Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, July 22, 2011

ALah BiSa TeGaR BiaSa....

Kejadian Kuala Lumpur 0907 

'Alah bisa tegar biasa'.....Mungkin inilah peribahasa yang paling sesuai untuk mereka yang nekad untuk turun membuat demonstrasi BERSIH pada tanggal 9 Julai lepas. Entri kali ini bukan niat untuk menimbulkan kontroversi apa-apa. Tapi ianya pasti berkaitan dengan mata. Apalagi kalau bukan mengenai....jeng jeng jeng pasal gas pemedih mata atau dalam bahasa inggerisnya tear gas lah.

Aisey...apa pula kaitan rusuhan dengan bawang ni???

Bawang oh bawang.....kau pun nak merusuh jugak ker???

Ramai yang bertanya, bahayakah gas pemedih mata ini?? Jawapan saya tidaklah bahaya sehinggakan membawa kepada kematian. Ianya cuma bersifat sementara. Mungkin disebabkan berkaitan dengan saraf, sebab itulah rasanya agak tidak selesa semasa terkena gas ini.

Gambar bawang di atas ini sekadar hiasan sahaja untuk menerangkan bahawa mekanisme gas pemedih mata ini bertindak sebenarnya sama sahaja dengan bawang tersebut. Anda pernah mengupas bawang kan?? Begitulah juga rasanya seperti gas pemedih mata ini jika terkena mata.

Pedihnya mata.....tapi kenapa mata??? Bukannya mulut dan sebagainya....

Bagaimana mata boleh terasa pedih dengan gas pemedih mata ini???

Begini ceritanya. Gas pemedih mata ini sebenarnya debu asid seakan-akan berbentuk gas. Sebenarnya ianya ialah seperti debu berasid. Debu in bersifat agen lakrimatori iaitu agen bukan membawa kematian dan cuma bertindak untuk meransang saraf terutamanya di mata untuk menghasilkan air mata yang banyak, pedih, sakit dan kabur buat semetara waktu.

Kesan gas pemedih mata adalah mata berair, bersin dan batuk.

Selain daripada mata, kesannya turut dirasai di dalam hidung, mulut dan juga paru-paru iaitu organ manusia dimana terdapatnya selaput yang menghasilkan lendir (mucous membrane) di dalam badan. Gas ini akan menghasilkan kesan mata berair seperti menangis, batuk, bersin dan sakit mata. Tetapi, mata antara organ yang paling cepat menerima kesannya berbanding lain-lain organ, kerana mata mempunyai banyak saraf terbuka yang akan terdedah kepada udara sekeliling kita. Oleh sebab itu, gas ini diberi nama gas pemedih mata dan bukannya gas pemedih mulut, gas pemedih hidung atau gas pemedih paru-paru..hahahaha.

Inilah gambar bahagian depan mata.....

Beginilah rupa bentuk saraf di depan mata jika boleh dilihat. Semuanya padat-padat dan sangat sensitif terhadap sebarang agen yang terdapat disekeliling kita....

Oleh sebab kebolehan gas ini menghuru-harakan sesiapa yang terkenanya, gas pemedih mata ini memang cukup popular bagi meleraikan rusuhan dan juga demonstrasi jalanan. Orang kata, jika kita dah selalu kupas bawang, lama-kelamaan mata seakan-akan sudah 'immune' dengan kesan pedih mata ini. Namun, untuk gas pemedih mata ini, saya tidak pasti kesahihan pernyataan di atas ini. Sebab itulah saya katakan, 'alah bisa tegar biasa'. Mungkin perusuh ini sudah terbiasa terkena gas pemedih mata agaknya, disebabkan itulah mereka tegar untuk tetap melakukan rusuhan. wallahualam.....

Tu dia...mula-mula tembak gas....

Debu mula berterbangan di udara, lalu masuk ke mata...untuk memberikan kesan pedih pada mata.

Boleh juga leraikan perusuh dengan kaedah semburan begini...untuk pecahkan kumpulan besar perusuh...


Tapi, jangan risau. Kesan pemedih mata ini cukup senang utnuk hilang. Oleh sebab sifatnya yang bersaid. Anda cuma perlu mengambil antiasid yang cuma perlu diletakkan di bawah lidah untuk meghilangkan rasa kesan gas pemedih mata ini yang boleh dibeli di farmasi-farmasi berhampiran seperti ubat Maalox,Alka-Seltzer dan sebagainya.

Ni dalam bentuk pil, ade jugak jenis ubat titis.

Itulah sedikit sebanyak mengenai gas pemedih mata. Sedikit sebanyak coretan yang mungkin berinformasi utnuk anda. Tiada niat lain melainkan untuk berkongsi maklumat sahaja. Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...