Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Sunday, July 3, 2011

Semangat RED WARRIOR


Kali ini anis menulis dengan semangat RED WARRIOR yang berkobar-kobar. Ia merupakan salah satu pengalaman sebenar anis semasa latihan industri baru-baru ini di Hospital Raja Perempuan Zainab (II), Kota Bharu. Apa kaitannya dengan optometri ini??

Inilah salah satu cerita benar mengenai salah satu penyokong kuat skuad kelate ini yang sudah hilang penglihatan sebelah mata sekarang. Ini semua akibat letupan  bunga api ketika menyaksikan perlawanan bola. Kisah ini boleh dijadikan iktibar buat kita semua. Adakah anda sedar bahaya ada di sekeliling. Bahaya ada juga ketika menyaksikan perlawanan bola sepak akibat bunga api ini.

Apa yang terjadi pada mata pesakit ini??? Mata pesakit ini sudah terkoyak di belakang mata beliau. Lapisan saraf belakang mata telahpun terkoyak dan tertanggal seperti gambar di bawah. Beliau juga mengalami pendarahan di dalam bebola mata. Ish3x dasyatnya. Adakah anda rasa berbaloi jika penglihatan ditukar dengan menonton perlawanan bola.

Inilah gambar belakang mata yang tertanggal itu.

Jadi nasihat saya, saksikanlah perlawanan bola ini secara BERSIH dan SELAMAT. Pentingkan keselamatan ya.

Selamat bersemangat semua.....insha Allah selamat...(promote abg sendiri)...

Selamat beramal semua.

3 comments:

  1. salam..teruknaye..RD tros..btol org ckp ong malamg xberbau..how some1 bole pikir nih bole trjadi juz g tegok lawn bola ja??

    salam ziarah..jemput lar ke blog sy ye,blog bru:

    www.pelajarkacamata.blogsport.com

    ReplyDelete
  2. pembetulan untuk counter commet kat ats ni, maksud saya bukannya menyaksikan perlawanan bola sepak sahaja boleh dapat kecederaan mata seperti di atas. saya cuma berkongsi cerita untuk kita dapat mengelakkan kecederaan seperti ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...