Gambar hiasan
Entri kali ini berkaitan dengan pesakit yang datang ke Jabatan Oftalmologi, Hospital Raja Perempuan Zainab (II), Kota Bharu Kelantan iaitu semasa anis praktikal di sana baru-baru ini.
Pesakit kali ini datang dengan komplen bahawa dia masih berasa kabur selepas pemebedahan membuang selaput ataupun katarak baru-baru ini. Selepas meneliti fail pesakit, pesakit ini rupa-rupa baru menjalani pembedahan membuang selaput jenis extracapsular cataract extraction (ECCE) iaitu pembedahan untuk membuang selaput dalam mata yang telah matang.
Beginilah pembedahan jenis ECCe untuk membuang selaput yang terbentuk di dalam mata
Apakah punca pak cik ini komplen penglihatan dia masih kabur walaupun sudah menjalani pembedahan katarak selepas sebulan. Beberapa siri ujian telah dijalankan. Antaranya menguji kelengkungan depan mata dan menentukan kuasa mata. Memang tidak disangkal lagi, pak cik ini mengalami rabun silau yang teruk sehingga menjejaskan penglihatan. Berdasarkan nilai bacaan kelengkungan depan mata beliau, ianya berpunca daripada jahitan pada mata yang ketat. Owh jahitan ketat rupanya...
Beginilah rupa daripada depan mata selepas pembedahan kaedah ECCE
Masalah jahitan ketat ini biasa berlaku untuk pembedahan jenis ECCE ini. Ini kerana pemebedahan jenis ini memerlukan jahitan berbanding dengan teknik yang satu lagi iaitu phacoemulsification. Oleh sebab itulah, saya nasihatkan supaya pembedahan membuang selaput ini dilakukan semasa ianya belum matang bagi mengelakkan perkara ini berlaku apabila menggunakan teknik ini. Ini kerana kaedah phaco akan digunakan untuk selaput yang belum matang dan kaedah ECCE pula akan digunakan untuk selaput yang sudah matang.
Kaedah ECCE ini akan mengeluarkan kanta mata dan selaput ini sekali gus melalui bukaan yang besar manakala bagu kaedah phaco emulsification ini pula kanta mata dan selaput akan dipecahkan sebelum disedut keluar melalui bukaan yang kecil.
Oleh itu, tindakan seterusnya adalah dirujuk kembali ke bahagian pakar bedah untuk melonggarkan kembali jahitan yang telah dibuat pada pembedahan lalu. Proses ini perlu dilakukan secepat mungkin ini bagi mengelakkan jahitan pesakit ini sembuh sepenuhnya dan akan meninggalkan kesan yang kekal dan tidak dapat diperbaiki lagi.
Jahitan pada bukaan pembedahan itu perlulah dirujuk untuk dilonggarkan sedikit
nak tanya..berape kos untuk pembedahan membuang selaput mata ni kt HUSM?ap prosedur2 nye...
ReplyDeleteuntuk nenek berusia 75tahun yg mengalami selaput pada mata dan tidak ada penyakit sampingan
untuk di HUSM rasenye kos nya sama seperti di hospital kerajaan yang lain. prosedurnya senang sahaja. Cuba dapatkan surat refer ke jabatan oftalmologi (contohnya daripada jabatan pesakit luar, atau kedai optometri yang berdekatan), pastu pergi di jabatan mata untuk pemeriksaan selanjutnya, pastu diberi tarikh, tunggu tarikh tersebut untuk pembedahan.
ReplyDeleteada kesan parut tak pada mata selepas sihat sepenuhnya daripada pemedahan katarak menggunakan kaedah jahitan ataupun ECCE?
ReplyDeleteada tapi jika parut sihat sepenuhnya, kesannya tidak ketara. insha Allah...
Delete