Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, July 20, 2011

KetuMBit Dan KaiTanNya DeNgaN AsaL UsuLnYa......

Hahahaha tergelak kecil bila mengenangkan kata-kata nenek saya,' Ketumbit akan muncul apabila kamu mengintai'. Sejauh mana kebenarannya??? Ketumbit adalah salah satu penyakit mata yang selalu kita dapati terutamanya pada kelopak mata. Adakalanya sakit dan ada juga jenis ketumbit yang tidak sakit. Bagaimana ianya boleh berlaku???

Mengintai siapa ini???

Ketumbit sebenarnya suatu nama am sahaja. Namun, jika diamati, ketumbit ini terdapat dua jenis. Iaitu kecil dan sakit atau nama saintifiknya stye ataupun besar dan tidak sakit tau nama saintifiknya chalazion.

1) Stye
- Ianya terjadi apabila terdapat jangkitan kuman pada liang peluh ataupun akar bulu mata seperti terjadinya jerawat.
- Bentuknya bulat kecil yang tegang permukaannya dan selalunya di bahagian kelopak mata luar dan menyebabkan kesan kesakitan.
- Biasanya bulat kecil akan ada nanah ataupun air
- Ianya berlaku dalam masa yang singkat.
- Boleh hilang dalam masa beberapa hari hingga beberapa minggu.
- Kebarangkalian akan berlaku semula yang tinggi. (recurrent)


Kekotoran pada mata juga dapat menggalakkan pembiakan kuman dan menyebabkan stye ini berlaku

2) Chalazion
- ianya terjadi apabila terdapat radang pada liang minyak dan ianya bukanlah suatu jangkitan kuman dan ianya bukan seperti jerawat.
- Bentuknya lebih besar berbanding stye dan ianya berlaku seolah-olah seperti di dalam kulit dan tidak menyebabkan kesakitan.
- Bulat besar biasanya tiada kelihatan nanah atupun air, cuma ada kelihatan kemerahan sahaja
- Ianya berlaku dalam masa yang agak lama perkembangannya, mungkin minggu ataupun bulan.
- Ianya juga lambat pulih.
- Tidak berjangkit dan kebarangkalian akan berlaku adalah tidak begitu tinggi berbanding stye.

Ini pula chalazion yang disebabkan oleh radang pada kelenjar minyak pada kelopak mata yang menyebabkan liang ini tersumbat dan membesar seperti ini....

Setakat ini, anda sudah tahu kan?? bagaimana ketumbit-ketumbit ini boleh terjadi kan??? Jadi, berhentilah momokan anak anda bahawa mengintai itu boleh menyebabkan kejadian ketumbit ini. Kalau ianya benar-benar berlaku, ini semata-mata adalah kebetulan sahaja.

Dan jika ianya memang betul, pada hemat saya, mungkin disebabkan oleh dua keadaan:-
  • Oleh kerana anda berada di tempat yang kotor semasa mengintai itu, anda mungkin dapat jangkitan kuman pada mata yang boleh membawa ketumbit jenis stye ini berlaku. hahahahaha ataupun....
  • Ketumbit jenis chalazion pula boleh berlaku disebabkan anda sibuk sangat nak mengintai sehinggakan lupa ingin menjaga kesihatan kulit dan akhirnya minyak berkumpul, radang berlaku, dan pembengkakkan akan berlaku pada kelopak mata.
Nah, alasan yang munasabah atau tidak, ianya terpulang kepada anda. Tepuk dada, tanya ilmu ya. Saya cuma ingin memperbetulkan pantang larang daripada generasi ke generasi sahaja. dan pesan saya, jika anda mempunyai ketumbit, cubalah kaedah ini:-

1)  tuam dengan tuala suam ataupun warm compression. 

Inilah salah satu cara melakukan tuaman pada mata anda.

2) Anda juga boleh mengamalkan penjagaan kelopak mata ataupun lid care. Caranya dengan menggunakan tisu khas untuk lid scrub yang boleh didapati di farmasi ataupun dengan kaedah shampu bayi dicampurkan dengan air suam. Celupkan putik kapas di dalam campuran tersebut, dan usapkan putik kapas tersebut secara lembut pada kelopak mata untuk hilangkan kekotoran pada bulu mata tersebut.

Inilah salah satu cara penjagaan kelopak mata untuk mengelakkan kejadian ketumbit

3) Jika berterusan, sila berjumpa dengan doktor anda.

Selamat mencuba dan beramal. Sekian, terima kasih.

5 comments:

  1. erm sy ade bnde nie da sthun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya awak dah mengintai selama satahun 🤣

      Delete
  2. ada pergi berjumpa doktor, perlu berjumpa pakar untuk mengesahkan diagnosis dan rawatan sepatutnya perlu dilakukan....wallahualam..

    ReplyDelete
  3. jalan² tgk info ketumbit..salam kenal :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...