Sejak kebelakangan ini, tersebar hebat di laman sosial tentang kisah kanta sentuh terbakar. Ramai yang bertanya kepada anis tentang kesahihannya. Anis tidak tahu di mana kisahnya bermula, ianya satu realiti atau sebaliknya...wallahualam. tetapi apa suka anis katakan di sini, post ini tiada kaitan tentang individu tersebut, ini cuma sebagai perkongsian mengenai fakta dan pendapat peribadi anis sahaja. Berikut adalah antara persoalan yang diajukan dan jawapan yang tulus daripada anis......
Gambar daripada laman sosial.
Soalan 1: Kanta sentuh diperbuat daripada plastik???
Jawapan: Sejarah menunjukkan penemuan kanta sentuh ini sudah bermula sejak zaman Tamadun Islam lagi. Pada zaman itu, terdapat saintis ulama seperti Al-Razi (864-930 masehi), Al Hazen (965-1040 masehi) dan juga ibnu sina (981-1037 masehi) telah banyak mengkaji tentang mata dan pembuatan kanta sentuh ini. Kajian diteruskan oleh Leonardo Da Vinci, Rene Decartes, John Herschel, William White Cooper, Xavier Galezowski. Namun, pada zaman adolf Fick, mereka cuba rekaan kanta sentuh daripada
kaca. Namun dicuba pada haiwan sahaja dan eksperimen tidak berjaya. Kemudian De Sulzer pula mencipta
'scleral shell' yang berisi air pula. Kemudian Hendry Dor dan Thomas pula mencipta
'hidroradiuskop' untuk mata iaitu kanta dengan saline di dalamnya. Kemudian barulah muncul
Polymethylmethacrylate (PMMA a.k.a
P doubleM A) material yang dicipta oleh ICI pada 1934 untuk dijadikan kanta sentuh. Kemudian satu muncul pula material
poly hydroxylethylmethacrylate (PHEMA) yang mengandungi 38.5% air pada 1954. Selepas itu, ada pula material kanta sentuh daripada
hydroxylethylmethacrylate (HEMA) dicipta pada 1961 dan kemudiannya dibeli oleh Baush and Lomb untuk dijadikan kanta sentuh jenis Soflens pada 1971. oleh sebab material HEMA kurang meyerap oksigen, jadi diganti dengan material lain iaitu
silikon hidrojel dan merupakan material yang terbaik setakat ini. Pada 1995, Jepun mencipta material kanta sentuh daripada
kopolimer siloxanylstyrene dan fluoro-methacrylate dan kini dijual dengan nama Menicon Z. Jadi, dominasi pasaran sekarang dan yang terbaik adalah kanta sentuh daripada silikon hidrojel dan juga Menicon Z.
Cewah panjang cerita...bukan apa, anis cuma hendak terangkan bagaimana sejarah kanta sentuh itu sendiri. Setakat ini, semua jenis material yang anis 'bold'kan di atas ini, tiada kaitan dengan
plastik. Saintis sudah mengkaji penggunaan bahan tertentu yang sesuai untuk mata sebelum membuat kanta sentuh tersebut. Setakat ini, semua material kanta sentuh ada perkataan 'hydro' iaitu berkaitan dengan kandungan air dalam bahan. Pada pendapat saya, setakat ini tiada lagi plastik yang dapat menyerap air. Secara logiknya, kanta sentuh mestilah bukan daripada plastik kerana kanta sentuh ada kandungan air. Jadi, pengajaran, pilihlah kanta sentuh yang berkualiti dan dijamin kualitinya.
Soalan 2: Adakah kanta sentuh mudah terbakar???
Jawapan: Kanta sentuh adalah dipakai dihadapan permukaan mata (kornea). Kanta sentuh ini dilindungi oleh kelopak mata dan juga air mata. Tuhan sudah ciptakan refleks berkelip mata yang cukup hebat pada mata sejak lahir lagi (rujuk development motor on babies). Jika anda tidak percaya, cuba tepuk tangan sebelah mata, anda pasti berkelip bukan?? Jadi, moral of the story, bertepuk tangan pun sudah berkelip (refleks tutup mata), inikan pula api (sesuatu yang panas) dan sebagainya, semestinya mata akan tertutup rapat. Air mata pula berfungsi untuk agen penyejuk untuk mata jika terdedah dengan haba. Secara logiknya, jika kanta sentuh terbakar, bermaksud keseluruhan muka atau mata juga akan terbakar. Bagaimana boleh berlaku kebakaran 'setempat' atau local iaitu dihadapan mata sahaja. Mungkin dalam cerita ini, pesakit meraung kesakitan akibat banyak kawasan lain juga yang melecur jika difikir secara logiknya. Wallahualam...
Soalan 3: Apakah pendapat anis tentang penggunaan kanta sentuh semasa barbecue???
Jawapan: Seperti anis katakan tadi, kanta sentuh diperbuat daripada material yang mempunyai air. Air sifatnya boleh menyejat. Bukan sahaja di party barbeceu, dimana-mana sahaja yang panas dan kering kanta sentuh akan mudah menyejat dan kering. apabila kering, mata cuba berkelip dengan cepat supaya boleh meratakan air mata ke seluruh permukaan depan mata. Di dalam keadaan yang kering inilah, kanta sentuh ini boleh 'melompat' atau 'terpelanting' keluar daripada mata. Jadi secara logiknya, semasa kejadian ini kebakaran ini berlaku, mungkin kanta sentuh ini sudah lama 'terpelanting' keluar. Yang tinggal hanyalah 'naked eyes' sahaja pada masa itu. Kebakaran itu berpunca daripada mata yang terbakar dan bukannya 100% daripada kanta sentuh.
Soalan 4: Saya ngeri melihat gambar yang dipaparkan tentang kebakaran kanta sentuh itu, teruk sangat. Bagaimana ianya terjadi???
Jawapan: Jika anda google sahaja tajuk komplikasi kanta sentuh, nescaya akan keluar gambar mata yang mengerikan seperti ini. Namun percayalah satu pun tiada satu pun kesan kebakaran. Kebanyakan kes komplikasi kanta sentuh itu akibat jangkitan kuman dan bukannya kebakaran. jika ada pun, ianya adalah kes terpencil.
Kebanyakan komplikasi adalah daripada jangkitan kuman.
Soalan 5: Apakah komen anis tentang cerita ini dari sudut optometri???
Jawapan: Sebelum anis jelaskan dengan lanjut, suka anis terangkan di sini cerita ini juga kurang jelas juga. Dalam cerita ini ada mengatakan bahawa selang beberapa ketika, mangsa meraung kesakitan. Jika difikirkan logik, di hadapan mata jika dapat dilihat dengan mata kasar, ianya seperti satu permukaan yang banyak diselaputi saraf. Jika terdapat sebarang kecederaan, pastinya mangsa akan terus meraung secara 'schizophrenically' akibat kecederaan pada kawasan depan mata tersebut. ianya amat sakit. Cerita ini amat samar-samar dan sukar dinyatakan sebabnya. Apa yang saya harapkan jika ianya betul-betul berlaku, rawatan kecemasan yang sepatutnya perlulah diberikan iaitu menyejukkan kawasan terbakar berkenaan dengan air yang banyak. rujuk pakar dengan segera.
Beginilah struktur sebenar depan mata (kornea)
Jika dapat dilihat, beginilah keadaan sebenar saraf di hadapan mata....terlampau banyak.....
Komen optometri: Ramai berpendapat 'kanta sentuh' itu bahaya. Jika ditanya kepada saya, jawapan saya senang sahaja; '
Bukan semua orang sesuai memakai kanta sentuh, dan bukan semua kanta sentuh sesuai dengan semua orang'. Jadi, untuk mengelakkan anda daripada 'terjerat' dalam situasi kanta sentuh tidak sesuai ini, anda perlulah berjumpa dengan pakar untuk penggunaan kanta sentuh dengan selamat. Insha Allah selamat.
Sharing is caring=))