Dikala anis sibuk menganalisa data projek tahun akhir ini, anis berasa amat terpanggil untuk menulis tentang isu semasa iaitu tentang negara bergolak, Syria. Kebangkitan rakyat yang dikatakan mengancam dan mencabar kerajaan ini seolah-olah kemuncak segalanya yang berlaku selama ini. Kudis dan parut lama yang telah bernanah kembali ini telah pun mengakibatkan rejim kerajaan nekad untuk membunuh dan menyeksa rakyatnya sendiri. Hati diruntun kesedihan apabila melihat nasib saudara seagama kita di Syria diperlakukan sebegini.
Gambar salah seorang kanak-kanak yang syahid di Syria yang ditembak di matanya.
Ingatlah, segala ujian ini cumalah gerhana, tetapi bukannya terbenamnya Islam. La tahzan....
Otak anis tidak boleh berhenti daripada memikirkan selaku optometris, apakah yang saya mampu lakukan untuk saudara Islam saya di Syria?? Untuk menyertai misi keamanan, insha Allah jika diberi kesempatan. Harta benda jika termampu. Apalagi??? .......dan sebagainya. Namun, semuanya itu mengambil masa. apa yang segera??? Untuk jangka masa yang dekat ini, peranan yang dimainkan oleh selaku muslim optometris adalah dengan menyebarkan berita yang benar dan juga doalah senjata utama ummat Islam.
Ya Allah, ya Rahman ya Rahim...
Aku bermohon kepada engkau supaya roh para syuhada di Syria ditempatkan di tempat yang terbaik disisi-Mu....
Ya Allah, sebagaimana engkau jatuhkan kerajaan Mubarak, maka engkau jatuhkanlah kerajaan Basyar...
Ya Allah, sebagaimana engkau bunuh Gaddafi, maka engkau bunuhlah Basyar....
Marilah kita sama-sama mengamalkan dan mengaminkan doa ini. Amin......
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment