Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Monday, July 25, 2011

DON'T GO BLIND TO LOOK BEAUTIFUL

Apakah senario ini semakin sinonim dengan masyarakat kita??? Membeli kanta sentuh daripada internet.

Ramai yang bertanya kepada saya, adakah kanta sentuh yang dijual di internet itu boleh dipakai ataupun tidak???  Jawapannya tidak, sama sekali. Ini kerana ianya adalah salah di sisi undang-undang, membahayakan mata anda dan boleh menyebabkan kebutaan.

Walaupun kanta sentuh mempunyai kebolehan untuk mengubah penampilan anda, ini tidak bermakna matlamat akan menghalalkan cara anda utnuk mendapatkannya.


Apa yang nak dikata.....

Nasihat saya untuk anda di luar sana, jangan menggunakan sama sekali kanta sentuh yang dijual oleh bukan ahli penjagaan mata yang professional. Selain daripada internet, kanta sentuh sekarang banyak juga di dapati di butik-butik kecantikan, kedai gunting rambut, kedai runcit, dan juga stesen minyak dan juga pasar malam. Fenomena apakah ini??? Mungkin inilah jadinya jika semua ingin cantik tapi dalam masa yang sama kedekut untuk membeli kanta sentuh daripada ahli penjagaan mata yang professional.

Nasihat daripada optometris sebagai salah satu ahli penjagaan mata professional

Masalah yang biasa dialami oleh si pemakai kanta sentuh yang salah ini termasuklah jangkitan kuman daripada kanta sentuh seperti penyakit daripada kulat dan ulser pada mata. Ada juga yang mempunyai kecederaan kekal pada mata seperti parut dan seterusnya kan menyebabkan kebutaan pada mata. Jadi nasihat saya pada hari ini ialah:-

  • Pastikan setiap pemakaian kanta sentuh itu hendaklah bersesuai dan sepadan dengan mata anda
  • Jangan membeli kanta sentuh bukan daripada bukan ahli penjagaan mata yang professional
  • Jangan berkongsi kanta sentuh
  • Penjagaan kebersihan kanta sentuh perlulah diutamakan sebelum menyimpannya
  • Jangan pakai kanta sentuh melebihi masa yang ditetapkan
  • Jangan tidur dengan kanta sentuh
  • Jangan memakai kanta sentuh yang telah luput tarikh pemakaian, kanta sentuh yang sudah koyak, yang sudah lusuh warnanya, dan juga kanta sentuh yang sudah calar-balar.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...