Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Sunday, February 26, 2012

MAaF JiKa Saya Tanya PuaN SoaLaN Ini.....

Puan mesti kenal dengan gambar ini, bukan???

Soalan yang saya maksudkan adalah 'Adakah puan sedang mengambil apa-apa pil perancang keluarga?'. Post ini adalah daripada pengalaman optometri sendiri berhadapan dengan salah seorang pesakit yang telah datang ke klinik. Jika ditanya mengenai kesan sampingan daripada amalan ubat ini, jawapan saya senang sahaja. Mana-mana ubat yang dimakan juga mempunyai kesan sampingannya samada banyak atau sedikit. Jadi apakah kesan sampingan ubat perancang keluarga ini terhadap mata??

Antara kesan sampingan daripada ubat perancang keluarga ini terhadapa mata adalah:-

1. Dapat mengurangkan kadar kelipan mata. Jika manusia normal berkelip 10-12 kali dalam seminit, mungkin dengan mengamalkan ubat ini, kadar kelipan mungkin berkurang kepada 7-8 kali dalam seminit. Jarang ara ibu perasan dengan perubahan ini.

2. Perubahan kedua ialah mata kering. Mata kering ini mungkin boleh disebabkan pengeluaran air mata berkurangan ataupun boleh disebabkan juga oleh kadar kelipan yang berkurangan. Jika anda perasan dengan perubahan ini, anda mungkin perlu mendapatkan artificial tears atau air mata palsu untuk digunakan semasa merasai keadaan mata kering ini.

Penggunaan ubat seperti air mata palsu dapat megurangkan rasa mata kering ini...

3. Mata ada sedikit bengkak. ini bergantung kepada badan masing -masing. Tetapi biasanya tahap yang tidak teruk.

4. Mata ada sedikit gatal-gatal. Ini berikutan kepada enumbuhan reaksi di bawah kelopak mata akibat penggunaan ubat perancang keluarga ini. Tetapi ianya juga berbeza mengikut individu masing-masing.

Reaksi bergantung kepada individu tertentu.

Itu sahaja daripada saya. Untuk sebarang kepastian dan pertanyaan, sila hubungi doktor atau pakar anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...