Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, February 28, 2012

DileMMa Optometri 7..... SaRjanaMuDa OptoMetri Vs DipLoMa OptoMetri

Professor Dr. Norhani Mohidin.

Entri kali ini merupakan salah satu daripada rentetan daripada kelas bersama ibu kepada optometri di Malaysia iaitu Prof Dr. Norhani Mohidin. Apa yang membawa anis ke sini?? Di dalam kelas bersama beliau tadi, beliau bukan sahja mengajar, prof juga ada berkongsi tentang hasrat beliau untuk melihat 'new generation of optometry'. Bunyi macam biasa, tetapi 'rebranding' optometry yang dimaksudkan ini adalah:-

1.  Practice atau mengamalkan apa yang dipelajari. 
Menurut prof, beliau amat kesal dengan sikap segelintir bekas pelajarnya, iaitu optometri ini tidak mengamalkan apa yang diajar dan dipelajari semasa bergelar sebagai pelajar dahulu. Situasi sekarang. Jika juruoptik, yang cuma ada kelulusan untuk memotong kanta cermin mata, mereka giat berusaha untuk mempraktikkan  seperti optometri seperti penjualan kanta sentuh dan sebagainya. Tetapi berbeza pula dnegan optometri yang mempunyai kelulusan sarjana muda optometri, segelintir daripada mereka ini amat suka membuat kerja seperti penjualan spect, menjual kanta sentuh tanpa pemeriksaan mata dan sebagainya seolah-olah tidak mempraktikkan apa yang dipelajari.

2. Pengurusan pesakit yang sihat.
Apa yang dimaksudkan oleh prof adalah mengenai mentaliti orang di Malaysia. Apakah yang dimaksudkan dengan mentaliti ini??

  • Mata putih (mata sihat) - berjumpa dengan optometri.
  • Mata merah (sakit mata) - berjumpa dengan pakar mata/doktor.
Jadi peranan optometri di sini adalah untuk menyedarkan rakyat di Malaysia ini bahawa tidak semua mata yang putih adalah sihat. Masalah mata seperti mata malas, mata juling, atau sebagainya juga adalah mata putih. Jadi, sebagai optometri, kitalah yang bertugas utnuk mengesan masalah mata seperti ini. Jadi, kita dapat merubah mentaliti rakyat malaysia bahawa tidak semua mata yang berwarna putih itu adalah sihat. 

3. Soalan prof kepada para pelajar, :- Apakah yang membezakan kamu dengan pelajar diploma dalam optometri???
Jawapannya adalah 'our thinking' atau pemikiran kita. Apa yang memebezakan sarjana muda optometri dengan diploma dalam optometri adalah pemikiran. Menurut prof, jika diperingkat diploma apa yang diberi penekanan adalah dari segi latihan dan kemahiran. Namun jika diperingkat degree atau lepasan ijazah, penekanan yang diberikan adalah pemikiran. Jika dibandingkan dari segi kemahiran, mungkin pelajar degree ini akan sama sahjaa dengan pelajar diploma, namun apa yang menunjukkan kelebihan degree adalah dari segi pengurusan pesakit. Kerana pengurusan pesakit ini memang menuntut seseorang optometri utnuk berfikir dan berfikir dan akhirnya mempraktikkan apa yang mereka pelajari. 

Itulah sahaja daripada ringkasan azimat dan perkongsian daripada prof yang amat saya kagumi. Kelas bersurai. 

Bakal graduan sarjana muda optometri yang akan mewarnai dunia optometri suatu masa nanti...

Seronoknya kalau boleh diteropong masa depan saya macam ni.....


Sunday, February 26, 2012

FoRMuLa MemiLiH fRaMe YaNg SeSuAi???

Ramai yang bertanya, kerjaya optometri ini sekadar di kedai spect ker?? Kerjaya optometri ini bukan sahaja terhad di didang itu sahaja, malah meliputi semua kesihatan mata termasuklah di hospital, klinik-klinik mata, kilang-kilang alat-alat berkaitan dengan mata dan sebgainya. Kenapa kerjaya ini cuma dipandang di kedai-kedai kaca mata sahaja?? Jawapannya, saya jangka mungkin berbanding bekerja di sektor lain, pendapatan agak lumayan jika membuka kedai spect ini. Inilah mendorong optometri membuka perniagaan sendiri sebagai usahawan pusat optometri.

Sebagai peminat setia Matlutfi, post kali ni nak jugak letak gambar hang....kredit to Matlutfi

Promo sekejap. Sekadar perkongsian mengenai banyak pertanyaan yang bakyak diajukan kepada saya. Berbalik kepada tajuk asal, apakah formula asas yang terbaik untuk memilih bingkai kaca mata yang sesuai dengan anda. Jika ditanya tentang bingkai ini, pendapat memang berbeza antara individu. Jika ditanya kepada saya, saya akan pantas menjawab, tepuk dada tanya selera anda. Tetapi saya syorkan anda mengikut formula 3C ini:-

1. Comfortable. Keselesaan.
Jika anda seorang yang amat sensitif terhadap faktor-faktor tertentu, faktor keselesaan mungkin keutamaan yang anda cari. Jika seseorang itu memang mencari keselesaan, harga dan juga nilai estatik mungkin boleh dipertimbnagkan.

Pemerhatian daripada gambar ini: Pemakai kaca mata dengan kanta photochromic/transitions-boleh tersenyum lebar tanpa berkerut kerana berasa selesa.
vs
Tidak memakai kaca mata-senyum dengan kerutan akibat tidak selesa.
Kami sudah merasai perbezaan, anda bagaimana????

2. Cosmesis. Nilai kosmetik.
Ramai yang menjadikan spect sebagai salah satu daripada aksesori yang patut ditonjolkan. Jika anda mungkin seorang yang selalu berdepan dengan orang ramai, spect yang berfungsi untuk membantu melihat jelas juga merupakan salah satu aset yang perlu dititiberatkan. Ini kerana ianya salah satu daripada faktor yang menguatkan keyakinan diri.

Tampil yakin dengan kaca mata anda.

3. Cost. Harga.
Mentaliti harga yang murah memang tidak dapat dipisahkan daripada kalangan rakyat 1Malaysia ini. Suka saya nyatakan disini, harga juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kualiti dan mutu sesuatu spect itu. Mungkin anda berpendapat, ianya cuma spect'tidak perlu mahal-mahal', mungkin harga yang sederhana dan mampu milik adalah yang terbaik. Tetapi jika anda berpendapat'spect perlu murah dan boleh berkekalan sehingga lebih 5 tahun', tak dapat den nak tolong. Jadi, tepuk selera tanyalah poket. Cewahh...

Pemilihan bingkai juga bergantung kepada bentuk muka juga.


Jika budget betul-betul banyak, anda patut mencuba kanta sentuh. Cubalah....rasailah sendiri.

Ramai yang berpendapat kerja di kedai spect ini amat mudah. Ianya mudah jika pelanggan adalah normal. Jika pelanggannya adalah rumit, maka pekerjaan ini mula teruji dan menjadi sangat mencabar. Tips  dan formula ini dapat diguankan oleh para optometri dan juga rakan-rakan pembaca sekalian. Aturlah 3C anda sebijak mungkin utnuk faedah bersama. Renung-renungkanlah.

KHidMat MaSyaRaKAt Di SeKinChaN

Para pelajar tahun 4 yang menyertai Khidmat Masyarakat Optometri (OPKOM) ke 20 kali ini...

Khidmat masyarakat Optometri (OPKOM) kali ke-20 ini diadakan di Sekinchan yang berlangsung pada 14 hingga 17 hari bulan Februari lepas. Khidmat masyarakat kali ini meninggalkan 1001 pengalaman yang manis yang bakal diingati sepanjang bergelar mahasiswa optometri ini. Maklumlah ini merupakan khidmat masyarakat yang terakhir sepanjang 4 tahun pengajian. Tambah istimewa lagi, sebab kali ini khidmat masyarakat dilakukan dengan bantuan bas optometri bergerak 1Malaysia yang baru kami dapat daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Kelengkapan yang ada diatas bas ini, sangat canggih. Memang seperti klinik bergerak...

Kawasan yang dipilih amat bertepatan dengan objektif program ini. KAwasan yang jauh daripada hospital dan kemudahan pemeriksaan kesihatan yang sempurna dan ada dewan yang sangat permai untuk kami jalankan khidmat ini.

Ucapan alu-aluan daripada Ketua Kampung Pasir Panjang

Suasana kampung yang nyaman dan menenangkan

Masyarakat disini sungguh sporting. Pada majlis perasmian sahaja, ramai yang membanjiri kawasan dewan untuk meraikan kehadiran kami disini. Pada majlis ini, pembahagian anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing bermula. Kami pelajar perempuan tahun 4, ditempatkan di rumah keluarga angkat yang sama. Ini bagi memudahkan pergerakan kami, akibat jadual bertugas yang dihimpit kekangan masa ini.

Pada hari pertama, aktiviti pertama adalah aktiviti bersama keluarga angkat. Keluarga angkat kami amat mesra. Aktiviti yang dijalankan bersama pada hari tersebut adalah minum air kelapa bersama keluarga. wah seronoknya...

Bersama rakan serumah keluarga angkat...Lew Kai Xian, merasai pengalaman pertama merasai sendiri bagaimana kelapa muda dibelah...

Banyak sangat air kelapa mawar yang kami dapat....

Menghilangkan rasa dahaga di samping bermesra dengan keluarga angkat...

Hari kedua kami di sini diisi dengan aktiviti pemeriksaan mata percuma disamping pemberian kaca mata percuma untuk penduduk sekitar Pasir Panjang ini. Kami amat berbesar hati dengan sambutan daripada orang kampung yang amat memberangsangkan. Anis pada hari ini bertugas untuk melakukan pemeriksaan mata dan juga untuk kaunter pemilihan kaca mata untuk penduduk. Bingkai yang diberikan di sini adalah hasil sumbangan alumni optometri UKM kepada jawatankuasa khidmat masyarakat ini. Selepas bingkai dipilih, kanta akan dipotong dan kaca mata akan dibawa ke sini sekali lagi untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

Semangat di pagi hari untuk berkhidmat bersama rakan yang lain

Persiapan terakhir sebelum pengagihan bingakai kaca mata kepada penduduk kampung

Bertugas untuk pemeriksaan mata juga

Pada malam hari, kami dihidangkan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar uKM dan juga orang kampung. Wah sambutan amat meriah sehinggakan kami dapat merasakan gamatnya suasana kampung yang sunyi sebelum ini. Antara persembahannya adalah tarian Kipas oleh pelajar cina, tarian India, dan juga tarian tradisi Melayu. 

Meriahnya suasana malam tersebut...

Hari terakhir adalah perasmian penutup. Majlis yang berlangsung pada pagi ini seolah-olah seperti kami baru sahaja sampai di situ. Khidmat masyarakat kali ini memang amat sebentar dirasakan. Ibu bapa dan adik-adik yang baru sahaja dikenali ini perlu ditinggalkan. Semoga khidmat kami yang sebentar ini tetap menjadi ingatan penduduk kampung di sini. Majlis kami di sini diakhiri dengan penyampaian cenderamata buat keluarga angkat dan sesi bergambar. 

Bergambar bersam ibu dan adik angkat.

Pemberian saguhati daripada kami yang tidak seberapa...

Kami amat seronok dan terhutang budi dengan penduduk kampung disini. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada orang kampung atas jasa baik sepanjang kami disini. Sekian terima kasih.

MAaF JiKa Saya Tanya PuaN SoaLaN Ini.....

Puan mesti kenal dengan gambar ini, bukan???

Soalan yang saya maksudkan adalah 'Adakah puan sedang mengambil apa-apa pil perancang keluarga?'. Post ini adalah daripada pengalaman optometri sendiri berhadapan dengan salah seorang pesakit yang telah datang ke klinik. Jika ditanya mengenai kesan sampingan daripada amalan ubat ini, jawapan saya senang sahaja. Mana-mana ubat yang dimakan juga mempunyai kesan sampingannya samada banyak atau sedikit. Jadi apakah kesan sampingan ubat perancang keluarga ini terhadap mata??

Antara kesan sampingan daripada ubat perancang keluarga ini terhadapa mata adalah:-

1. Dapat mengurangkan kadar kelipan mata. Jika manusia normal berkelip 10-12 kali dalam seminit, mungkin dengan mengamalkan ubat ini, kadar kelipan mungkin berkurang kepada 7-8 kali dalam seminit. Jarang ara ibu perasan dengan perubahan ini.

2. Perubahan kedua ialah mata kering. Mata kering ini mungkin boleh disebabkan pengeluaran air mata berkurangan ataupun boleh disebabkan juga oleh kadar kelipan yang berkurangan. Jika anda perasan dengan perubahan ini, anda mungkin perlu mendapatkan artificial tears atau air mata palsu untuk digunakan semasa merasai keadaan mata kering ini.

Penggunaan ubat seperti air mata palsu dapat megurangkan rasa mata kering ini...

3. Mata ada sedikit bengkak. ini bergantung kepada badan masing -masing. Tetapi biasanya tahap yang tidak teruk.

4. Mata ada sedikit gatal-gatal. Ini berikutan kepada enumbuhan reaksi di bawah kelopak mata akibat penggunaan ubat perancang keluarga ini. Tetapi ianya juga berbeza mengikut individu masing-masing.

Reaksi bergantung kepada individu tertentu.

Itu sahaja daripada saya. Untuk sebarang kepastian dan pertanyaan, sila hubungi doktor atau pakar anda.

OpToMetRi MeMaSaK...

Kita selalu dengar orang tua berkata, walau setinggi mana perempuan belajar pun, mesti ke dapur juga akhirnya. Untuk melatih diri ini, hujung minggu ini diisi dengan aktiviti memasak bersama rakan-rakan optometri yang lain. Aktiviti memasak yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama kami. Aktiviti makan bersama adalah yang paling istimewa.

Apa menu optometri hari ini??? Cuma hidangan simple sahaja. iaitu sup ayam dengan ayam bawang. yummy...

Simple dan enak...

Taraa....ayam goreng dh ready...

Jom makan...jangan lupa baca doa makan dahulu...

Resepi sup ayam tradisi daripada mak memang membuka selera kami tengahari ini...

Seronoknya dapat masak, release tension. Jom sambung buat kerja...Kredit to Shaz' Ain dan Nur Syuhada Alwi. 

Sekian, terima kasih.

Saturday, February 25, 2012

KHidMat MaSyaRaKAt Di FeLDa TaSiK ChiNi

Pada 27 Januari lepas, iaitu pada tanggal hari lahir saya, saya telah berkorban untuk menyertai khidmat masyarakat di Felda Tasik Chini. Mungkin tahun ini adalah rezeki usia saya yang diberikan-Nya ini disambut di sana. Saya amat teruja untuk menyertai khidmat masyarakat ini, kerana saya tahu di mana asal kita, di situlah kita perlu mencurahkan bakti. Saya merupakan salah seorang pelajar tajaan kerajaan, jadi inilah masa yang saya akan gunakan untuk berbakti semula kepada rakyat. Lagipun, sempena cuti semester ini, saya bolehlah berkhidmat sambil melancong. Bukankah jauh perjalanan, luas pemandangan.

Sambutan hari lahir yang istimewa tahun ini...di Tasik Chini.

Perjalanan kami dari pusat bandar Kuala Lumpur ke Felda Tasik Chini bermula pada pukul 6.30 pagi. Kami melalui lebuhraya Karak menghala ke Lebuhraya Pantai Timur. Perjalanan yang dirancang berjalan lancar itu, akhirnya disulami dengan kenangan kami sesat di dalam felda di Gambang.

Sepanjang perjalanan, kami ditemani oleh kelapa sawit. Memang berbaloi kami ke sini...tiada pusat optometri kelihatan di sini melainkan hospital. 

Masha Allah....hanya Tuhan sahaja mengetahui nausea dan mabuk yang saya alami pada masa itu. namun setelah dibulatkan tekad, kami meneruskan perjalanan ke felda tersebut yang agak jauh utnuk dicapai jika amatur seperti kami ini. Kami selamat sampai ke bes pemeriksaan mata pada pukul 11 pagi. Kami terus memulakan pemeriksaan mata percuma dan pemberian kaca mata percuma kepada penduduk tempatan. Seharian dihabiskan untuk memeriksa kesihatan mata kepada penduduk kawasan tersebut.

Melatih kemahiran sambil berkhidmat untuk masyarakat.

Untuk aktiviti khidmat masyarakat ini, kami jalanakannya di salah sebuah sekolah rendah kebangsaan.

Pengalaman baru, membuat refraksi di atas kerusi sekolah rendah. Sangat comel....

Tapi layanan yang diberikan oleh penduduk kampung adalah tip top dan kami dihidangkan dengan hidangan istimewa tempatan iaitu masak tempoyak ikan patin dan juga resepi baru 'kopi durian'. yummy...pertama kali cuba....

Undefined taste, no comment....~ ice blended durian. 

Pemeriksaan ini berjalan selama dua hari. Pada malam menjelang, kami berehat di chalet berhampiran tasik chini. di sini fasiliti memang terbaik, dan pemandangan cantik juga menjanjikan pengalaman  baru yang baik utnuk merehatkan badan dan juga minda. Seperti yang dijangka, alhamdulillah mengikuti lawatan ini pada hari lahir adalah sesuatu ayng berbaloi. Pada malam tersebut, saya dan para pensyarah dihidangkan dengan makan malam yang agak istimewa. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Selepas pulang ke chalet, kami berehat sementara meneruskan kerja keesokan hari.

Hidangan istimewa pada malam hari...

Pemandangan pada pagi hari sekitar resort.

Pada keesokan pagi, kami semua meneruskan khidmat kami. Pelbagai situasi dan keadaan pesakit dijumpai. ada yang mempunyai cacing di dalam mata dan perlu dirujuk ke hospital dan rata-rata penduduk di sini amat bersyukur kerana terdapat aktiviti seumpama ini ditempat mereka. Ini memandangkan mereka agak jauh dar bandar dan amat susah utnuk ke hospital dan juga mahupun pemeriksaan mata biasa.

Sebelum bertolak pulang, kami sempat bergambar di jeti tasik tersebut. Sepanjang mengikuti aktiviti ini, saya berasa amat seronok dan diharapkan dengan sumbangan khidmat yang tidak seberapa ini akan membantu sedikit sebnayak insan yang memerlukan. Sekian terima kasih.

Pemandangan hijau dengan kicauan burung sambil menyedut udara yang segar. Sesuai untuk hialngkan hiruk pikuk kota sebentar.

Sekitar chalet di resort ini. 

Bergambar di jeti Tasik Chini.

Bersama Rifizati, menikmati udara sekitar resort. a

GRaViti Dan KaitaNnya DenGan Mata

Semalam anis ada melalui sebuah masjid semasa ingin ke kedai makan. Anis terdengar satu ceramah agama tentang gambaran gari kiamat. dan ustaz penceramah tersebut ada menyebut mengenai graviti. Jadi, anis terfikir-fikir apakah kaitan graviti dan kesannya pada mata. Tahukah anda, graviti juga memainkan peranan yang sangat penting juga kepada mata kita. Apakah fungsi graviti terhadap mata??

Google gravity...sekadar hiasan.

Saya tidak faham sangat tentang kewujudan krim kecantikan seperti ini...apa kaitannya dengan mata???

Jika anda bersedih atau anda mengupas bawang, saya pasti air mata anda akn mengalir kan? Pernahkah anda terfikir bagaimanakah menangis atau mengalir air mata itu sebenarnya terjadi??? Ini semuanya disebabkan tarikan graviti. jika anda menagis, graviti yang berfungsi untuk penyebaran air mata di hadapan mata. Tarikan gravitilah yang menyebabkan air mata ini mengalir jatuh ke pipi atau melalui saluran pengairan ke hidung lalu menjadi hingus. Disebabkan itulah, jika anda di bulan atau dipalnet yang kekurangan tarikan graviti, anda sebenarnya tidak boleh menangis. Air mata tidak terkeluar dan tidak akan menitis. Anis dapat ini daripada salah satu laman sesawang juga.

Untuk kepastian, anis teringin juga ingin bertanya kepada Sheikh Muzaphar tentang kesahihan fakta ini. Anda ada fakta yang ingin dikembangkan di sini?? Sila beri komentar di bawah. Terima kasih.

Kali terakhir jumpa Dato' Sheikh, 2 tahun lepas...

Lupa nak tanya pada Dato' boleh nangis ke di angkasa lepas....???

Jadi jurgambar pula....lain kali lah tanya.


UMuR CuMa PaDa AngKa.....Tidak Pada Mata???

Post ini adalah berkaitan dengan situasi saya dengan salah pesakit yang agak berumur. Ala-ala 5-series gitu. Sekali lihat, anda mungkin tersalah pandang kerana beliau kelihatan muda berbanding usia sebenar beliau. Tetapi semua itu cuma sebelum membuat pemeriksaan mata sahaja. Selapas menjalani ujian penglihatan dan kesihatan mata....anis mendapati umur tetap ada kesan pada mata, walaupun ramai yang beranggapan ianya cuma pada angka. Bagaimanakah ingin mengesan kesan penuaan pada mata anda???

Perubahan yang berlaku pada usia tua terutamya pada mata.

1. Bulu kening dan bulu mata kelihatan warnaya sedikit pudar. jika dahulunya warna hitam, kini mungkin sedikit kelabu.

2. Kuli sekitar mata kelihatan kendur dan berkedut. Ada yang mengatakan ianya kelihatan seperti bentuk kaki gagak.

3. Bebola mata kelihatan sedikit terbenam atau ke dalam sedikit berbanding waktu dahulu.

4. Kelopak mata bawah ada seperti 'beg' yang besar.

5. Kelopak mata jatuh (droopy eyelids).

6. Mata hitam kelihatan ada cecincin kelabu (arcus senilis).

Cecincin juga boleh disebabkan kolestrol yang tinggi di dalam badan.

7. Warna mata juga menjadi semakin pudar. Jika dahulu warna hitam, kini warnanya mungkin kelabu atau kehijauan ini kerana akibat kekurangan pigment jika umur meningkat.

8. Mata menjadi kurang sensitif. Saraf kurang sensitif.

9. Jika dapat dilihat, lapisan lutsinar mata juga berkurangan selnya. Kekurangan sel endothelium kornea akibat peningkatan umur.

Friday, February 24, 2012

Tahukah Anda 12#???

Tahukah anda bahawa suhu juga memainkan peranan penting terhadap mata. Jadi, apakah suhu mata normal kita? Suhu mata kita adalah berbeza kita terbuka dan juga ketika mata tertutup.

Gambar hiasan.


1. Suhu mata kita ketika terbuka adalah 34.2 darjah celcius.
2. Suhu mata kita ketika tertutup adalah 36.2 darjah celcius. 

Apakah kepentingan suhu pada mata kita ini?

1. Mata kita dilindungi oleh kelopak mata yang berfungsi meratakan air mata dihadapan mata kita. Apakah pula fungsi air mata? Air mata pula mengadungi beberapa lapisan yang salah satunya berfungsi mempunyai enzim(lisozim) iaitu sebagai salah satu sistem pertahanan badan kita. Dan seperti mana anda tahu, enzim ini terdiri daripada komponen protein. Jika suhu mata tinggi, protein di dalam enzim ini akan ternyahasli atau 'denatured' yang akhirnya akan membuka 'lembaran' baru kepada kuman untuk masuk ke mata akibat runtuhnya sistem pertahanan ini. Jadi sama-samalah kita menjaga suhu mata kita ini.

AktiViti MaSa Cuti Optometri....DeRMa DaRaH

Wah lama menyepi di sini. Bukannya sombong atau lupa kepada 'followers' saya....saya sebenarnya amat sibuk dengan rutin harian sebagai pelajar optometri. Kali ini anis nak bercerita tentang aktiviti masa cuti semester tempoh hari. ini juga berhubung dengan sebagai salah satu promosi yang sedang dijalankan oleh Pusat Darah Negara (PDN) bersempena tahun baru ini. Apakah promosi tersebut??? Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai promosi ini.

1. Kini PDN telah dibuka setiap ujung minggu iaitu hari ahad. Jadi, alasan tiada masa pada hari biasa itu bukanlah kukuh untuk anda tidak menderma darah.
2. Kini PDN sedang mengalami kekurangan bekalan darah A. Jika anda salah seorang yang berdarah A seperti Anis, jomlah derma darah sekarang.


Jika anda tidak tahu lokasi sebenar pusat darah negara ini bolehlah anda google map. ianya amat mudah dicapai. Jika macam anis, kami cuma jalan kaki hampir 15 minit sahaja untuk ke sini. Lokasinya strategik, iaitu berdekatan dengan Jalan Tun Razak jer.

Gambar dari atas jejantas berhampiran dengan PDN.

Mungkin anda persepsi 'malas lah nak tunggu lama-lama', ini mesti macam kat hospital ni. Jika anda ada persepsi ini, sila campakkan persepsi ini jauh-jauh. Tekaan anda meleset semata-mata. Sistem angka giliran di sini serta perkhidmatannya amat efektif. Anda tidak percaya??? Cubalah datang. Jangan terkejut, jika ada bangsa asing juga mengambil peluang mereka di Malaysia ini untuk menderma darah.


Untuk kali ini, anis ditemani oleh rakan saya, yang juga merupakan kali pertama menderma darah iaitu Shaz' Ain. Beliau begitu teruja dan kami amat gembira kerana kami dapat menderma sambil dapat juga buku sijil derma darah ini.

Kredit to Shaz' Ain kerana menemani saya untuk menderma darah. Syabas beethi...

Fasiliti di sini amat sempurna dan patut diberi pujian. Jika anda sejarah buruk untuk menderma darah seperti di pasaraya, seperti bosan sehingga tertidur dan sebagainya...di sini anda mungkin tidak akan merasainya begitu. Sambil menderma darah, anda boleh menonton TV. Wah seronoknya...layan...


Untuk pertama kali menderma darah, biasanya darah akan cuma diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Dan perjalanan kami pada hari itu, seolah-olah dipermudahkan. Kami balik dari PDN dengan menaiki teksi. Semasa kami menaiki teksi, rupa-rupanya, pemandu tersebut adalah salah seorang kakitangan PDN yang telah bersara. Beliau mula bercerita kepada saya kan kelebihan menderma darah ini berdasarkan pengalaman beliau dan juga daripada sudut kesihatan. Menderma darah adalah perbuatan yang mulia, selain mendapat pahala, beliau juga bercerita bahawa darah ini ibarat seperti 'minyak hitam' pada kenderaan. Jika lama tidak ditukar, enjin mungkin masalah suatu hari nanti. wah baguslah pak cik ni....

Darah yang didermakan....

Apa yang paling seronok ialah hidangan selepas menderma darah. Memang anda perlu mengambil sedikit sarapan sebagai alas perut sebelum menderma darah, tetapi selepas menderma darah, anda juga dihidangkan dengan pelbagai makanan. Apa lagi makanlah, rezeki-rezeki...

Menu selepas menderma darah:
1. Roti wholemeal
2. Biskut oat
3. Nasi lemak
4. Buah epal
5. Nasi lemak
6. Air milo/nescafe
7. Vitamin & Acid folic tablets.

Hidangan ini pula boleh dinikmati dengan melihat pemandangan sekelilingnya antaranya, HKL, KLCC dan juga jalan tun razak. Best sangat...lain kali pasti anis akan datang lagi. Semoga jumpa lagi....

Release tension a.k.a relax sambil melihat pemandangan luar sambil menikmata hidangan selepas menderma darah. 

Jom kawan-kawan saya, kita pakat-pakat derma darah sekarang. Satu nyawa mungkin dapat diselamatkan dengan tindakan anda ini. 
Sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...