Sebelum perjalanan bermula...
Setelah sampai di kawasan aktiviti, kami menyiapkan khemah untuk tujuan pemeriksaan optometri selain daripada bas optometri bergerak kami. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama bertugas pagi dan kumpulan kedua bertugas petang. Untuk kumpulan pagi, pemeriksaan mata dimulakan dengan pemeriksaan tahap akuiti mata dan bagi penglihatan yang memerlukan kuasa mata, pemeriksaan refraksi dijalankan.
Bagi kumpulan yang akan bertugas petang, pada sesi pagi mereka ditugaskan utnuk mengedarkan flyers berkaitan dengan pemeriksaan mata untuk penduduk sekitar. Anis adalah kumpulan petang. apa lagi, jom jalan-jalan....
Penjualan produk hasil koperasi...
Pendaftaran ahli perpustakaan negeri...
Menjelang petang, kami menjalankan pemeriksaan mata. Antara pemeriksaan mata yang dijalankan adalah ujian refraksi dan juga pendaftaran para pesakit.
Bergambar dengan supervisor...
Bersama pesakit yang akan diperiksa matanya sebentar lagi...
Kami amat seronok menyertai aktiviti seperti ini. Semoga aktiviti akan berjalan dari semasa ke semasa demi membantu rakyat yang memerlukan pemeriksaan mata.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment