Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Sunday, March 25, 2012

KliNik OpToMetRi KaNaK-KaNak

Ibu bapa di Malaysia kini semakin celik tentang penjagaan anak-anak terutamanya pendidikan dan sebagainya. Malah sebarang komplen yang dibuat oleh anak-anak juga turut diambil berat. Antara komplen yang biasa diberikan oleh kabur untuk melihat tulisan di papan hitam, kabur untuk melihat tulisan komputer, pening kepala dan sebagainya. Justeru itu, pemeriksaan mata merupakan salah satu keperluan untuk membantuk kanak-kanak untuk melihat jelas dan seterusnya untuk belajar di dalam kelas dengan baik.

Namun begitu, pemeriksaan mata yang baik perlulah dilakukan di dalam keadaan yang selesa oleh kanak-kanak untuk memberi kerjasama dalam pemeriksaan mata tersebut. Saya percaya, tidak banyak lagi kedai optikal yang dilengkapi dengan kemudahan pemeriksaan mata yang mesara kanak-kanak terutamanya yang mempunyai saiz yang lebih kecil ini. Antara kemudahan yang ada adalah tempat menunggu dengan permainan, carta penglihatan bergambar yang mesra kanak-kanak, pakar optometri kanak-kanak dan banyak lagi.

Ruangan kanak-kanak.

Oleh sebab itulah, jika anak anda mempunyai sebarang masalah penglihatan mata dan ingin menjalani pemeriksaan mata, klinik optometri menawarkan pemeriksaan mata percuma ini kepada golongan kanak-kanak ini. Masa operasi adalah setiap hari untuk klinik biasa, namun jika ingin menikmati kemudahan bilik pedeatrik ini, masa adalah 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari pada hari Rabu. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami Klinik optometri UKM(KL) di talian 03- 9289 7499 atau 03- 9289 7600.

Pemeriksaan kesihatan mata ibu bapa juga boleh dijalankan di sini sementara menunggu anak diperiksa. 

8 comments:

  1. As salam, sy ingin bertanya....saya baru melahirkan anak kedua pada 6/10/2012 lps secara normal dan berat baby saya ialah 3.81kg semasa dilahirkan...setelah balik ke rumah, saya dapati mata putih sebelah kiri anak saya ada tanda darah pada kedua dua belah mata putihnya...boleh dikatakan 90% bahagian mata putihnya berwarna merah darah...saya sgt risau dan panik...bolehkan doctor beri penjelasan apa yg berlaku dan adakah ia berbahaya? Jika saya ingin membuat pemeriksaan lanjut, adakah saya perlu berjumpa pakar kanak2 atau pakar mata?

    ReplyDelete
  2. Adakah ada tanda2 bayi puan dalam kesakitan?? jika tiada, puan jgn risau pendarahan itu dikenali sebagai 'subconjunctival heamorrhage'. ia bukannya bahaya. ianya biasa berlaku pada bayi yg baru lahir secara normal. ianya mungkin berlaku akibat proses 'kemutan' pada kawasan mata bayi yang mungkin berlaku semasa proses kelahiran. Jangan panik, jika ianya berlarutan, anda boleh bawa berjumpa pakar mata. harap maklum..

    ReplyDelete
  3. Askm..ank saya berusia 7thn.saya perasan ada benjolan pada dalam lapisan kelopak matany dan telah berlanjutan lebih dari sebulan.sya telah bawa ke klinik dan doktor beritahu ia adalah ketumbit yg tumbuh di dalam kelopak mata,dan memberi gentamycin ointment untuk disapu pada lapisan lua kelopak dan antibiotik(makan),tapi benjolan masih tidak sembuh,malah ank mengadu'mata kakak selalu nmmpk mcm mengantuk lah ibu,tpi kk xmengantuk pun,'.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Anak saya ada masalah mata nistigma.. Kalau x salah lah.. Mcm mana saya ingin mendapatkn rawatan mata.. Anak saya memerlukan cermin mata.. Di mana saya boleh dptkn rawatan test mata agar dpt membuat cermin mata

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. Anak saya ada masalah mata nistigma.. Kalau x salah lah.. Mcm mana saya ingin mendapatkn rawatan mata.. Anak saya memerlukan cermin mata.. Di mana saya boleh dptkn rawatan test mata agar dpt membuat cermin mata

    ReplyDelete
  6. Assalam.
    saya ingin bertanya. anak saya berusia 3 tahun 4 bulan. sekarang ni mata dia kerap berair dan bertahi mata. saya ada ke klinik sebelum ini. doktor mengatakan, sebabnya anak saya selsema berpanjangan. tapi apa yang merisaukan.. sekarang mata berair dan bertahi mata. dan saya ada ternampak satu titik cahaya di lingkaran mata hitamnya. bolehkah saya terus ke sana untuk dapatkan pemeriksaan mata anak saya?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. sy nak tanya anak sy umur 6 tahun baru2 ni saya perasan dibahagian mata putih anak sy berwarna keroh .. tidak biru seperti kanak2 lain . Perlukah sy berjumpa dktor pakar mata atau doktor biasa sahaja . Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...