Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Thursday, April 12, 2012

.: Apa BaRaNG OpToMetRi SenDiRi Pakai SpEct :.

Mata adalah pancaindera dianugerahkan oleh Maha Pencipta yang tidak ternilai harganya. Tidak dinafikan penglihatan dan nikmat kesihatan mata amatlah didambakan oleh setiap insan. Mata yang cantik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian khususnya kerjaya seperti artis, dan tidak ketinggalan juga bidang kesihatan berkaitan dengan mata ini seperti optometri. Tapi ini tidak bermakna, pelajar optometri atau optometri itu tidak mempunyai masalah mata. Mereka juga mungkin rabun seperti anda...anis agak kesal apabila ada segelintir daripada kita mempersoalkan berkaitan dengan optometri sendiri pakai kaca mata, bagaimana nak jaga mata orang, mata sendiri juga rosak.

Ya, mungkin sebahagian daripada kami ada memakai kaca mata. Tidak dinafikan ada diantara kami yang mempunyai rabun yang memerlukan kuasa tinggi. Namun tahukah anda, ada juga yang memakai kaca mata itu adalah disebabkan mereka membuat eksperimen atas diri mereka sendiri. Contohnya seperti saya, saya memakai kaca mata kerana saya ingin mencuba pelbagai jenis kaca mata sebelum saya mengesyorkannya kepada pesakit saya. Ini merupakan bukti saya menjalankan eksperimen terhadap diri saya sendiri...

Banyakkan???

Ini baru sebahagian daripada koleksi saya. Dari kiri..
1. Kuasa dengan kanta berindeks tinggi (1.67)
2. Kanta transitions tapi dengan half-frame
3. Kanta anti-cap jari...betul ker?? kenalah cuba kan..
4. Kanta transitions tapi dengan bingkai penuh..
5. Kanta photochromic biasa...bukan transitions..
6. Spect oren yang kantanya berlainan indeks (1.59 Vs 1.67)
7. Kanta local biasa dengan bingkai transparents dan black patches...
8. (not in picture) kanta polikarbonat dengan frameless....

Tujuan bukan untuk menunjuk tetapi saya mencuba sendiri pelbagai kaca mata ini tujuan untuk merasai sendiri pengalaman memakai kaca mata yang berbeza-beza cirinya. Hasilnya, dengan pengalaman ini, saya dapat kongsikan kepada pesakit tentang penggunaan jenis kanta-kanta yang pernah saya gunakan ini.

Lagipun, salah satu sebab kenapa pelajar optometri ini perlu ada sedikit rabun adalah kerana, pada tahun pertama dan tahun kedua pengajian, anda perlu berlatih sesama sendiri. Anda akan memeriksa kawan, dan anda diperiksa mata oleh kawan anda juga. Untuk memudahkan kerja, anda perlu rabun sedikit supaya kawan anda dapat berlatih pada mata anda. Jika anda tidak rabun, anda akan dipakaikan kaca mata simulasi rabun untuk sesi latihan ini; sedikit lecehlah. Hahahaha....

Latihan pemeriksaan mata sesama kengkawan adalah pengalaman menyeronokkan yang tidak dapat dilupakan...

Pendek kata, rabun atau masalah lain pada mata ini tidak mengenal siapa, kerjaya atau pangkat. Ianya dikurnia oleh-Nya supaya kita menghargai nikmat dan bersyukur atas nikmat yang diberikan selama ini. Syukurlah dengan nikmat penglihatan yang diberikan dan hentikan merungut atau mengutuk dengan ciptaan ini....sama-samlah kita menjaga kesihatan mata tidak kira anda optometri ataupun tidak....

Bagaimana mengetahui mata anda sihat??? Mata anda haruslah berada dalam keadaan putih (look good), penglihatan jelas (see well) dan anda berasa selesa (feel good).

Sekian, terima kasih. =))

3 comments:

  1. wahh.. banyaknye specs anis!! :)
    terkagum jap. akak punya koleksi pun baru 3 kut. hehe.

    btw, jalan2 kat blog anis ni jd rindu zaman study. moga Allah mudahkan final sem korang..

    ReplyDelete
  2. Play Emperor Casino Games for Real Money in 2021
    › games › games Enjoy playing Emperor septcasino casino games in 2021. Enjoy a 제왕카지노 great selection of bonuses, choose from hundreds of online casino games, and 1xbet win big.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...