Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, March 30, 2012

KeRaNa NiLa SetitiK RoSaK SuSu SeBeLanGa

Nila dan susu....perumpamaan yang bagus dikaitkan dengan post anis kali ini. 

Post kali ini berkaitan dengan satu kejadian sebenar yang berlaku semasa anis melawat ke sebuah institusi pengajian tinggi swasta baru-baru ini. Kejadian ini tidak terduga akan berlagu, tetapi anis percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah sebaliknya. 

Begini ceritanya, semasa anis menuju ke kafe untuk makan terdapat sekumpulan pelajar IPTS ini juga menuju ke kafe. Mereka berjalan laju lalu memintas kami yang juga sedang berjalan menuju ke kafe. Namun begitu, pelajar tersebut lalu di jalan yang agak jauh. Kami yang sudah kelaparan ini mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas untuk ke kafe tersebut. Tetapi kami tidak sangka kami akan ke kafe yang sama dengan sekumpulan pelajar IPTS yang melantasi kami tadi. Disebabkan kami menggunakan laluan pintas ke kafe, kami sampai dulu di kafe tersebut. Wah seronoknya dapat melihat makanan yang terhidang di situ. Tetapi semasa kami menunggu di kaunter kafe untuk menempah makanan, tiba-tiba kami terdengar perbualan yang tidak enak antara ahli sekumpulan pelajar IPTS tadi yang sedang menunggu giliran untuk menempah makanan di belakang kami.  Sila ikuti perbualan antara A (Pelajar IPTS warga tempatan) dan B (Pelajar IPTS luar negara)  di dalam cerita di bawah.

A: What do you want to eat?
B: Nan cheese looks good. 
A: (Raised her hand shout) We want to order mamak.
B: But they arrived early rather than us, we let them first (while looking at me)
A: Malaysians always like that, don't like to queue 
B: Ouch...

Perasaan anis berbaur. Lebur mendengar perbualan mereka. Anis bukan potong queue, kami cuma tiba dahulu sebelum mereka, jadi kamilah yang order dahulu. Anis lagi melebur sebab perbualan yang mengata rakyat Malaysia tuh adalah daripada mulut anak tempatan juga yang belajar di IPTS.  Tetapi anis cuba postif juga. Mungkin melalui perbualan ini anis tahu bagaimana orang memandang sikap rakyat Malaysia ini.  Tetapi apa yang kesalkan adalah rakyat Malaysia sendiri membuka pekung di dada dengan melabel orang kita sebagai bangsa yang tidak suka beratur. Grrrrrrr..... 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...