Perubahan yang berlaku pada usia tua terutamya pada mata.
1. Bulu kening dan bulu mata kelihatan warnaya sedikit pudar. jika dahulunya warna hitam, kini mungkin sedikit kelabu.
2. Kuli sekitar mata kelihatan kendur dan berkedut. Ada yang mengatakan ianya kelihatan seperti bentuk kaki gagak.
3. Bebola mata kelihatan sedikit terbenam atau ke dalam sedikit berbanding waktu dahulu.
4. Kelopak mata bawah ada seperti 'beg' yang besar.
5. Kelopak mata jatuh (droopy eyelids).
6. Mata hitam kelihatan ada cecincin kelabu (arcus senilis).
Cecincin juga boleh disebabkan kolestrol yang tinggi di dalam badan.
7. Warna mata juga menjadi semakin pudar. Jika dahulu warna hitam, kini warnanya mungkin kelabu atau kehijauan ini kerana akibat kekurangan pigment jika umur meningkat.
8. Mata menjadi kurang sensitif. Saraf kurang sensitif.
9. Jika dapat dilihat, lapisan lutsinar mata juga berkurangan selnya. Kekurangan sel endothelium kornea akibat peningkatan umur.
No comments:
Post a Comment