Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, July 26, 2011

PeMeRiKsAaN mAtA SeBeLuM MeMaKai KanTa SenTuH

Gambar hiasan.

Berdasarkan entri yang lepas, anis ada mengatakan bahawa setiap pemakaian sentuh perlu melalui ahli penjagaan mata professional. Ini ini mereka sangat penting untuk menjalankan beberapa siri pemeriksaan mata sebelum memakai kanta sentuh yang ingin dipakai oleh anda. Antara pemeriksaan mata yang perlu dijalankan adalah seperti:-

1) Khidmat nasihat daripada ahli penjagaan mata untuk menentukan jenis kanta sentuh yang bersesuaian dengan anda. Mereka perlulah mencadangkan jenis kanta sentuh ini berdasarkan pelbagai aspek seperti bidang kerja, cara hidup anda dan sebagainya.

2) Pengukuran kelengkungan bahagian depan mata (kornea) untuk mendapatkan bentuk atau kelengkungan kanta sentuh yang sesuai dengan mata anda. Ini kerana lain individu lain bentuk di depan mata; ada yang bentuknya curam dan ada bentuknya mendatar.

Dalam beberapa keadaan tertentu, pesakit mungkin mempunyai kelengkungan depan mata yang abnormal seperti pesakit dengan keratokonus.

3) Pemeriksaan mata dengan lampu slit (alat dengan kanta pembesar untuk memeriksa struktur luaran mata). Alat ini sangat berguna terutamanya untuk memeriksa pergerakan kanta sentuh setelah dipakai pada mata. Terlalu banyak bergerak menandakan kanta sentuh itu longgar. Kurang pergerakan menandakan kanta sentuh yang melekat pada mata itu adalah ketat. Dan biasanya ahli penjagaan mata ini perlu mendapat pemasangan yang optimu iaitu tidak terlalu ketat ataupun terlalu longgar.

Ini adalah contoh lampu slit yang diguankan oleh ahli penjagaan mata professional.

4) Pemeriksaan kuasa mata iaitu ujian refraksi turut dilakukan. Ini penting untuk mendapatkan penglihatan yang terbaik semasa menggunkan kanta sentuh. Ini kerana kuasa kanta sentuh ini agak berbeza berbanding kasa mata dengan pemakaian kaca mata sahaja.

Pesakit juga mempunyai kuasa mata jenis silau yang tinggi. Ini juga akan menyebabkan penglihatan tidak jelas juga.

5) Seterusnya, pengukuran diameter permukaan depan mata atau kornea dan anak mata. Ini penting kerana, selain daripada bentuk permukaan depan mata, keluasan kawasan depan mata juga akan mempengaruhi pemakaian kanta sentuh sama ada ianya akan menjadi ketat, optimum ataupun longgar.

6) Sesi kaunseling juga kan diadakan antara ahli penjagaan mata ini dengan pesakit. tujuannya utnuk menyelesaikan kekeliruan ynag biasa dialami oleh para pesakit ini semasa menggunakan kanta sentuh ini.

7) Ahli penjagaan mata juga perlu mengajar pesakit dengan kanta sentuh ini tentang kaedah pemakaian dan penanggalan kanta sentuh ini dengan betul. ini termasuklah daripada cara membersihkan kanta sehinggalah proses penyimpanan kanta.

8) Selepas pemakaian kanta sentuh untuk satu tempoh proses penyesuaian, pesakit perlu datang untuk pemeriksaan mata susulan. Ini penting unutk menjamin kesihatan mata anda juga ditahap yang optimum setelah pemakaian kanta sentuh.

Sekian, terima kasih. Selamat beramal!!!!.

8 comments:

  1. Salam,
    saya muhammad aimi saye skrg gune contactlens menggunakan solution jenama renu tpiskrg saye dah tukarsolution jenana Aqua tpi Contact lens yang sama boleh ker guna contact lens yang samatpi tukar solution??????

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Boleh saya tahu, apakah jenis kanta sentuh yang digunakan??

    ReplyDelete
  3. Anda boleh menggunakan solution berbeza, namun tidak digalakkan. Jika terdapat reaksi pada mata, hentikan pemakaian yer...dapatkan nasihat pakar terdekat.

    ReplyDelete
  4. Nak tanya, kat mana sbnrnya boleh buat check mata utk contact lens mcm disebut kat tas ni. Sbb x semua kedai spec ada optometrist. Kalau kedai mc focus point/optical 88 boleh ke? Mereka ada alat-alatnya ke? tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda boleh juga ke outlet optometris yang mempunyai optometris dan juga mempunyai alatan yg lengkap. Optikal 88 atau fokus point dan lain2 pon boleh...

      Delete
  5. sis.. nk tye adax eye drops yg sesuai semasa pemakaian contact lens ? ..
    untuk menghilangkan ketidakselesaan mata ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...