Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Sunday, March 25, 2012

PengaJaRaN DaRiPaDa CeRiTa PeSaKit PenGLiHaTaN TeRHaD...

Setiap orang setuju jika saya katakan bahawa setiap yang berlaku ada hikmah di sebalik kejadian. Cerita yang saya ingin kongsikan di sini bukan untuk aibkan mana-mana pihak, tetapi cuma sebagai perkongsian. 

Baru-baru ini, anis ada mengikuti slot klinik penglihatan terhad. Disini terdapat pelbagai pesakit yang mepunyai masalah penglihatan terhad atau juga dikenali juga sebagai penglihatan subnormal atau sepraruh buta ini.

Slot klinik penglihatan ini adalah bersama dengan Prof. Madya Dr. Rokiah Omar, Pakar penglihatan Terhad. Untuk mengenali beliau lebih lanjut, klik SINI

Ada seorang pesakit anis ini telah datang ke klinik untuk menggunakan kanta pembesar yang sesuai dengan beliau. Apabila ditanya apakah fungsi alat berkenaan kepada beliau, beliau ingin menggunakan alat tersebut untuk membantu isterinya untuk membuat urus niaga alat tulis. Suasana yang hening tiba-tiba menjadi hiba apabila pesakit ini mula menangis. Pesakit ini cuba menceritakan cerita beliau bagaimana beliau boleh menjadi penglihatan terhad ini.

Alat bantuan penglihatan.

Beliau yang sebelum ini merupakan seorang pembantu makmal perubatan yang aktif dan sihat. Tetapi semasa akhir tahun 2010, kejadian yang merubah segalanya telah menimpanya. Ianya bermula semasa proses mendapatkan spesimen darah daripada pesakit yang mempunyai hepatitis C yang juga merupakan warga negara asing itu. Darah yang telah digunakan untuk mencucuk pesakit telah tercucuk tangannya sendiri. Setelah 3 bulan kejadian tersebut berlaku, pesakit ini mula mendapat simptom seperti penurunan berat badan dan doktor telah mengesahkan bahawa beliau menghidap hepatitis C. 

Dalam jangka masa itu, beliau terpaksa menaruh nyawa bila mana beliau mendapat jangkitan pada otak iaitu meningitis dan juga disusuli dengan serangan sawan. Selepas kejadian serangan tersebut sehingga kini, beliau terpaksa menggunakan tongkat kerana badannya kini sudah separa lumpuh dan banyak saraf yang sudah mulai rosak. Antara saraf yang rosak termasuklah saraf yang berkaitan dengan mata. Daripada pemeriksaan kami, kami dapati bahawa pesakit ini mempunyai optic atrophy iaitu saraf optik telah rosak. Oleh sebab itu, mata beliau tidak dapat melihat seperti dahulu lagi. Segalanya berubah dalam jangka masa yang amat cepat iaitu lebih kurang setahun setengah sahaja. 

Perubahan belakang mata yang disebabkan oleh saraf yang tidak berfungsi.

Pengajaran daripada kisah ini adalah kita perlu bersyukur dan terus bersyukur dengan nikmat yang diberikan sekarang. Ini kerana jika Tuhan ingin menariknya dalam masa sekelip mata, segalanya mungkin akan berubah. peringatan ini untuk semua buat diri sendiri dan juga kawan-kawan di aliran kesihatan ini dan kawan-kawan yang lain juga. Prevention is better than cure.

 Sekian, terima kasih. 

3 comments:

  1. Kesian kat dia. Semoga dia lebih tabah.

    Btw, akak, akak ada nk jual buku kanski x? Kalau akak nk jual, sy nak beli. Sbb sy x mampu nk beli buku kanski tu. Mahal sgt. Huhu.

    ReplyDelete
  2. buku kanski memang tak mampu untuk dimiliki skang. jadi akak membaca alternatif lain seperti buku Parson's eye diseases.. bagus juga. Selamat mencuba.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...