Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, February 24, 2012

AktiViti MaSa Cuti Optometri....DeRMa DaRaH

Wah lama menyepi di sini. Bukannya sombong atau lupa kepada 'followers' saya....saya sebenarnya amat sibuk dengan rutin harian sebagai pelajar optometri. Kali ini anis nak bercerita tentang aktiviti masa cuti semester tempoh hari. ini juga berhubung dengan sebagai salah satu promosi yang sedang dijalankan oleh Pusat Darah Negara (PDN) bersempena tahun baru ini. Apakah promosi tersebut??? Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai promosi ini.

1. Kini PDN telah dibuka setiap ujung minggu iaitu hari ahad. Jadi, alasan tiada masa pada hari biasa itu bukanlah kukuh untuk anda tidak menderma darah.
2. Kini PDN sedang mengalami kekurangan bekalan darah A. Jika anda salah seorang yang berdarah A seperti Anis, jomlah derma darah sekarang.


Jika anda tidak tahu lokasi sebenar pusat darah negara ini bolehlah anda google map. ianya amat mudah dicapai. Jika macam anis, kami cuma jalan kaki hampir 15 minit sahaja untuk ke sini. Lokasinya strategik, iaitu berdekatan dengan Jalan Tun Razak jer.

Gambar dari atas jejantas berhampiran dengan PDN.

Mungkin anda persepsi 'malas lah nak tunggu lama-lama', ini mesti macam kat hospital ni. Jika anda ada persepsi ini, sila campakkan persepsi ini jauh-jauh. Tekaan anda meleset semata-mata. Sistem angka giliran di sini serta perkhidmatannya amat efektif. Anda tidak percaya??? Cubalah datang. Jangan terkejut, jika ada bangsa asing juga mengambil peluang mereka di Malaysia ini untuk menderma darah.


Untuk kali ini, anis ditemani oleh rakan saya, yang juga merupakan kali pertama menderma darah iaitu Shaz' Ain. Beliau begitu teruja dan kami amat gembira kerana kami dapat menderma sambil dapat juga buku sijil derma darah ini.

Kredit to Shaz' Ain kerana menemani saya untuk menderma darah. Syabas beethi...

Fasiliti di sini amat sempurna dan patut diberi pujian. Jika anda sejarah buruk untuk menderma darah seperti di pasaraya, seperti bosan sehingga tertidur dan sebagainya...di sini anda mungkin tidak akan merasainya begitu. Sambil menderma darah, anda boleh menonton TV. Wah seronoknya...layan...


Untuk pertama kali menderma darah, biasanya darah akan cuma diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Dan perjalanan kami pada hari itu, seolah-olah dipermudahkan. Kami balik dari PDN dengan menaiki teksi. Semasa kami menaiki teksi, rupa-rupanya, pemandu tersebut adalah salah seorang kakitangan PDN yang telah bersara. Beliau mula bercerita kepada saya kan kelebihan menderma darah ini berdasarkan pengalaman beliau dan juga daripada sudut kesihatan. Menderma darah adalah perbuatan yang mulia, selain mendapat pahala, beliau juga bercerita bahawa darah ini ibarat seperti 'minyak hitam' pada kenderaan. Jika lama tidak ditukar, enjin mungkin masalah suatu hari nanti. wah baguslah pak cik ni....

Darah yang didermakan....

Apa yang paling seronok ialah hidangan selepas menderma darah. Memang anda perlu mengambil sedikit sarapan sebagai alas perut sebelum menderma darah, tetapi selepas menderma darah, anda juga dihidangkan dengan pelbagai makanan. Apa lagi makanlah, rezeki-rezeki...

Menu selepas menderma darah:
1. Roti wholemeal
2. Biskut oat
3. Nasi lemak
4. Buah epal
5. Nasi lemak
6. Air milo/nescafe
7. Vitamin & Acid folic tablets.

Hidangan ini pula boleh dinikmati dengan melihat pemandangan sekelilingnya antaranya, HKL, KLCC dan juga jalan tun razak. Best sangat...lain kali pasti anis akan datang lagi. Semoga jumpa lagi....

Release tension a.k.a relax sambil melihat pemandangan luar sambil menikmata hidangan selepas menderma darah. 

Jom kawan-kawan saya, kita pakat-pakat derma darah sekarang. Satu nyawa mungkin dapat diselamatkan dengan tindakan anda ini. 
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...