. Namun terpulanglah kepada anda untuk mendapatkan perkhidmatan yang mana satu, samada optometris atau juruoptik untuk mata anda.

Sekian. Majulah kesihatan mata untuk negara.

Friday, November 25, 2011

PesaNaN OpToMetRi UntuK ManGsa BanJiR

Musim tengkujuh sudah melanda di negeri-negeri di Pantai Timur. Banyak tempat sudah ditenggelami banjir. Diharapkan mangsa-mangsa banjir dapat bersabar dengan ujian yang menimpa ini. Semoga dipermudahkan urusan segalanya. 

Banjir sekitar pekan Rantau Panjang.

Banjir atau air bah ini amat sinonim sebagai agen pembawa penyakit berjangkit seperti taun, cirit-birit, sakit mata (konjunktivitis) dan sebagainya. Kuman pembawa penyakit ini terdapat dalam air mentah yang bercampur dengan pelbagai kekotoran yang terdapat didalam air. Segala penyakit mula datang merebak jika banjir sudah melanda lebih daripada seminggu dan mula reda atau surut mulai airnya. Ini kerana segala kekotoran dan bangkai mula mereput pada masa ini. Kuman daripada air ini salah satunya akan menyebabkan sakit mata dan sebagainya. nauzubillah....

Sakit mata adalah penyakit mudah berjangkit dan sering dikaitkan dengan penyakit bawaan air banjir

Apa yang memburukkan keadaan adalah jika kuman ini menjangkiti anda semasa anda di pusat pemulihan banjir. Penyakit ini  mudah berjangkit daripada seseorang ke seseorang yang lain melalui sentuhan, pakaian dan tempat tidur. Jadi pencegahan adalah terbaik daripada rawatan. mulakan langkah daripada anda dahulu.

Salah satu simptom sakit mata adalah mata akan menjadi merah... 

Bagaimanakah caranya??
1. Amalkan meminum makanan dan minuman daripada sumber yang bersih.
2. Amalkan kebersihan yang optimum. Amalkan amalan membasuh tangan sehingga bersih sebelum dan selepas melakukan aktiviti seperti makan, keluar daripada tandas dan sebagainya.
3. Jangan menggunakan pakaian seperti tuala dan selimut secara bergilir-gilir.
4. Jaga kebersihan kemudahan asas seperti tandas dan sebagainya.
5. Sila berjumpa dengan pakar jika terdapat sebarang gejala ketidakselesaan.

Diharapkan langkah berjaga-jaga lain juga perlu diambil berat juga. Buat mangsa banjir yang menjadikan banjir ini seperti pesta, fikirlah dua kali sebelum anda lakukannya. Penyakit seperti sakit mata ini memang kelihatan remeh sahaja, namun jika tidak dirawat dengan betul dan jika jangkitannya begitu lama, kesan sakit mata ini boleh mendatangkan kesan jangka masa yang panjang seperti penglihatan menjadi kabur, mata berparut dan sebagainya.

Kepada ibu bapa, awasi anak-anak anda. Semoga kalian semua dirahmati-Nya. Sekian.

Kesan sakit mata adalah disebabkan penglihatan menjadi kabur setelah sembuh.

Tuesday, November 22, 2011

JangaN Garu Mata Anda

Kesan menggaru mata seperti pendarahan pada tisu mata.

Banyak kes pendarahan pada mata akibat dariapda perbuatan menggaru mata. Sekarang mungkin musim sakit mata akibat allergik pada sesuatu bahan atau dikenali juga sebagai allergic conjunctivitis. Penyakit mata gatal ini amat sinonim dengan masyarakat kita akibat daripada alahan kepada makanan laut, belacan dan sebgaainya terutamanya pesakit resdung atau sinusitis ini. Jika tidak dirawat, mata gatal merupakan salah satu kesannya.  

kelopak mata atas jika diterbalikkan, akan nampak benjolan yang amat mengatalkan. Anda mungkin ada sakit mata allergik.

Jika anda mempunyai masalah sakit mata akibat allergik ini, mata anda akan berasa gatal. Namun tahukah anda, menggosok sekadar menghilangkan rasa gatal secara psikologinya adalah tiada masalah. Caranya cuma senang sahaja. Anda perlu tutup mata dengan rapat kemudian cuba gosok dengan perlahan-lahan. Ianya mungkin mendatangkan kelegaan buat sementara sebelum anda berjumpa dengan pakar mata untuk mendapatkan rawatan. Namun, apa yang ditegah adalah menggosok seolah-olah menggaru mata anda sehingga mendatangkan kesan kerosakan pada tisu di mata.

Garu mata sampai puas hati, selepas itu mata akan ada pendarahan seperti ini.

 Nasihat saya adalah supaya semua dapat menjaga mata masing-masing. Jika mata anda berasa gatal, jangan gosok mata anda  secara berlebihan. Sila rujuk pakar untuk menggunakan ubat. Jangan menggunakan sebarang ubat pada mata tanpa nasihat pakar. Sekian, terima kasih.

PengaLamaN Posting di Wong Eye Specialist Clinic

Posting di Klinik Mata Wong

Anis ingin berkongsi pengalaman anis di salah sebuah klinik mata swasta yang terletak di tengah ibu kota. Anis  akan menceritakan bagaimana mahu ke sana. Ianya terletak di hadapan terminal bas pudu raya. Jika menggunakan kenderaan awam, anis suka menggunakan Star LRT iaitu turun di stesen Plaza Rakyat. anda perlu berjalan lebih kurang 5 minit daripada stesen lrt tersebut ke Klinik Mata Wong. Klinik ini terletak di tingkat dua di sederet premis kedai di hadapan terminal pudu raya tersebut.

Jika turun dari jejantas terminal Pudu raya, anda perlu jalan ke kiri sehingga jumpa tanda ini.

Tunggu lif untuk ke tingkat 2.

Di klinik ini menjanjikan perkhidmatan kesihatan yang memuaskan oleh doktor pakar, Dr. Wong dan semua prosedur di klinik amat mementingkan kebersihan. Jika ada masalah mata, bolehlah berkunjung ke sini. Selamat mencuba.

Kredit kepada Shaz' Ain atas semua gambar...terima kasih.

Kelebihan Master a.k.a Postgraduate DaLaM OpToMetRi

Gambar hiasan.

Pertama sekali anis hendak minta maaf jika entri ini menyusul setelah sekian lama ditanya oleh salah seorang rakan blogger My Optometry Journey ini. Anis perlu mencari sedikit masa untuk menulis kerana anis perlu mencari maklumat tentang entri ini. Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada hasil temubual beberapa  pelajar master di UKM dan juga para pensyarah.

UKM menawarkan kursus sarjana di dalam bidang optometri ini meliputi pelbagai bidang yang akan ditawarkan mengikut tahun pengambilan tersebut. Antaranya bidang pediatrik optometri (optometri kanak-kanak), binocular vision (penglihatan dengan dua mata) dan sebagainya. Master atau sarjana ini boleh dipilih utnuk dibuat secara 'coursework' iaitu masuk kelas dan belajar atau secara 'research' iaitu kajian lapangan.

Jika ditanya kepada anis tentang kelebihan master dalam optometri ini, mestilah ianya berdasarkan kursus yang diambil samada secara coursewok atau research. Anis akan cerita satu per satu. Jika anda berminat mengambil kursus 'coursework' kelebihannya adalah anda akan mahir dalam segi bidang yang ditawarkan pada pengambilan tersebut. Contohnya, jika anda ambil bidang binocular vision, anda akan masuk kelas dan belajar mengenai semua tentang bidang khusus ini. Daru segi teknikal pula, anda akan diajar mesin terkini dan teknik-teknik yang advance dalam optometri iaitu cara mengukur power,  mengesan penyakit dan sebagainya. Masa yang diperlukan utnuk menyiapkan master dalam course ini adalah lebih kurang 1.5 tahun sahaja.

Namun, ianya sedikit berbeza jika anda menjurus kepada jurusan secara research atau penyelidikan ini. Anda akan diberikan satu tajuk penyelidikan dalam bidang tertentu. Contohnya penyelidikan dalam bidang low vision atau penglihatan terhad. Jadi dalam masa 2 tahun ini, anda dikehendaki menyiapkan kajian yang telah ditetapkan mengikut supervisor dalam bidang masing-masing. Untuk menyiapkan kajian ini, anda juga ada masuk kelas seperti statistik penyelidikan dan sebagainya. Semas ingin menyiapkan penyelidikan inilah yang akan membuatkan ada mahir dalam semua bidang dalam optometri ini. Walaupun ianya cuma berkaitan dengan satu bidang sahaja, namun bidang lain juga turut membantu sebenarnya.

Jika bercerita tentang kelebihan, jika didalam bidang cousework, anda akan mempunyai pengetahuan yang lebih dalam bidang optometri kerana ianya seola-olah 'diajar' semula dengan mendalam apa bidang yang dipelajari pada tahun tersebut. jika research pula, anda akan dibimbing utnuk menyiapkan projek penyelidikan tersebut sehingga membuatkan anda mahir dalam sesuatu bidang dalam optometri yang diceburi itu. Namun, bagi saya semua jenis master mempunyai kelebihan masing-masing. Master dalam optometri seolah-olah satu 'mental preparation' atau persiapan minda utnuk bersaing di dalam bidang optometri ini pada masa akan datang. Jika ditanya apakah yang membezakan anda dengan optometri yang  lain? Anda ada jawapan. Anda ada segulung 'sarjana' di dalam bidang tertentu. ianya sebagai persiapan untuk menghadapi dunia baru masa hadapan iaitu takat 'optometri tepu' iaitu pekerjaan optometri di Malaysia ini akan penuh pada 2032 nanti.

Semoga maklumat disini dapat menjawab persoalan anda tentang kelebihan master di dalam bidang optometri di Malaysia ini. Sekian, harap maklum. Sebarang komentar dan perkongsian amat dialu-alukan.

Sekadar perkongsian.....

MaTa KiTa VerSatiL dan FLekSible??

Adakah anda percaya mata anda versatil dan fleksible anda??

Mata adalah anugerah daripada Maha Pencipta yang tidak ternilai harganya. Ianya bukan sahaja berharga, tapi amat terkenal sebagai satu organ pada badan manusia yang amat versatil dan fleksible. Ramai yang menganggap mata ini penting, tapi sejauh manakah kita tahu akan mata kita.

Mata amat versatil kerana mata boleh dipakaikan dengan pelbagai accessories seperti kaca mata, kanta sentuh dan sebagainya. Sebab fungsi mata adalah melihat dan bergaya juga. Namun ramai yang bertanya kepada saya kenapa ianya fleksible??

Adakah mata fleksible seperti ini???

Pada saya, mata kita amat fleksible dari segi fungsinya. Jika anda pakai kaca mata, mata anda akan cuba sesuaikan fungsinya dengan kaca. Begitu juga dengan kanta sentuh, jika anda memakai kanta sentuh mata akan cuba sedaya upaya sesuai untuk kanta sentuh tersebut.

Gambar hiasan.

Apa motif saya menulis semua ini??? Sebab saya hendak anda semua tahu, jika sebarang ketidakselesaan yang berlaku pada mata sebenarnya adalah satu proses bahawasanya mata kita tidak lagi mampu utnuk menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan itu. Ini kerana, banyak dalam kalangan kita yang mengambil enteng perkara ini. Sakit sekitar mata apabila memakai kaca mata, mata merah ketika memakai kanta sentuh...ini semua adalah gejala mata yang sudah tidak lagi 'fleksible' untuk sesuai dengan mata anda.

Semoga anda semua membuka sedikit pandangan mengenai mata dan statusnya kelak. Jika berasa ketidakselesaan pada mata, sila berjumpa dengan pakar. Sekian.

HujuNg MinGGu Di 1st NIOS Optometry Symposium

Seharian di Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Petaling Jaya.

Assalamualikum...maaf sebab agak lama menyepi. Anis sibuk melalui saat-saat terakhir bergelar mahasiswa optometri sekarang..insha Allah. Pada hari Sabtu minggu lepas, 19hb November satu simposium optometri telah di Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Petaling Jaya. Pelbagai ceramah berkaitan dengan bidang optometri dan perkembangan ilmu semasa optometri dijalankan. Antaranya ceramah adalah mengenai:-

  •  pengurusan praktis optometri, 
  • program optometri di Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn,
  • profil air mata di kalangan rakyat Malaysia, 
  • peranan optometri dalam wawasan 2020, 
  • risiko jangkitan penyakit dalam kalangan pemakai kanta sentuh, 
  • perkembangan terkini optometri kanak-kanak
  • prestasi membaca dan pergerakan mata di kalangan pesakit dengan nistagmus
  • prestasi binokular pada penglihatan monokular
  • perkembangan pengawalan rabun
  • saringan penglihatan di sekolah rendah sekitar negeri Selangor
Semua tajuk ceramah di atas merupakan perkongsian terkini kajian serta isu dalam bidang optometri di Malaysia. Antara penceramah terkemuka yang hadir memberikan ceramah pada simposium ini termasuklah Dr. Ananth Sailoganathan, Prof. Madya Dr. Bariah Mohd Ali, Prof. Madya Dr. Cheng Ai Hong, Dr. Zainora Mohammed, Prof. Madya Prof Dr. Fauddziah bt Abdul Manan dan lain-lain. Banyak ilmu baru diperolehi dan semoga majlis ini akan dijadikan aktiviti tahunan bagi hospital mata ini. Syabas diucapkan kepada penganjur. 

Bergambar kenangan bersama rakan-rakan optometri.

Bergambar kenangan selepas simposium....

Thursday, November 10, 2011

.:CeRiTa Di SeBaLiK MatA BeRGetaR:.

Tidak ramai di dalam kalngan kita tahu mengenai masalah mata bergetar atau nama lainnya nystagmus ini. Bunyinya kurang serius namun, jika masalah mata ini dihadapi si pesakit mungkin mengalami masalah penglihatan terhad atau dikenali sebagai low vision. Bagaimanakah masalah mata bergetar???

Masalah mata bergetar....

Apa yang menyebabkan anis terdetik untuk berkongsi masalah mengenai mata bergetar ini. Pada hari Jumaat yang lepas anis telah mengikuti seorang rakan seperjuangan untuk ke Universiti Sains Islam Malaysia yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Tujuan kami ke sini adalah untuk menemui salah seorang subjek bagi projek beliau iaitu subjek yang mempunyai masalah mata bergetar ini. Anis begitu kagum dengan pelajar ini. Walupun dengan masalah mata bergetar ini, beliau cekal untuk meneruskan pengajian di dalam bidang Muamalat dan Perbankan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat di sini.

Beginilah keadaan jika seseorang dengan mata bergetar melihat sekeliling...

Apabila anis melihat semangat beliau di dalam menimba ilmu ini, anis seolah-olah tersentap seketika apabila beliau katakan beliau boleh stay-up sehingga jauh malam semat-mata utnuk belajar walaupun beliau ada masalah mata bergetar ini, Anis rasa bersyukur sangat kerana anis dilahirkan dengan penglihatan normal dan sepatutnya belajar lebih tekun daripada beliau yang adalah salah seorang yang mempunyai kelainan upaya. Semoga kita semua menghargai anugerah penglihatan yang normal yang Tuhan kurniakan ini utnuk tujuan kebaikan.

Bagaimana mata bergetar ini boleh berlaku?

Ianya boleh berlaku sejak azali iaitu daripada semenjak dilahirkan sehingga 8 bulan atau ianya juga boleh juga dihidapi secara tidak azali iaitu mungkin daripada kesan akibat penyakit lain. Ada juga mata bergetar ini berlaku secara tersembunyi. Mata bergetar ini cuma berlaku jika sesuatu faktor yang membawa matanya bergetar itu ada contohnya mata bergetar semasa silau. Semua sebab ini adalah berasal daripada kegagalan saraf di otak untuk mengawal pergerakan mata manusia. Seperti pesakit yang anis ceritakan tadi, beliau dilahirkan normal, namun setelah dua bulan ibunya perasan mata anaknya mulai bergetar.

Semuanya kelihatan tidak stabil....

Mata bergetar dan ada jenisnya???

Ya, mata bergetar ini ada beberapa jenis. Ada yang bergetar secara berayun, ada bergetar dengan pantas, dan ada yang bergetar dalam bentuk square-jerk. Mata bergerak pantas ini pula boleh berlaku secara horizontal iaitu kiri-kanan atau secara vertikal iaitu bergetar ke atas-bawah. Banyak kes berlaku secara kiri-kanan berbanding ke atas-bawah.

Fakta menarik.

Tuhan itu Maha Adil. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Keadaan mata bergetar ini sebenarnya boleh dikurangkan apabila mata melihat menggunakan kawsan di belakang mata yang aktif atau dikenali sebagai Null Zone. Pada kawasan Null Zone ini, mata yang bergetar dengan pantas akhirnya akan berhenti seketika atau kurang frekuensi bergetarnya jika berada dikawasan ini. itulah kelebihannya.

itulah sedikit sebanyak mengenai masalah mata bergetar. Jika sanak-saudara atau ada rakan yang mempunyai masalah ini, sila rujuk pakar dengan segera. Ini merupakan salah satu tanda kerosakan pada bahagian-bahagian di otak mungkin. Wallahualam.

Sekian, terima kasih.

JOm iKut SaYa Ke KeLaNa JaYa.....

Anis nak ajak semua orang mengenali mesin penjejak pergerakan mata semasa membaca ni. Untuk menggunakan mesin ini, anis perlu calibrate dahulu segala maklumat yang akan digunakan kelak. Alat ini dikenali sebagai tobii eye tracker. Dan lokasi pembekal alatan ini adalah di Kelana Jaya Mall. Macam alat ini???

Alat ini boleh mengesan pergerakan mata semasa membaca.

Alat ini delengkapi dengan kamera yang akan memonitor pergerakan mata yang bersambung dengan skrin komputer yang akan memancarkan tulisan untuk dibaca. Bunyinya sangat ringkas, namun ianya amat memerlukana ketelitian dan kecermatan dalam menjalankan ujian ini. Semoga data yang dikumpulkan kali ini adalah tepat dan jitu.

Selamat maju jaya.


IduL AdHa 2011....Antara HaRi Raya KoRBaN DaN PeNgoRBaNaN SeoRaNg MaHaSisWa OpToMeTRi

UKM Universiti Kebanggaan Malaysia.....

Gambar sekadar pencetus semangat. Tiada kaitan secara direct dengan kisah yang dikongsi pada kali ini. Setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Diharapkan sedikit pengorbanan anis ini akan membuahkan kejayaan kelak. Cuti raya korban tahun ini kebetulan pula bersambung dengan cuti pertengahan semester di UKM ini. Namun, Anis perlu berkorban 'cuti' kali ini untuk tidak pulang beraya korban di kampung halaman demi untuk mengumpulkan data untuk projek tahun akhir. Tajuk projek tahun akhir anis adalah analisis pergerakan mata semasa melakukan aktiviti rutin harian dalam kalangan pelajar sekolah dengan penglihatan normal.

Cewahh...tajuk nak semegah aje. Bukan itu yang anis hendak maksudkan. Sekadar perkongsian. Disebabkan kajian yang anis jalankan ini memerlukan masa yang lama, kajian anis merupakan kajian berbentuk kohort jadi, anis kena mulakan di awal semester. Sebenarnya sekiranya anis dapat bercuti, ianya cukup bermakna kerana anis dapat beraya bersama ibu tersayang dan juga adik beradik yang lain. Lagipun pada tanggal 7.11.2011 ini sempena raya haji kedua inilah genaplah setahun arwah ayah telah meninggalkan kami. Namun apakan daya pada tanggal 8.11.2011 ini anis sudah ditetapkan untuk mengumpul data kajian tersebut.

Tetapi semangat untuk berjaya dalam projek ini telah memadamkan semua kesedihan dan sebak itu tadi. Anis seakan-akan terpanggil  dan amat teruja untuk membuat kajian ini oleh sebab masih kurang lagi kajian mengenai pergerakan mata ini di Malaysia. Sekurang-kurangnya dengan adanya kajian ini, dapatlah membantu sedikit sebanyak memantau isu pergerakan mata ini dalam meningkat prestasi pelajaran para pelajar di Malaysia ini kelak.

Rasa sebak berbaur sedih di dalam hati anis seolah-olah terubat jika mengenangkan wasiat arwah ayah sebelum beliau pulang ke rahmatullah. Arwah ayah anis ada berpesan supaya 'walau sepayah mana sekalipun ujian yang mendatang, beliau ingin anis berjaya dalam bidang optometri ini, beliau ingin melihat anis memegang segulung ijazah optometri walaupun beliau tiada di sisi'. Beliau juga pernah berpesan 'jika senang bukan harta, jika senang ianya bukan ilmu'. Berbekal kata-kata dan pesan inilah anis gagahkan untuk meneruskan kajian ini walaupun terpaksa mengorbankan cuti pertengahan semester dan cuti raya korban ini.

Walaupun arwah ayah sudah tiada di sisi, adik beradik masih terus menyokong.

Anis pernah terbaca mengenai artikel mengenai bagaimana ingin menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia. Selain menghormati kenalan yang mereka rapat, salah satu cara lain adalah dengan memenuhi apa pesan atau kemahuan mereka sebelum mereka meniggal dunia. Inilah yang membuatkan anis semakin bersemangat untuk meneruskan pengajian ini sebenarnya. Semoga semangat ini istiqamah di dalam jiwa dan semoga Ya Rabbi mempermudahkan urusan anis sepanjang bergelar mahasiswa optometri ini.

Ameen. Sekian, terima kasih.

Al-fatihah buat arwah ayah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...