Bas bergerak optometri satu malaysia kini di rumah titian kasih.
Pada pukul 7.30 pagi kami berkumpul di jabatan untuk sesi penerangan mengenai perjalanan program sepanjang di sana. Untuk slot kali ini, kami akan membuat saringan penglihatan kepada warga emas yang berada di sini.
Berkumpul untuk mendengar taklimat daripada supervisor. Bersama Shaz' Ain dan Ruby Huong.
Skuad untuk meperiksaan mata kali ini.
Pemeriksaan mata yang dijalankan termasuklah pemeriksaan tahap akuiti penglihatan, pemeriksaan kuasa mata, pemeriksaan kesihatan depan mata dan juga belakang mata. Selain pemeriksaan mata, konsultasi teantang kesihatan mata juga diberikan.
Para pelajar sibuk dengan membuat pemeriksaan mata dan juga sesi konsultasi kepada pesakit.
Di kesempatan ini kami gunakan untuk mencurah bakti dengan memeriksa mata golongan yang tidak mampu ke klinik kami dan juga peluang ini juga digunakan untuk bermesra dengan warga rumah titian kasih ini.
Bersama adik Adam Rayyan yang ada masalah kelenjar air mata yang tersumbat....
Dengan adanya program seperti ini, aktiviti dan kurikulum pelajar optometri dapat terisi dengan aktiviti banyak manfaatnya. Terima kasih kepada pihak kementerian kerana menghadiahkan Bas Optometri Bergerak ini kepada kami. Diharapkan aktiviti dapat diteruskan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment