Para pelajar tahun 4 yang menyertai Khidmat Masyarakat Optometri (OPKOM) ke 20 kali ini...
Khidmat masyarakat Optometri (OPKOM) kali ke-20 ini diadakan di Sekinchan yang berlangsung pada 14 hingga 17 hari bulan Februari lepas. Khidmat masyarakat kali ini meninggalkan 1001 pengalaman yang manis yang bakal diingati sepanjang bergelar mahasiswa optometri ini. Maklumlah ini merupakan khidmat masyarakat yang terakhir sepanjang 4 tahun pengajian. Tambah istimewa lagi, sebab kali ini khidmat masyarakat dilakukan dengan bantuan bas optometri bergerak 1Malaysia yang baru kami dapat daripada Kementerian Pengajian Tinggi.
Kelengkapan yang ada diatas bas ini, sangat canggih. Memang seperti klinik bergerak...
Kawasan yang dipilih amat bertepatan dengan objektif program ini. KAwasan yang jauh daripada hospital dan kemudahan pemeriksaan kesihatan yang sempurna dan ada dewan yang sangat permai untuk kami jalankan khidmat ini.
Ucapan alu-aluan daripada Ketua Kampung Pasir Panjang
Suasana kampung yang nyaman dan menenangkan
Masyarakat disini sungguh sporting. Pada majlis perasmian sahaja, ramai yang membanjiri kawasan dewan untuk meraikan kehadiran kami disini. Pada majlis ini, pembahagian anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing bermula. Kami pelajar perempuan tahun 4, ditempatkan di rumah keluarga angkat yang sama. Ini bagi memudahkan pergerakan kami, akibat jadual bertugas yang dihimpit kekangan masa ini.
Pada hari pertama, aktiviti pertama adalah aktiviti bersama keluarga angkat. Keluarga angkat kami amat mesra. Aktiviti yang dijalankan bersama pada hari tersebut adalah minum air kelapa bersama keluarga. wah seronoknya...
Bersama rakan serumah keluarga angkat...Lew Kai Xian, merasai pengalaman pertama merasai sendiri bagaimana kelapa muda dibelah...
Banyak sangat air kelapa mawar yang kami dapat....
Menghilangkan rasa dahaga di samping bermesra dengan keluarga angkat...
Hari kedua kami di sini diisi dengan aktiviti pemeriksaan mata percuma disamping pemberian kaca mata percuma untuk penduduk sekitar Pasir Panjang ini. Kami amat berbesar hati dengan sambutan daripada orang kampung yang amat memberangsangkan. Anis pada hari ini bertugas untuk melakukan pemeriksaan mata dan juga untuk kaunter pemilihan kaca mata untuk penduduk. Bingkai yang diberikan di sini adalah hasil sumbangan alumni optometri UKM kepada jawatankuasa khidmat masyarakat ini. Selepas bingkai dipilih, kanta akan dipotong dan kaca mata akan dibawa ke sini sekali lagi untuk diagihkan kepada penduduk kampung.
Semangat di pagi hari untuk berkhidmat bersama rakan yang lain
Persiapan terakhir sebelum pengagihan bingakai kaca mata kepada penduduk kampung
Bertugas untuk pemeriksaan mata juga
Pada malam hari, kami dihidangkan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar uKM dan juga orang kampung. Wah sambutan amat meriah sehinggakan kami dapat merasakan gamatnya suasana kampung yang sunyi sebelum ini. Antara persembahannya adalah tarian Kipas oleh pelajar cina, tarian India, dan juga tarian tradisi Melayu.
Meriahnya suasana malam tersebut...
Hari terakhir adalah perasmian penutup. Majlis yang berlangsung pada pagi ini seolah-olah seperti kami baru sahaja sampai di situ. Khidmat masyarakat kali ini memang amat sebentar dirasakan. Ibu bapa dan adik-adik yang baru sahaja dikenali ini perlu ditinggalkan. Semoga khidmat kami yang sebentar ini tetap menjadi ingatan penduduk kampung di sini. Majlis kami di sini diakhiri dengan penyampaian cenderamata buat keluarga angkat dan sesi bergambar.
Bergambar bersam ibu dan adik angkat.
Pemberian saguhati daripada kami yang tidak seberapa...
Kami amat seronok dan terhutang budi dengan penduduk kampung disini. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada orang kampung atas jasa baik sepanjang kami disini. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment