Medan penglihatan menjadi kecil dan penglihatan tengah terjejas.
Simptom boleh berbeza mengikut umur, perkembangan penyakit dan juga jenis-jenis penyakit ini. Jika ianya diwarisi daripada dominan, penyakit ini lambat kesannya dan sedikit sahja kesannya. Namun jika diwarisi daripada resesif atau perhubungan-X, maka kesannya dapat dilihat sejak kecil lagi. Antara simptom utama yang dialami adalah rabun malam yang teruk, medan penglihatan menjadi semakin kecil dan gangguan penglihatan tengah. Pada peringkat awal, penyakit ini mungkin muncul bersama penyakit mata lain seperti katarak dan bengkak di tengah belakang mata (makular).
Kerosakan reseptor yang berlaku di belakang mata.
Untuk merawat penyakit ini, setakat ini tiada lagi rawatan yang dibuktikan berjaya merawat penyakit ini, Namun di Cuba, satu rawatan penggantian gelemaca di dalam mata diperkenalkan dan ianya mungkin berjaya mencegah daripada proses perkembangan penyakit ini. Antara rawatan yang ada sekarang adalah jika ada katarak, pembedahan katarak boleh dilakukan. Jika bengkak kawasan tengah belakang mata, rawatan dengan acetazolamide ada juga dilakukan. Jika perlu alat bantuan penglihatan, ada alat bantuan penglihatan terhad ada juga.
Alat bantuan penglihatan terhad untuk pesakit retinitis pigmentosa.
Sekian, harap maklum.
Salam puan.. Sekadar ingin tahu berapakah anggaran atau statistik pesakit yang mengalami penyakit ini dia Malaysia?
ReplyDeleteAdakah penyakit ini berada pada tahap yang membimbangkan?
Bagaimana pula kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap penyakit ini?
Aliza
Salam. Suami kwn sya bru sethn kena.. tlg lah bntu dia... bleh call or wasap sya apa saja info or contact yg u all tau... Tqvm ye Hya Allah yg mmpu membls jasa anda smua... wasap.my/+60192550055
ReplyDelete