Sebuah kedai di pasaraya terkemuka di ibukota. Penjual dan pembeli sibuk berurusan...
Saya sebagai bakal pengamal optometri ingin menegaskan bahawa pemakaian kanta sentuh bukanlah satu kesalahan. Namun jika anda ingin mencuba kanta sentuh ini, cuba dapatkan nasihat dahulu daripada seseorang yang bertauliah sebelum memakainya. Ini kerana:-
1. Tidak semua mata sesuai untuk memakai kanta sentuh. Anda perlu mengetahui dahulu apakah status mata anda sebelum memakai kanta sentuh. Adakah mata anda ada mempunyai masalah mata kering, mata alergik dan sebagainya. Baru-baru ini anis ada menegur seorang perempuan yang baru keluar dari panggung wayang. Mata beliau sangat merah dan beliau memakai kanta sentuh. Beliau berasa amat tidak selesa namun membiarkan keadaan itu sahaja. Adakah berbaloi untuk dilihat cantik, mata anda kini sudah bertukar menjadi seperti biji saga. Fikirlah beberapa kali ya...pesanan juga buat kekasih sebelah ya. Jangan ambil enteng perkara mata merah ini jika pasangan anda bermata merah dan memakai kanta sentuh, ini mungkin simptom utama sebelum mata menjadi lebih teruk.
Mata merah mungkin juga berpunca daripada pemakaian kanta sentuh yang terlalu lama.
2. Jika mata anda sihat, anda juga perlu mendapatkan nasihat yang penuh mengenai pengendalian kanta sentuh ini. Antaranya adalah mengenai cara sebelum memakai kanta sentuh, waktu pemakaian kanta sentuh, penyimpanan kanta sentuh dan sebagainya.
Gadis ini baru sahaja mengalami jangkitan kuman pada kedua-dua belah matanya. Ini berpunca daripada penjagaan kanta sentuh yang tidak betul. Penjual kanta sentuh tersebut cuma memberitahu beliau supaya membasuh kanta sentuh tersebut dengan air panas sahaja. Kesiannya...semoga beliau berjaya sembuh daripada pemyakit ini...
Perkara inilah yang perlu dielakkan jika memakai kanta sentuh. Apa lagi nak dikatakan tentang kanta sentuh ini, jika terdapat arahan di pasar malam seperti ini....
Apakah yang anda faham daripada arahan sependek ini???
Arahan yang betul juga menjamin keberkesanan penjagaan kanta sentuh tersebut..
3. Anda juga perlu mendapatkan pemeriksaan susulah selepas pemakaian kanta sentuh. Ini bagi menjamin pemakaian kanta sentuh ini tidak membawa perubahan yang besar dan ketara kepada mata anda. Ini termasuklah untuk pengurusan pemakaian kanta sentuh mengikut kesesuaian mata anda.
Salah satu kesan pemakaian kanta sentuh yang tidak dicuci dengan betul...
Saya menulis di sini bukan untuk keuntungan mana-mana syarikat. Semua ini ditulis atas keikhlasan hati untuk menasihati kepada mereka atau pengguna yang menggemari pemakaian kanta sentuh.
Tips untuk kanta sentuh:-
1. Pemeriksaan sebelum pemakaian kanta sentuh termasuklah pemakaian, penjagaan dan lain-lain.
2. Patuh atau compliant terhadap waktu pemakaian dan penjagaan kanta sentuh.
3. Pemeriksaan susulan selepas pemakaian kanta sentuh.
Jika tips ini diamalkan, insha Allah mungkin kejadian atau kesan buta daripada pemakaian kanta sentuh ini dapat dielakkan.
No comments:
Post a Comment