Sambutan hari lahir yang istimewa tahun ini...di Tasik Chini.
Perjalanan kami dari pusat bandar Kuala Lumpur ke Felda Tasik Chini bermula pada pukul 6.30 pagi. Kami melalui lebuhraya Karak menghala ke Lebuhraya Pantai Timur. Perjalanan yang dirancang berjalan lancar itu, akhirnya disulami dengan kenangan kami sesat di dalam felda di Gambang.
Sepanjang perjalanan, kami ditemani oleh kelapa sawit. Memang berbaloi kami ke sini...tiada pusat optometri kelihatan di sini melainkan hospital.
Melatih kemahiran sambil berkhidmat untuk masyarakat.
Untuk aktiviti khidmat masyarakat ini, kami jalanakannya di salah sebuah sekolah rendah kebangsaan.
Pengalaman baru, membuat refraksi di atas kerusi sekolah rendah. Sangat comel....
Tapi layanan yang diberikan oleh penduduk kampung adalah tip top dan kami dihidangkan dengan hidangan istimewa tempatan iaitu masak tempoyak ikan patin dan juga resepi baru 'kopi durian'. yummy...pertama kali cuba....
Undefined taste, no comment....~ ice blended durian.
Pemeriksaan ini berjalan selama dua hari. Pada malam menjelang, kami berehat di chalet berhampiran tasik chini. di sini fasiliti memang terbaik, dan pemandangan cantik juga menjanjikan pengalaman baru yang baik utnuk merehatkan badan dan juga minda. Seperti yang dijangka, alhamdulillah mengikuti lawatan ini pada hari lahir adalah sesuatu ayng berbaloi. Pada malam tersebut, saya dan para pensyarah dihidangkan dengan makan malam yang agak istimewa. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Selepas pulang ke chalet, kami berehat sementara meneruskan kerja keesokan hari.
Hidangan istimewa pada malam hari...
Pemandangan pada pagi hari sekitar resort.
Sebelum bertolak pulang, kami sempat bergambar di jeti tasik tersebut. Sepanjang mengikuti aktiviti ini, saya berasa amat seronok dan diharapkan dengan sumbangan khidmat yang tidak seberapa ini akan membantu sedikit sebnayak insan yang memerlukan. Sekian terima kasih.
Pemandangan hijau dengan kicauan burung sambil menyedut udara yang segar. Sesuai untuk hialngkan hiruk pikuk kota sebentar.
Sekitar chalet di resort ini.
Bergambar di jeti Tasik Chini.
Bersama Rifizati, menikmati udara sekitar resort. a
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.