Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Sunday, February 26, 2012

FoRMuLa MemiLiH fRaMe YaNg SeSuAi???

Ramai yang bertanya, kerjaya optometri ini sekadar di kedai spect ker?? Kerjaya optometri ini bukan sahaja terhad di didang itu sahaja, malah meliputi semua kesihatan mata termasuklah di hospital, klinik-klinik mata, kilang-kilang alat-alat berkaitan dengan mata dan sebgainya. Kenapa kerjaya ini cuma dipandang di kedai-kedai kaca mata sahaja?? Jawapannya, saya jangka mungkin berbanding bekerja di sektor lain, pendapatan agak lumayan jika membuka kedai spect ini. Inilah mendorong optometri membuka perniagaan sendiri sebagai usahawan pusat optometri.

Sebagai peminat setia Matlutfi, post kali ni nak jugak letak gambar hang....kredit to Matlutfi

Promo sekejap. Sekadar perkongsian mengenai banyak pertanyaan yang bakyak diajukan kepada saya. Berbalik kepada tajuk asal, apakah formula asas yang terbaik untuk memilih bingkai kaca mata yang sesuai dengan anda. Jika ditanya tentang bingkai ini, pendapat memang berbeza antara individu. Jika ditanya kepada saya, saya akan pantas menjawab, tepuk dada tanya selera anda. Tetapi saya syorkan anda mengikut formula 3C ini:-

1. Comfortable. Keselesaan.
Jika anda seorang yang amat sensitif terhadap faktor-faktor tertentu, faktor keselesaan mungkin keutamaan yang anda cari. Jika seseorang itu memang mencari keselesaan, harga dan juga nilai estatik mungkin boleh dipertimbnagkan.

Pemerhatian daripada gambar ini: Pemakai kaca mata dengan kanta photochromic/transitions-boleh tersenyum lebar tanpa berkerut kerana berasa selesa.
vs
Tidak memakai kaca mata-senyum dengan kerutan akibat tidak selesa.
Kami sudah merasai perbezaan, anda bagaimana????

2. Cosmesis. Nilai kosmetik.
Ramai yang menjadikan spect sebagai salah satu daripada aksesori yang patut ditonjolkan. Jika anda mungkin seorang yang selalu berdepan dengan orang ramai, spect yang berfungsi untuk membantu melihat jelas juga merupakan salah satu aset yang perlu dititiberatkan. Ini kerana ianya salah satu daripada faktor yang menguatkan keyakinan diri.

Tampil yakin dengan kaca mata anda.

3. Cost. Harga.
Mentaliti harga yang murah memang tidak dapat dipisahkan daripada kalangan rakyat 1Malaysia ini. Suka saya nyatakan disini, harga juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kualiti dan mutu sesuatu spect itu. Mungkin anda berpendapat, ianya cuma spect'tidak perlu mahal-mahal', mungkin harga yang sederhana dan mampu milik adalah yang terbaik. Tetapi jika anda berpendapat'spect perlu murah dan boleh berkekalan sehingga lebih 5 tahun', tak dapat den nak tolong. Jadi, tepuk selera tanyalah poket. Cewahh...

Pemilihan bingkai juga bergantung kepada bentuk muka juga.


Jika budget betul-betul banyak, anda patut mencuba kanta sentuh. Cubalah....rasailah sendiri.

Ramai yang berpendapat kerja di kedai spect ini amat mudah. Ianya mudah jika pelanggan adalah normal. Jika pelanggannya adalah rumit, maka pekerjaan ini mula teruji dan menjadi sangat mencabar. Tips  dan formula ini dapat diguankan oleh para optometri dan juga rakan-rakan pembaca sekalian. Aturlah 3C anda sebijak mungkin utnuk faedah bersama. Renung-renungkanlah.

1 comment:

  1. Saya nk tnya.. saya pernah beli standard frame cermin mata dekat kedai luar dngn harga yg murah dlm rm30. Agk2xnya boleh tk kalau saya gunakan frame tu ntuk buat kanta mata di kedai optometrist?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...